CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, January 4, 2011

Majalah Solusi tak berjaya pikat hati

Assalamulaikum wbt...

Pernah baca tak majalah solusi? Ala, bahan bacaan yang berilmiah tu. pernah tengok tak? kalau dah rasa Jakun sangat sampai tak kenal majalah solusi meh aku tolong google kan.

  
Majalah Solusi kat pasaran sekarang dah isu no 26 kot or 27.
Aku pun sebenarnya baru je  berjinak dengan majalah ni, encik bakal bf yang mintak aku belikan untuk dia. Dia cakap buku kegemaran dia. See, bakal bf aku bagus kan..Ye, deknon semua, kalau nak cari laki, cari yang macam tu, baik budi pekerti, lengkap agamanya..bukan macam Oppa Que tu, membebel je banyak. Opps, termengumpat disitu.haha.

Alang-alang incik bakal bf mintak belikan, maka aku baca la dulu buku tu. Seriusly, aku rasa majalah solusi tak berjaya pikat hati aku, tapi berjaya pikat Iman aku =.=  Jadi bagi sesiapa yang tengah membaiki dirinya kepada yang lebih baik, aku nak sarankan kita mulalah baca majalah Solusi ni. Sumpah tak tipu, isi kandungan buku tu bagus dan sangat bermanfaat. Jangan cakap je azam baru nak perbaiki diri, usaha tu penting. *baca dengan tegas.

Jadi sebagai langkah pertama, aku nak tukar pembuka kata entri aku dari salam olls, kepada ayat penuh Assalamualaikum wbt, Yelah, sunat bagi kita untuk menyampai salam, tapi wajib bagi kita menjawab salam yang diberi. :)

Jangan salah anggap, aku bukan promoter Solusi lah. Aku budak jahil jahat yang nak baiki diri. Jadi mari kita sama-sama baiki diri ke arah yang lebih baik. Semoga Allah Swt sentiasa memberi peluang untuk kita baiki diri.

Tuhan Yang Maha Mendengar,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya,
Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan,
Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu,
Kuatkan hati ini wahai Tuhan,
Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Mintak maaflah, aku tak reti tukar tulisan kaler lain. Aku reti tukar merah dengan hitam je.haha.Jakun sangat ko ye Hasfalini. Pergi belajar dengan mamak mamat cerewet ko tu. T_T


Till then, bai!

14 comments:

da[Y]un said...

bagusnya bf to be dia..huhu
mmg majalah ni best, tp dayun tak pernah beli sendiri la, baca yang akak2 usrah punya je.. banyak bg motivasi dan pengajaran dan cara hidup bersyariat..hehe

fatien adibah said...

SOLUSI memang.pengisian memang penuh.dari 1st smpai la last page.heeh.kita sama geng!hee

ey ey ey nak tauu sape bakal bf itu.nak tauu~~

HonEyBuNNy said...

suka juga baca....;_)

Iskandar Shah said...

Patutla Hasfalini semakin berseri-seri.. ;)

Wan Zulqhairi said...

anda ditag sila ke http://wamozuwaha.blogspot.com/2011/01/giveaway-edy-awak-busuk.html

Wan Zulqhairi said...

aku tag hang... join okeh. sekian.
sila ke .http://wamozuwaha.blogspot.com/2011/01/izamir-ridzwan-pendrive-giveaway.html
peace no war..toceh2..

lini hasnan said...

dayun : haha. bf to be mmg baik, gf to be pom baik jugak ;p

lini hasnan said...

fatien : ;))

lini hasnan said...

honeybunny : saya tak suka sangat tapi kena blaja suka. biya ikhlas baca br ilmu smpai ke hati

lini hasnan said...

iskandar : berseri ke makin debab?haha

lini hasnan said...

Qhairi : ye baiklah,tens!

LiErOSe~QiEmi said...

hihihi.. 1st tengok header blog.. ololo.. comey..

majalah solusi.. erk, tak penah dengar la haahaha

lini hasnan said...

macih lierose. itu kawan baik sy yang buatkan. ;)

Tafazzul Haq said...

Saya pun suka baca majalah Solusi. Saya langgan secara online sebab lebih mudah. Saya langgan di sini ---> http://goo.gl/LEF2j