CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, December 31, 2010

Surat untuk mamat gentleman

salam olls.

Korang semua kenal tak mamat cengeng nama wamozuwaha? kalau tak kenal, cepat pergi blog die dan follow. Blog die sangat best dan superb. Siapa  wamozuwaha dan ape kaitan dengan aku? Beliau adalah kawan baik kekasih aku merangkap segala penasihat dan perunding peribadi aku. kalau korang baca entri ni, korang memang kena percaya, sebab semua itu adalah betul. Yup, beliau memang pending sempoi dan simple giler.

Oppa Que, 
Dari hari kita rapat sampai sekarang, mu masih lagi seorang yang sama. Masih lagi pending mengalah dengan aku. Ape pom yang aku marah, mesti mu maafkan. Aku tahu mu geram dengan aku, selalu cakap aku kedekut tapi aku memang kena kedekut sebab aku nak simpan duit buat beli barang kemas banyak-banyak. =.= haha.tipuu.

Oppa Que, 
Ingat tak lagi masa kita 2 orang pergi jogging dekat Bukit ekspo? seronok kan masa tu,sebab kita singgah dekat kebun Zul pastu kita tolong die siram segala pokok-pokok dia sampai lupa dah azan maghrib..*erk, jahilnya bunyik.haha.

Oppa Que, 
Ingat tak lagi masa kita bergaduh sebab 3 hinggit mu? Masa tu memang aku emo giler sebab ko mintak dalam fesbuk sambil menyindir-nyindir, sampai lepas tu aku remove mu dari frenlist, kejam giler kan.. Lepas tu buat la adegan pujuk memujuk. *malu-malu.

see, dia sangat gentleman kan? sila lah usha die wahai si gadis, die masih solo dan sangat berJURUS!

Oppa Que,
penat lah aku asyik nak buat link.T_T.. Ingat tak lagi kita pergi berpicnik dengan Sungai tekala? Best kan masa tu, walaupun aku seorang je perempuan, korang semua langsung tak layan aku macam puteri raja.huhu. Ingat tak yang kes kita duduk bawak air terjun lepas tu air mencurah-curah turun kat kepala aku sampaikan swimming cap aku tercabut. buat malu je..ingat tak yang kita kejar monyet sebab curi makanan-makanan kita, penat masak kan.hihi

muka lapar tak ingat dunia

Oppa Que,
Ingat tak kenangan kita masa pergi zoo ramai-ramai pakai baju sama, bawak beg galas dekat belakang sebijik macam budak sekolah? Ingat tak kita semua penat berjalan kaki lepas tu duduk berhenti makan bekal yang Zul masak? best kan..Bila lagi kita nak pergi picnik macam dulu-dulu.?

 mesti si gadis cancel terus usaha nak ngorat die sebab tengok nafsu pelik.tsk_tsk..

Oppa Que,
aku nak mintak maaf banyak-banyak dan terima kasih banyak-banyak sebab banyak benda asyik nak bergantung dekat mu je. Nak buat header pun mu jugak buatkan. teman pergi tandas lepas meeting pun mu jugak yang temankan.teman tido  buat keje kat bilik meeting pun mu jugak yang ada kat sebelah. nak tengok gambar JULIA PEREZ pom tunjuk dekat aku jugak..see, banyak ni puji, silalah belanja aku makan ok.haha

jangan nak buat muka stim depan aku boleh tak?. lempang laju-laju kan.
Oppa Que,
walau mu selalu kutuk aku jari pendek, kaki gemok, kaki tak exclusive, raja selalu kedekut bagai, jari kematu sebab tak pandai melukis, aku terima dengan rela hati cemuhan sebab aku tahu, semalam aku dah menyusahkan mu dan nuar, dan aku dah menjadikan malam new year mu malang sebab kena tolong teman aku tunggu motor aku yang kehabisan minyak. T_T.huuuaaaa...

kenapa motor mu kotor giler? pemalas hapas!


pssst: janji kawan dunia akhirat ye! *ampun bakal bf, nanti sy wat entri pasal awk plak ye, jangan jeles dear ;)
till then, bai!


2011, come tak mama!

salam olls..

Hee, tajuk nak gempak saje kan. Oklah, memandangkan semua orang bercerita pasal azam dan wishlist segala bagai semua, jadi aku dengan rela hati pom nak la berkongsi azam tahun baru aku dan wishlist aku untuk tahun 2011 (ye, jangan nak sindir aku azam tahun lepas belum tertunai lagi ye deknon.huhu)..

Mari semua adik kakak dan abang baca kuat-kuat azam 2011 saya ye.
  1. Nak maintainkan pointer. Kalau dapat rezeki lebih, tahun ni nak sangat dapat dekan sekali lagi.Amin Ya Rabb..Ingat ye adik-adik semua, pelajaran adalah sangat penting jaminan masa hadapan. See, pesanan yang sangat berwibawa di situ ye.
  2. Nak mengubah sikap negatif kepada sikap positif.Spesifiknya,  jadi seorang yang memahami dan difahami. *eh, macam tiru point Que je ni.haha. biarlah.
  3. Diet diet dan diet lagi. Azam ni mesti tersemat dalam hati kebanyakan wanita kan kan kan?hahaha.. at least mesti turun berat badan. Ayuh, kurangkan makan, lebihkan senaman. Hasfalini boleh! See, berfikiran positif kan..haha.ok tak lawak.
Cukup-cukupla tu.  Berangan banyak-banyak pun tak guna kalau tak berusaha. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

entri budak jakun - menyambut ketibaan skuad negara

salam olls.

Dikala orang lain sibuk buat entri new year segala bagai, aku pulak sibuk nak menJELESkan peminat hero malaya kita semua. jum serbu gambar beramai-ramai!

Tarikh : 30 Disember 2010
Masa : Sekitar 12 tengahari - 5 petang
Lokasi : KLIA


















see, korang jeles kan?haha. best giler. aku malas nak tulis caption, nanti korang lagi macam kera kena belacan sebab jeles yang teramat ;p



psst : aku tak bagitau pom bakal bf nak pergi ni sebab takut die jeles.huhu. till then, bai!

Wednesday, December 29, 2010

Apek oh Apek

salam olls.
 

Tahniah Tahniah Tahniah buat skuad kebangsaan! *gaya abang hasrizal pengulas tv1.haha. Memang aku rasa puas hati la dengan pemain skuad kebangsaan, sangat bersemangat dan wow! memang satu persembahan yang mantap la.Aku dah penat berblogwalking sikit malam ni, usha-usha pendapat dan komen korang semua. Rata-rata sibuk dok berkecek berbicara pasal piala AFF suzuki ni la. Jadi tak ketinggalan jugak lah nama apek yang disebut dan menjadi kegilaan remaja perempuan skg.ececece..

Memang apek bagus la main. Jarang jupe keeper yang cekap, cemerlang dan gemilang macam dia. Aku ni keeper handball Upm pun tak secekap dia. Superb la dia tu. Sangat superb. ok ok aku tak nak puji lebih-lebih. Kesian Cikgirlfriend Apek, terpaksa berkongsi kasih dengan orang ramai.Sabar ye deknon, berkasih sayang dengan public figure memang macam tuuu..

Sebenarnya, aku kagum la ngan Cikgirlfriend Apek tu. Sangat la open minded. Cuba korang bayangkan, boiprem korang dipuja dan digilai oleh ramai kaum-kaum wanita. Yang santek-santek plak tuh..uhh, sape tak jeles deknon oii.. tapi  Cikgirlfriend Apek tu, beliau tetap steady. olololo..

 jum kita terjah contoh kegilaan terhadap Apek.









See, terbukti kan? hee. alah, biasa lah perempuan kan. Jadi, semoga Cik Elia bahagia dan kekal sehingga anak cucu.


till then, bai!

Monday, December 27, 2010

naluri keibuan

salam olls..

Tadi musuh sahabat baik aku, Oppa Que suggest satu belog best. kalau nak tahu, sila klik disini.  okey, selesai sesi mukadimah..

Masa aku kecik-kecik dulu, teruja sangat bila nampak kembar. Maksud aku, kembar tu nampak macam best je, ada kawan, ada teman, ada macam-macam la. Nak dijadikan cerita, masa dulu aku pernah kapel dengan kembar yuu. meletop gitu. dahla kembar tu pemain bola sepak. memang meletop mak hayam la. Erk, masa dulu tu adalah masa darjah 6. See, kecik-kecik dah gatal. lempang nak?

Disebabkan keterunaan keterujaan yang kuat pasal kembar ni, maka timbul la angan - angan aku dari dulu sampai sekarang nak anak kembar. kalau baby girl, pink-pink je nampak..sweetnyaaa..ok stop berangan. baru 21 tahun ye, lempang laju-laju kang.

See, dah nampak kan keluarga bayangan. haha. giler kentang punya berangan. Lukisan pertama telah berjaya dihasilkan..bangga seyh.haha.  Dibawah merupakan komen Oppa Que a.k.a WamoZuwaMaha :
  1. Sangat kesian dekat bapak sebab dapat wife orang giler.
  2. Bapak kena usung kotak. * itu songkok la mangkuk.kuang asam. haha
  3. Tu baby ke kura-kura? arghhh!
  4. kesimpulan, lukisan ko tak cantek. kuang asam ko! muahaha..

sekian sesi mengarut kali ini. till then, bai!

rindu terhenti

salam olls.

bila dah berhari-hari tinggalkan blog, rasa malas nak hupdate blog. tp demi sesuap nasi, aku gagahkan jugakla diri nak tulis entri. motip nak duit nuffnang?? hahaa. ok tak lawak.

kalau berlumba lari, mesti aku yang paling last sebab aku baru nak hupdate pasal piala AFF suzuki. very da maluu. see aku merendah diri kan kan kan?

pasukan Melaysia memang hebat..aku kagum yang part Shahrul Idlan bagi hantaran dekat Safee Sali. memang melompat-lompat aku depan tv, ye depan TV okeh! kecewa sangat tak dapat pegi stadium tauuuu..By the way, aksi cemerlang Khairul Fahmi Che Mat memang dah dijangka. *mestilah, keeper kelantan kannn*. sedikit riak disitu ye.

apapun, aku paling minat Muslim Mohammad, memang steady la pertahanan skuad kebangsaan.. semoga berjaya mengekalkan aksi cemerlang ini. Sukan Terbaik Hanya di RTM. :)


first leg kat stadium nasional bukit jalil
*mahali dengan kuna tu main untuk kolej aku dekat upm. bangga tak??


tanah tumpahnya darahku..


psst : malu-malu dengan entri paling lambat.huhu.till then, bai!

Thursday, December 2, 2010

epi besday adikja

salam olls.

Ni entri laju-laju. sila jangan marah. semalam ialah birthday adik aku yang ke-12. kesian dia, lahir hujung tahun. lambat je sambut besday. apapom, mari kita menyanyi lagu selamat hari lahir untuk adik aku.


video

Selamat hari jadi achik. semoga panjang umur, semoga murah rezeki, semoga pandai dan lagi rajin dari kaklong, semoga kau tak nangis lagi bila datang matahari bulan, semoga kau cepat matang dari kaklong. Amin..





p/s: Esok aku balik kampung. bulan lepas aku sudah terminate berukben broadband celcom aku sebab line sangat lembab. Ingat nak sambung pakai mxs balik tapi masalah budget tak cukup. jadi, bercutilah aku dengan aman tanpa internet. Sila jangan rindu aku ye. till then, bai.

Wednesday, December 1, 2010

belajar guna header

salam olls..


Aku ada ramai kawan lelaki. Dalam ramai-ramai kawan lelaki, ada jugak la yang kreatif dan bolok berseni. Nama beliau ialah samy vellu Wan Mohd Zulqhairi. beliau sangat pandai dalam hal gosip edit gambar.haha..kalau you all minat nak tengok gambar beliau, bolehlah berkunjung ke blog beliau. masih single dan jugak merupakan seorang anak hayam emak.Eh, kenapa asyik story pasal beliau? eiiyuu, geli. ok, kembali kepada topik asal.  Salah satu contoh hasil beliau ialah header aku. eh, bukan header sekarang ni. Bakal header aku. Tapi aku macam segan la nak letak sebab header ni nampak cantik gila kelakar sangat. Apa pendapat anda semua? Perlu ke aku guna header ni? nampak comel tak?



tengok, tengok dan tengok lagi! aku kena paksa pilih gambar ni..sangat kesian kan.. sudah la pipi kembung, muka masam, letak jadi header pulak tu. Que cakap gambar ni berseni. sangatlah mak hayam kan. patut ke aku jadikan gambar ni header???


note : sumpah muka aku bukan macam tu tau. ngee..till then, bai.

:: contest 1 ::

salam olls..

Seronok.Seronok. dan seronok lagi!  baru buat blog sudah ditag. tens Dayun sebab tag aku. Jum kita terjah edisi contest kali pertama. check it out!

Tuan Penganjur : cIk aEfa aErisYa



syarat-syarat penyertaan :
  1.  Buat entri bertajuk Contest Manisnya Senyuman ~ done!
  2. Letakkan banner contest dalam entri dan sidebar & linkkan ke blog tuan contest ~ done!
  3. Letak satu gambar yang penuh dengan senyuma [gambar ramai2 minimum 3 orang] ~ done!
  4. Bina satu ayat kreatif tentang gambar berkenaan ~ done!
  5. Tag 2 blog yang lain ~ done!
  6. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen ~ done!


gotcha!
< craziest friend! love them! >

note : gambar diambil masa pergi meronggeng di zoo negara. kali kedua pergi zoo negara still lagi nampak macam jakun. semoga tuan penganjur berkenan dengan gambar i. terima kasih. ^_^

tag 2 orang lagi :

mohd Que
siti dyia


Tuesday, November 30, 2010

cikgu-cekgi

salam olls.

kalau dulu

FB : as, ko ambil kos ape?
as : cikgu..
FB : oo. cikgu ape?
as : cikgu...ermm, ada la. ngeee..

Kalau sekarang 

FB : as, ko ambil kos ape?
as : cikgu. cikgu KH, major dalam ekonomi rumahtangga..



Ye, saya bakal cikgu KH, khususnya cikgu ERT.

masa mula-mula dapat cikgu ERT ni, rasa macam nak nanges, nak g serah diri dekat harimau biar kena ngap. *motif sangat kan.. yela, masa tu, aku fikir cikgu ERT ni takla sePopular cikgu sains.mungkin. bila masuk U, mula-mula tu rasa semacam je nak sebut ambil jurusan apa. tapi lama-lama rasa bangga dan bertuah pulak dapat jadik cikgu ERT ni. sebabnya, check it out!

  1. Selain jadi cikgu, saya dapat belajar masak, jahit, bertukang dan bertani!
  2. Bila sudah kerja, cikgu ERT selalunya femes dan glamour.yeay!
  3. Dekat kampus, cikgu ERT jadi rebutan lelaki sebab pandai macam-macam. ok..tipuuu.
Jadi, kepada semua kosmate saya, jangan malu-malu tau nak mengaku kita cikgu KH. sangat la superb cikgu kan.  semua benda kita pandai. Amin.


moral : kita kena bersyukur dengan apa yang kita dapat. "Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku, Maka Baguskanlah Akhlaqku"

till then, bai!


tempek gambar sikit. haha.cun kan cikgu lini?

Monday, November 29, 2010

motivasi

salam olls.

hey semua. bila bangun pagi-pagi, rasa semangat nak update blog. *sila take note, pagi i bermaksud jam 10 ke atas ye.
pernah pergi kem motivasi tak?ingat lagi masa aku jadi budak dulu. suka nak pergi kem motivasi. sebab nanti ada program muhasabah diri. ala, yang part nangis-nangis tu bila kakak dengan abang fasi ungkit cerita ibubapa. comel-comel je kalau budak perempuan nangis, kalau laki, macam haramm.. ok, sebenarnya nak cerita aktiviti aku masa cuti ni.
 sekarang aku dan geng MTM ( majlis tercantek tertinggi mahasiswa ) sedang bertungkus lumus cari peserta untuk program motivasi yang kami anjurkan. kursus hanya untuk pelajar darjah 4, 5, 6..
jadi kepada sesiapa yang ada adik bolehlah hantar dekat kami. konpem lepas tu terdidik dengan cemerlangnya! yeay!

mood : masih dalam proses belajar buat blog.

till them bai!



saya kembali

salam olls.

hey kamu semua. saya sudah kembali menulis blog. anyway, ni blog kedua aku. *eh, tiba-tiba berubah watak jadi aku pulak.haha. sorilah kepada sesiapa yang rindu aku. blog dulu aku dah delete. saja, nak cipta mood baru pulak.

anyway, selamat bertemu kembali. InsyaALLAH, blog ini akan jadi landasan untuk aku menipu bercerita, berkongsi dan segala bagai lagi. tens kepada abang Que gila baik dan hensem lagi kacak bergaya sebab banyak bantu aku menCOMELkan lagi blog. beliau lah satu-satunya pendorong aku nak tulis blog ni. ok tipuu.haha..

nanti ada masa kita cerita lagi ye.

got to go. till then, bai!