CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, January 29, 2011

Volleyball volleyball volleyball :)


Assalamualaikum wbt..

Hari ni nak tunaikan janji sebelum pergi hiking kat gunung chemerung dungun dan balik cuti CNY. By the way, mood kemenangan volleyball masih membara sebab stil lagi terkenang-kenang dekat match tu. Dah lama kot tak lepas gian main volleyball ;p

Memang aku obses dengan volleyball, since dari darjah 6 aku stat main untuk kelantan. Tapi aku lebih suka tengok match lelaki punya, sambil tengok sambil usha lelaki ensem. See, kecik-kecik dah gatal.haha.
Since zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah dan sampailah ke matrik, orang selalunya kenal aku as a volleyball player. Nak kata main hebat takpun, spike pom terjungkit-jungkit sebab pendek =.=
Sokongan parents aku memang tiptop la. Kalau dekat dengan match, abah selalunya mesej bagi moral support. Even dah 22 tahun dan tournament interkolej je kot abah still lagi do the same things, tens abah. *hug and kiss*


Tapi game kali ni, sangat meninggalkan kesan  kat hati aku. Maybe sebab satu team ngan budak malaysia kot ;p. Eh tidak. Bukan bukan.. Sebenarnya masa game hari tu, ada pertanyaan yang tidak disangka-sangka. Dalam first six yang masuk dalam court, aku seorang je pemain picisan. Ye la, pemain paling pendek dan gemuk, =.= Dan aku jugak satu-satunya pemain yang bertudung. Mana taknya ada 3 orang pemain malaysia (chinese) dan dua orang pemain netball msn. One of them tu pernah satu team dengan aku masa main untuk kelantan dulu :)

Tapi sebelum aku cakap apa pertanyaan tu, jum cuci mata tengok final match!

The winner is Kolej keenam! horay horay!



Stupid mistakes, dua kali serve asyik sangkut net, nyampah!

=)

Band down, here we gO!
Supportes memang awesome sangat, tens for jerit-jerit bagi semangat!

See, player yang paling pendek dan gemuk dan uhuhuhu..

Seronok seronok seronok

Aku paling suka gambar ni. Nampak macam satu team serasi :)

Tens to my besties, Que dan Jan, dan Is (is takde dalam gambar)

Final match dengan kosass

Again and again!

We love k6!


Seorang chinese tanya aku..
Q : Eh, kenapa you pakai tudung masa match?
A: Dah lama ai bertudung. Since form 4,ai dah tak pernah free hair. :) . Dah insaf la dear.
Q: Oh yeke? Memang dari dulu lagi you pakai tudung. Tipu la.
A:  Sambil angguk-angguk, Ye betul. 
Q: Bukan ke budak sukan tak pakai tudung?
A: ai bukan budak sukan la. ai tak pandai pom main. :(
Q: Tipula. you pro maa..Main hebat woo..


Aku? kembang kempis jugak lah, terus pergi muntah dekat tepi court,haha. 



Till then, bai!







Thursday, January 27, 2011

kenapa berblogging?

Assalamualaikum wbt..


Malam ni aku taknak cerita lagi pasal tournament volleyball aku. Mood terpinga-pinga sebab game tadi sangatlah besh! Rasa nak ulang balik je tournament tu sebab tadi aku macam tak puas hati sangat sebab buat mistakes bodoh, serve sangkut kat net! Menyampah!

Ok dah, kenapa aku berblogging?

Sebab utamanya adalah dapat nuffnang meluahkan segala cerita dan isi hati aku. Tanyalah siapa sahaja yang kenal aku, memang aku selalunya di nilai sebagai seorang yang peramas peramah dan banyak cakap.


Aceli aku tengah emo ni, sedih weh! tadi game menang, banyak benda nak citer dekat incik dia, tapi dia pulak bizi memanjang! amek la engko cik belog, aku sumbak semua rasa hati dalam ni..eiii!



Subhanallah, itu lah ko as,
ikutkan sangat amarah tu,
tu sikap syaiton as,
tengok, idea pun terus kering.
Dah, jangan marah-marah ye :)
Bai!

Wednesday, January 26, 2011

Musim sukan kolej

Assalamualaikum wbt..

Kalau kat upm sekarang, budak-budak sukan sedang bizi. Minggu lepas minggu olahraga, weekdays lepas juga minggu volleyball lelaki, sekarang minggu tournament volleyball perempuan. Aku? sibuk usha lelaki  masa nak curi-curi pergi tournament volleyball. Seriusly minggu ni sangat hectic. Nak terberak pun fikir dua tiga kali. Nasib baik tak kena penyakit gout. Eh gout ke sembelit?

Aku tak pandai pun main, sekadar mengisi kekosongan pun. Alah, setakat main untuk kampung negeri dulu apa la sangat kan. =.= *ada gaya riak berlapik tak? haha. Betul, kalau nak dibandingkan dengan team aku yang ada tiga orang budak malaysia tu, aku ni player picisan je kot. Biarlah, janji aku dapat lepas nafsu gian.

By the way, aku taknak ulas panjang-panjang. Pukul 8 nanti ada game lagi. Got to go.
Doakan aku menang, nak dapat beg upm free ^_^.
Budak handball jangan marah aku tak pergi training tau. Aku malu la nak join budak star, main pom injured.Booo..memalukan team handball upm je.

 Tempek gambar lama sikit :

Team paling havoc masa aku kat matrik dulu. Jangan teka aku ada kat mana sebab muka hitam kalah bontot kuali.



till then, bai.

Sunday, January 23, 2011

Tiba waktunya kita akan tua

Assalamualaikum wbt...

Pagi hari lagi aku dan group assignment heading ke Tangkak, tugasnya nak kena serbu pergi rumah orang tua dan menginterview apa yang patut. Aku taknak la cerita view masa nak on the way nak ke tangkak tu. Jadahnya korang nak tau papan tanda kat highway seremban tu ada gambar perempuan seksi dan hot. ;p

Mula-mula nak pergi tu memang rasa semangat gila, kononnya nanti nak buat sopan santun pijak kulit pisang tak jatuh. Tapi tapi dan tapi bila sampai kat sana terus sebak dihati mula bertandang. Yup, seriously sayu hati aku bila tengok wajah-wajah diorang. Cuba bayangkan mereka ini ditinggalkan oleh keluarga masing-masing. Eh tak, bukan tinggalkan selama-lamanya, cuma mintak orang tolong jagakan, hujung bulan datang jenguk sambil bayar duit seribu henggit. WAT THE FISH cake!


Kenapa tak boleh nak jaga sendiri? Mintak-mintak aku dengan dik beradik kesayangan tak lupa diri bila dah berjaya. Amin.


Nama dia Mei pheng. Eh bukan yang tua tu, yang muda tu la. Auntie kat sebelah dia tu ada sound trouble tapi suka bercakap. Bila orang bercakap dia angguk-angguk je, padahal angguk amek hati sebab ape pom kami cakap dia tak dengar T_T Tapi auntie ni gojes sangat bila dia senyum, walaupun pakai gigi palsu yang dah berkarat kuning.haha. As, behave k.


Kesian tau tengok auntie-auntie ni makan takde meja. Dah la makanan kuew teo sup tu panas. T_T


Ini pun kawan saya juga, nama dia Boon Sie Yoke, single lagi. tapi kalau nak usha sila pastikan anda adalah apek yang kaya. motif sangat ko ye.^_^
Kat sana kami tak banyak buat aktivit pon, cuma time makan tu kami tolong suap-suap. Auntie ni ada strok, jadi dia tak banyak bercakap dan bercerita. Kesian diorang, seharian duduk atas kerusi tu je, sampai kematu bontot. tsk..tsk..

Uncle ni sangat baik okey. Rasa macam nak tolong je dukung dia ke mana-mana sebab badan dia super kurus yang amat. Tragis sangat bila tengok. Tapi uncle ni sporting, dia cakap dia ada 15 orang anak. 15 orang anak tak boleh jaga sorang bapa ek? T__T

Uncle ni lagi kesian tau. Dulu dia orang pandai, orang kaya tapi sekarang dah jadi tak siuman sebab putus cinta. Sampai sekarang tak kahwin lagi. Adik dia yang hantar kat rumah orang tua ni. Sadisnya penangan putus cinta ni. ish ish ish..




...





...





...





Tak sampai separuh hari pergi saya rasa rindu dengan auntie ni. Semoga auntie panjang umur dan murah rezeki. Semoga auntie dapat hidayah dari Allah swt peluk Islam.huhu :)


Saya rindu auntie ni. saya rindu auntie ni. saya rindu auntie ni..... Tadi aku usap-usap tangan dia, lepas tu dia usap tangan aku balik, dia cakap gelang aku cantek ^_^
Bila berborak dengan auntie ni, aku rasa rindu sangat dengan arwah tokmek aku. Seolah-olah aku tengah berborak dengan arwah tokmek pulak.

Al-Fatihah untuk arwah tokmek. Satu-satunya kenangan terahir arwah dengan kami..




Nak nanges kejap, till then, bai!

Saturday, January 22, 2011

sabar

Assalamualaikum wbt..




Kenapa mesti rasa macam ni...



..



..




..




Bila saya terlalu terlalu terlalu banyak menahan
kalau berterusan begini macam mane?



..





..







..






biarlah..
saya masih mampu bertahan.
cuma malam ni
kesabaran sedikit terhakis.


..






..







..









YA ALLAH..berilah hambamu ketabahan
kesabaran
ketenangan

Thursday, January 20, 2011

senyum

Assalamualaikum wbt.


Pernah tak korang rasa bengang gila bila senyuman seikhlas hati sampai terkoyak bibir mulut tak dibalas? Pernah tak korang rasa malu-malu nak senyum dekat orang sebab bergigi jarang macam aku? Pernah tak korang menyumpah seranah dekat orang yang senyum sinis? Lepas tu siap publish dalam fesbuk..Pernah tak korang teringin sangat nak bagi senyuman paling menawan bila terserempak dengan lelaki idaman? Ok, aku pernah. haha.geli? Aku pun..


Selesai sudah set induksi aku, *ecece, mentang-mentang cikgu, ko nak masukkan sekali elemen mengajar dalam blog? lempang kan..

Sebenarnya aku nak menyeru kepada anda, anda dan anda semua supaya kita melatih diri untuk senyum seikhlas hati. Tak susah pom adik kakak sekalian, angkat bibir tu sikit jek..takpe, gigi ko jarang ke, mulut ko senget ke, gigi ko hitam ke..asalkan pahalanya bertambah. Senyum kan satu sedekah..
See, senang-senang je nak tambah pahala. Thank you Allah, Thank you Allah :)


Jum layan video lagu favourite aku. Kawan handsome aku yang tag dalam fesbuk. Dah lama da video ni aku buat perkasam. Tapi seriusly aku akan tersenyum bila dengar lagu ni :) Tens Iskandar shah.



video

perempuan sebenarnya begini..lelaki pula adalah begitu..

Assalamualaikum wbt..


Hey hey hey..sori lah lambat sikit proses pengHUPDATEan aku kali ni. Maklum la, bini orang pelajar kan. Sana dating meeting, sini meeting. sampai badan dah turun 5 kilo. Ok tipu. Sebenarnya aku bukan la nak kongsi tips ni, saja nak share kemahuan dan perasaan perempuan sikit, yang kadang-kadangnya bertentangan dengan lelaki. ye dak? Ok, lets check it out!


Perempuan ni sebenarnya perindu yang hebat berbanding lelaki. Percaya atau tidak, awek korang tu memang selalu rindukan korang. Contohnya masa dalam kelas pun teringat, masa nak makan pon teringat. betul kan? tapi lelaki ni adik kakak oi, tidak seperti kaum perempuan ya. Jadi jangan terkejut kalau kaum-kaum pakwe ini dengan jujurnya berkata takla rindu sangat..


Lelaki ini lebih kepada meminta nasihat. Haa, yang ini aku tak pasti kebenarannya. Meh aku bagi situasi. kalau la seorang perempuan tu sedang hadapi masalah, bila mengadu atau meluahkan perasaan mesti nak si pendengar tu buat respon menyebelahi dia. Senang cakap, perempuan mengadu lebih kepada nak dapatkan simpati. tapi lelaki tidak ye adik abang. Mereka selalunya perlukan nasihat. Tak kisah samada si pendengar tu mengkkritik tindak tanduk dia. Betulkah?


Perempuan ini lebih sensitif berbanding lelaki. Yang ini tak payah nak explain lagi la. dah memang betul terbukti sejak dari zaman nenek moyang lagi. Kebanyakan perempuan selalunya akan fikir " kalau dapat selalu msg mesti best, kalau dapat selalu berborak mesti best, kalau bla bla bla.." Oh tidak ye adik kakakku sayang, tidak boleh begitu. lelaki kebanyakannya lebih suka spend kan masa diorang dengan kawan-kawan. takley la nak berkepit sangat. jatuh market nanti. haha


betul tak? betul tak?



till then, bai!

Wednesday, January 19, 2011

GiveAway Dieabella!

Assalamualaikum wbt..

Mari adik kakak semua. Jum sama-sama kita menyertai GiveAway Dieabella ini! Caranya amat mudah sahaja iaitu tiada sebarang syarat pun dikenakan. Wow! meletop sempoi sangat beliau kan. Ayat membodek sikit.ececec..hehe. Terima kasih cik Dieabella buat GiveAway ni :)

Tepek gambar penaja dulu.haha :)

Monday, January 17, 2011

Penghinaan terhadap orang Islam!

Assalamualaikum wbt..

Jujurnya aku memang tak suka nak maki hamun orang. Dan aku paling tak suka nak mencarut. Bila tengok gambar tu kat blog kawan lama aku, tersentap gila wei.

Vavey punya betina ni!

Astaghfirullah Al Azim..tergamak mereka dan mereka si kafir durjana menghina orang-orang Islam sebegitu rupa. See, obviously gambar ni sengaja diedit!




Firman Allah bermaksud, " Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka akan dikenakan azab seksa dengan sebab mereka berlaku fasik." (Surah al-An'am :49)


Ertinya, mereka yang mendustakan (mengkufuri) al-Quran (ayat-ayat keterangan yang dapat dibaca) yang disampaikan oleh Nabi s.a.w dan ayat-ayat keterangan yang dapat dilihat (alam yang menjadi hujah mengenai keagungan dan kekuasaan Allah) dengan mata mereka sendiri, mereka akan dikenakan azab seksa yang pedih daripada sebab kejahatan dan kekufuran yang mereka lakukan terhadap ajaran Allah dan Rasul-Nya s.a.w.



mood : panas hati! till then, bai!
psst : mggu ni bz sikit, blog jrg berhupdate


Friday, January 14, 2011

seronok ye kau jadik manusia kejam?

Assalamualaikum wbt..



Subhanallah..Subhanallah..
kenapa mereka kejam sekali?
Anugerah Ilahi yang menjadi pengikat kasih diperlakukan dengan kejam sekali.
Kenapa masih lalai dan tergoda dengan godaan syaitan?

Hey manusia, jangan jadi panas baran boley tak?
Hey manusia, kenapa tak tanamkan sifar sabar dalam diri?
Hey manusia, kenapa kau seksa anak bini kau macam tu sekali?


Ok, aku memang sangat emosional sekarang ni!
nak tahu kenapa?


baca suratkhabar hari ini.


Mood : benci pada penyeksaan terhadap bayi dan kaum wanita.

till then, bai!

Badan sasa? Ouch i like ;p

Assalamualaikum wbt..

Hey eberi bodi! sehat kah anda semua? sori lah u olls, i bizi sikit sejak kebelakangan ni. Maklumlah, ramai sangat nak interbiu i tanya kenapa i makin kuruih..ok tipu.

Dah, aku takde masa nak menggedik dengan u olls, layan je la pic yang tak seberapa ni ye. Jangan engko tak percaya pulak. Terlebih percaya pom tak boleh...khurafat jadinya deknon yeee..

Lets check it out!


Tang kuat daya ingatan tu aku hairan. camne la aku si penggemar semut boleh kuat daya ingatan ni? BELAWOK KOHONG! eh bukan ke busuk kohong? haha. ore kelate tulom pliss



Searching si Que pulak jumm!

Hah, badan sasa? sesuai jadi bomoh doktor? suka dudok dirumah? Nawok epeh!

 



Jum serbu bulan encik kawan special aku pulak..check it out!!

 Psst : dia lahir bulan januari :)




Monday, January 10, 2011

Pakai tudung tapi nak tunjuk pusat?haha

Assalamualaikum wbt...


Macam tempat lain la, setiap tahun mesti nak buat Annual Dinner kan. Aku ni semestinya lah kena mewajibkan diri pergi, aku kan Very Important Person (vip). By the way, yang selalu jadi masalah besar aku adalah nak memilih baju ikut tema majlis. Mestilah nak kena lawa-lawa kan, takkan aku nak kalah dengan orang lain kot?? *eh, apesal ko budget vogue ni as?lempang nak?


Okey, tema dinner kami adalah 'Arabian Night'. See, jadi minah rempit arab la aku nanti malam tu..Agaknya la kan, baju mana yang sesuai dengan tema? Lets scroll down!



Waduh, kok ganteng bangat kalau begini pakaiannya? Err, betul-betul minah arab ni.Cuba bayang aku dress up macam ni, wow! awesome okeh! haha..


Eh, pakai tudung tunjuk pusat? Mesti terbeliak mata Oppa Que. Eh bukan mesti, Memang Pasti Terbeliak ye. 
Tapi aku suka la kasut dia, unik sangat kan. Kalau time nak santap tu, beg bolehla sangkut kat kasut dulu.haha. Selekeh mak hayam sangat ye deknon.

Totally rasa macam cendawan kalau aku dress up macam ni..haha. Tak suka la, gaya macam nak kawin jek.



Jadi jadi dan jadi, jum serbu butik-butik mulai sekarang! oyeah!!


Psst : Alamak, penajaan tak jalan lagi ni, camne nak buat annual dinner gempak? huhu..till then, bai!


Sunday, January 9, 2011

kosong itu sakit...

Assalamualaiku wbt...



5 minit pertama,
Aku pandang henset, sepi..

15 minit kemudian,
Aku pandang henset lagi, sepi..


Tengah main poker agaknya.
Online lah..


Aku kelip kelip mata,
Mana dia?
Aku tak boleh tipu diri sendiri,
Aku rindukan dia,

ok dah, tahan airmata tu,
Nite everybody



Psst : Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa




Lirik dia buat aku sentap. till then, bai!

"Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru"

Assalamualaikum wbt..



Terima kasih Incik pokli sebab tag as,  mari kita terjah apa itu bloglist blogger baru!

Ahsfantasy24.com ingin menjejaki blogger baru, khususnya bagi mereka yang mempunyai bilangan follower kurang daripada 300. Tak kiralah walau dah bertahun, tapi kadang-kadang tetap baru kan bila tak ramai yang berkunjung. Rasa segan nak beramah mesra dengan mereka yang punya follower yang ramai? Jangan bimbang sebab anda pun mampu setanding mereka, berusahalah.

Tapi jangan bimbang, bukan hanya terbuka kepada blogger baru, blogger lama yang kurang maju trafiknya pun boleh join jugak.hee.Kalau masih tak faham entri aku ni, boleh buat rujukan dengan tuan tanah empunya penganjur. *eh, apa punya ayat la aku ni.

Ok, syarat-syaratnya:
  1. Blog anda mestilah mempunyai follower kurang daripada 300 orang; ~~~ DONE!
  2. Buat satu entry yang bertajuk "Bloglist Istimewa untuk Blogger Baru" dan linkkan ke entry ini; ~~~ DONE!
  3. Tinggalkan Link entry yang telah siap anda di ruangan komen; ~~~ DONE!
  4. Tidak wajib untuk menjadi follower saya, namun saya berbesar hati jika ada yang sudi; ~~~ DONE!
  5. Tag 3 orang rakan seperjuangan anda; ~~~ DONE!
  6. Meminati dunia blogger dan tidak sombong. ~~~ DONE!


aku nak tag :
  • Incik hamihemo
  • Incik Bazli
  • Cik lienda





Saturday, January 8, 2011

Sem ni lecturer ajak pergi mencuri.

Assalamualaikum wbt..

Bangun pagi, airmata sudah kering!
Hey as, senyumlah.. pamerkan yang tersurat, Yang tersirat kau ikat ketat-ketat dan
kau simpan dalam-dalam. Ok dah ^___________^

Eh jap, pandang jam, jam 1130 pagi? wow, pagi la sangat kan.
kawan aku call pagi tadi, Iskandar Shah ajak keluar pergi tengok wayang, sekali dengan Oppa Que, dan budak-budak kolej yang lain. Sori ye dear, aku ada discussion pukul 230 petang nanti.

Minggu lepas, kelas pertama aku mula dengan perasaan agak tak best sebab lecturer sangat skema. Kelas pertama mesti dah set masuk kelas takleh lewat dari sepuluh minit. Kalau lewat mesti kena berdiri luar kelas. Ok, aku tak kisah sebab nanti boleh usha mamat fakulti ekologi. *as, behave ok!


Then, hari hari seterusnya berlalu sampai lah hari Jumaat. I went to my first class of menu planning and development, then my really really really handsome lecturer told us our 3 assignment and one of them us to steal a menu card from a restaurant..Halamak, macam mana ni? mama ajar jangan mencuri biarpun masa, tapi lecturer ajar suruh mencuri??

Monolog dalaman : Hasfalini versi gadis suci
Tak baik as kalau mencuri, nanti kena potong tangan masa akhirat? nak ke? dah la sembahyang tunggang terbalik belum tentu Allah terima tau? Ingat mama pesan sebelum pergi sekolah zaman hingusan meleleh sampai masuk dalam mulut dulu tu? Ingat tak? Hasfalini nak masuk syurga tak?nakkkkk..








.....
























.....


























......



Monolog dalaman lagi : hasfalini versi gadis tak suci. eh, macam pelik je ni?
Takpe la As, mencuri sebab lecturer yang suruh. Lagipun, curi satu je. Mesti tuan kedai tu tak perasan kalau ko ambik satu. Ni lah masanya untuk kita mencuri ada sebab. Ala, mencuri sunat. Biasa la tu. Takkan lah kau tak pernah mencuri kan? Curi hati dia tu pun kau pandai? *damn, kenapa aku teringat dia lagi!


Jadi macam mana ni? Perlukan aku mencuri??

Nampak tak apa yang aku nama? menu card ICE ROOM! Jan dah hulur dah tu.




Omaigod! ape nak buat ni?? plis help, help, help..


till then, bai!


 
 

Tidak semua realiti hidup itu manis.

Assalamualaikum wbt.

Aku selalu silap. Silap menilai, silap menegur, silap buat pertimbangan..
tapi Alhamdulillah, Allah swt masih sayangkan aku. DIA bagi peluang untuk aku sedar salah aku.
Kadang-kadang terlalu menjaga hati orang sampai rasa tak sedar hati sendiri macam kena siat dengan pisau, Its ok As, normal la tu hidup dalam dunia sekarang, ko tak boleh nak cengeng sangat. lempang nak?

Rasanya lebih elok jika aku letakkan garis sempadan antara aku dengan lelaki itu.
Ye, tak patot aku terus-terusan anggap dia bakal bf aku sedangkan hubungan kami masih dalam laut lagi.
Apa yang aku ada hari ni sebenarnya bukan penentu hak mutlak aku pada hari esok.
Dia hanya kawan, tak lebih dari seorang kawan.
Kami kawan biasa, bukan luar biasa.


=












=















=












hey hati, kenapa nak serius sangat ni?
Ada masa lagi la nak baiki hubungan.
just think positve ye sayang.
Dah, lap airmata dan have a nite dear!






till then, bai.










Friday, January 7, 2011

Mari mari Cik adik, Mari mari Cik Abang

Assalamualaikum wbt..

Eh, anda semua tahu tak sekarang ada chocolate fair dekat Mid Valley? Tahu tak? Tahu tak macam-macam jenis coklat ada jual kat sana.? Tahu tak ada banyak potongan murah-murah tapi harga dia masih mahal lagi? Tahu tak coklat dia sangat best terutamanya yang dark chocolate tu? Tahu tak aku ni sangat lambat tahu info, tahu pun bila baca adik junior post dalam blog dia. Terima kasih yana untuk info itu. Ok sambung balik. Tahu tak aku rasa teringin sangat nak pergi kat sana sekarang? Tahu tak aku dah cancelkan nak dating dengan fairuz (kawan aku) kat sana hari ni? Ok aku tahu anda semua dah meluat baca mukadimah aku.haha


 Mula-mula jum tengok iklan tuan punya blog dulu.

Manis jugak bila aku senyum tutup mulut
Hujung minggu macam ni memang bosan, kadang-kadang rasa nak potong bantal buat lunch tengahari.T_T Bakal bf pula nak topup tido sebab semalam tido lewat buat BBQ. Kawan-kawan ramai yang buat hal sendiri. Oppa Que pun keluar pergi lowyat tak ajak aku. SENGAJA tak nak bawak aku okey? Rase macam nak mogok satu hari taknak kawan dengan dia.T_T. Tapi esok kena kawan balik dengan dia sebab nak mintak die buatkan header baru yang cantik dan menawan. tulisan kena kecik sebab takut ramai yang nak usha aku nanti. 

 
Eh lupa nak cerita, aku sekarang gigih jogging setiap petang, maklumlah badan sudah tak solid macam dulu lagi. Abah bising sebab badan dah macam tong drum. Mama pulak bising sebab setiap kali aku balik rumah, makanan dalam peti habis. Sadis kan bunyinya. Bakal bf pulak pandai buat ayat tacing. "Ala, ijat tak kisah la as gemuk pun, tapi nanti tak cantiklah bila pakai dress nak g dinner kan". See, ayat sopan santun sangat kan. Haha. Tapi aku memang patut jogging pun, sebab sekarang nak bangun pun ambil masa 5 minit, sadis sangat! T_T


Ya Ampun, mintak jauh la aku nanti kembang sampai macam ni..Cepat bagi aku dorongan dan sokongan ye. ;)


till then, bai!

Psst: Bakal bf tido tak ingat dunia, tido la sampai esok! huh

50 Things About Myself

Assalamualaikum wbt.


Well, i've been tagged by Incik Amier which entitles '50 Things About Yourself''. *baguslah, kebetulan idea untuk menghupdate blog agak kering kontang sehari dua ni. So, jum terjah!

Erk, nak jawab dalam bahasa melayu je la. boleh? Kira cincai la ye bro ;)

  1. Nama saya Nor Hasfalini bt Che Hasnan
  2. i'm only 21 years old.
  3. Ok ok, still do not accepted that i'm 22 already.
  4. i have 4 siblings and i' the first!
  5. But they said my behavior is like the youngest one.
  6. I love my family very much!
  7. Whatever i do, my family comes first.
  8. Dekat rumah saya ade seekor kucing puteh yang bermata biru, dan kami sekeluarga sangat sayangkannya!
  9. I wish To brings both of my parents to th Mekah as soon as possible.
  10. Saya menyimpan cita-cita untuk belajar sampai dapat phD.
  11. Saya lebih suka dikenali dengan panggilan As berbanding Lini. yekss
  12. My friends said that i'm the stingy one.huhu
  13. i love my name because it's unique.
  14. i'm the Upm player for volleyball and handball.
  15. Lelaki pilihan saya mestilah seorang pemain bola. 
  16. I'm single but not available, sorry ya ;p
  17. I'm ERT teacher-to-be..
  18. and i can't wait to teach.uhh..
  19. i am emosional person,totally emo!
  20. Even i'm a harsh person, but i'm realy love all kind of flowers and teady bear ;)
  21. Already have my own kancil.
  22. My bf-to-be have my dream car.
  23. Can't wait to wear a braces.huhu
  24. Quite friendly.lalalala
  25. i'm not hypocrite person.
  26. First, i'm obses with pink colour but now red is my choice.
  27. I do have twitter, follow me please ;p
  28. I'm prefer mcD then KFC.
  29. My phone lost during the commuter intersection and I am so traumatized to buy a new expensive phone.
  30. I'm in love with my schoolmate.
  31. Arsenal is better then others.
  32. i love beach!
  33. Ermm..let me think first..
  34. I lost an idea.
  35. Volkswagen is better then mini cooper right? ;p
  36. i'm chubby and fat lady.
  37. love koreans drama!
  38. Selalu lupa isi minyak!
  39. I live at Kota Bharu which is located only 2 Km from town.
  40. I love April and Disember.
  41. I hate Januari.
  42. I love all kinds of local fruits.
  43. i'm not eat vegetables.
  44. Honestly, i do believe people quickly.
  45. My shoes size is 5 or 6
  46. I called my beloved pet fish ( King Arowana) is Ramona.
  47. feel it difficult to get men gifts.
  48. Sleep is my expertise.huhu
  49. Then wat?
  50. Fuh,,its totally done!

Wednesday, January 5, 2011

"Izamir Ridzwan Pendrive GiveAway"

Assalamualaikum wbt.



Dengan semangat membuak-buak, saya mahu menJOIN ini contest dengan harapan dapat 
membawa pendrive percuma ini ke sisi saya. Saya mahu menJOIN ini contest kerana saya 
memang sudah lama tidak membeli pendrive baru. Kali terakhir saya mempunyai pendrive adalah
semasa saya berumur 19 tahun yakni semasa baru sahaja menjejakkan kaki ke UPM dimana saya
telah diberi percuma pendrive tersebut. Saya juga telah berasa hairan kerana dengan tidak 
sengajanya saya telah menulis ini ayat untuk masuk contest dengan skemanya. Tapi saya bukan
bermaksud untuk membodek tuan penganjur. Ayat skema ini ikhlas datang dari hati sanubari 
hasfalini. Sekian Terima kasih. 




Berikut adalah serba sedikit info tentang pendrive pujaan hati kalbu aku :


##Spesifikasi hadiah :
  • Kingston Data Traveler 101 G2 ( IR akan gantikan dengan latest model, kalau keluar baru laa)
  • Berkapasiti 4GB setiap satu
  • 4 Pemenang.. Pemenang akan ditentukan melalui Random.org... Ala-ala macam cabutan bertuah gitu..  (mintak-mintak aku dapat, Amin)

kepada 

  1. Fatien
  2. Adila
  3. ajaatyne
  4. dayun 

anda berempat telah ditag dengan jayanya ;)

till then, bai!

Tuesday, January 4, 2011

Majalah Solusi tak berjaya pikat hati

Assalamulaikum wbt...

Pernah baca tak majalah solusi? Ala, bahan bacaan yang berilmiah tu. pernah tengok tak? kalau dah rasa Jakun sangat sampai tak kenal majalah solusi meh aku tolong google kan.

  
Majalah Solusi kat pasaran sekarang dah isu no 26 kot or 27.
Aku pun sebenarnya baru je  berjinak dengan majalah ni, encik bakal bf yang mintak aku belikan untuk dia. Dia cakap buku kegemaran dia. See, bakal bf aku bagus kan..Ye, deknon semua, kalau nak cari laki, cari yang macam tu, baik budi pekerti, lengkap agamanya..bukan macam Oppa Que tu, membebel je banyak. Opps, termengumpat disitu.haha.

Alang-alang incik bakal bf mintak belikan, maka aku baca la dulu buku tu. Seriusly, aku rasa majalah solusi tak berjaya pikat hati aku, tapi berjaya pikat Iman aku =.=  Jadi bagi sesiapa yang tengah membaiki dirinya kepada yang lebih baik, aku nak sarankan kita mulalah baca majalah Solusi ni. Sumpah tak tipu, isi kandungan buku tu bagus dan sangat bermanfaat. Jangan cakap je azam baru nak perbaiki diri, usaha tu penting. *baca dengan tegas.

Jadi sebagai langkah pertama, aku nak tukar pembuka kata entri aku dari salam olls, kepada ayat penuh Assalamualaikum wbt, Yelah, sunat bagi kita untuk menyampai salam, tapi wajib bagi kita menjawab salam yang diberi. :)

Jangan salah anggap, aku bukan promoter Solusi lah. Aku budak jahil jahat yang nak baiki diri. Jadi mari kita sama-sama baiki diri ke arah yang lebih baik. Semoga Allah Swt sentiasa memberi peluang untuk kita baiki diri.

Tuhan Yang Maha Mendengar,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui,
Tegarkan jiwa ini untuk berada pada jalan-Mu untuk selamanya,
Jangan biar diri ini tandus dimamah kefuturan,
Menjauh dari-Mu, meminggir dari-Mu,
Kuatkan hati ini wahai Tuhan,
Kerana tiada siapa tahu kehidupan hamba-Mu ini nanti akhirnya melainkan hanya Engkau.

Mintak maaflah, aku tak reti tukar tulisan kaler lain. Aku reti tukar merah dengan hitam je.haha.Jakun sangat ko ye Hasfalini. Pergi belajar dengan mamak mamat cerewet ko tu. T_T


Till then, bai!