CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, December 31, 2010

2011, come tak mama!

salam olls..

Hee, tajuk nak gempak saje kan. Oklah, memandangkan semua orang bercerita pasal azam dan wishlist segala bagai semua, jadi aku dengan rela hati pom nak la berkongsi azam tahun baru aku dan wishlist aku untuk tahun 2011 (ye, jangan nak sindir aku azam tahun lepas belum tertunai lagi ye deknon.huhu)..

Mari semua adik kakak dan abang baca kuat-kuat azam 2011 saya ye.
  1. Nak maintainkan pointer. Kalau dapat rezeki lebih, tahun ni nak sangat dapat dekan sekali lagi.Amin Ya Rabb..Ingat ye adik-adik semua, pelajaran adalah sangat penting jaminan masa hadapan. See, pesanan yang sangat berwibawa di situ ye.
  2. Nak mengubah sikap negatif kepada sikap positif.Spesifiknya,  jadi seorang yang memahami dan difahami. *eh, macam tiru point Que je ni.haha. biarlah.
  3. Diet diet dan diet lagi. Azam ni mesti tersemat dalam hati kebanyakan wanita kan kan kan?hahaha.. at least mesti turun berat badan. Ayuh, kurangkan makan, lebihkan senaman. Hasfalini boleh! See, berfikiran positif kan..haha.ok tak lawak.
Cukup-cukupla tu.  Berangan banyak-banyak pun tak guna kalau tak berusaha. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

2 comments:

hamihemo said...

Jom diet ramai2...

fatien adibah said...

yeah as yeah!all the best as!:)