CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, April 28, 2011

Jatuh Bangun kehidupan

Assalamualaikum wbt..

Hello peeps, bagaimana perjalanan cerita final exam korang? Aku sudah selesai 4 paper. Fuh berderet empat hari menghabiskan 4 exam..Hey, biasalah tu kehidupan. Ada masa senang dan ada masa susah. Yang kau nak mengeluh tu pasai ape? Lumrah roda kehidupan, sentiasa berubah. Dan kau ingat setiap kali kau senang dan setiap kali kau susah ada teman menemani kat sisi?  Come on la, reality life.. people comes and go.

Dulu, aku terlalu takut dengan komitmen every single person yang aku jumpa dalam life aku. Melihat kepada kehidupan manusia kini, aku tahu jatuh bangun aku akan sepi tanpa sokongan orang-orang yang ikhlas. Suami yang berjanji sehidup semati dengan seorang isteri sanggup  sepak teranjang, cerai talak tiga, isteri yang dahulunya pijak semut tak mati sanggup hidup bersekedudukan dengan jantan lain, kawan baik yang berjanji harungi susah senang bersama lari tinggalkan kawan kerana jantan. celaka. Kegembiraan yang datang secara tiba-tiba, akan pergi secara tiba-tiba juga. Kita sebagai manusia biasa, hanya mampu berusaha dan berdoa bukan?


video

By the way, video nih kawan aku yang suggestkan. Best, dan terharu. Sebak jugak dalam dada.

MA : Terima kasih kerana menerima maaf saya.



Tuesday, April 26, 2011

Thursday, April 21, 2011

Surat Layang

Assalamualaikum wbt...

Tempek gambar penaja dulu :)


Hasfalini,
Semalam 20 April kan? Selamat hari jadi sayang. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki olehNya. Bila umur dah meningkat ni, harap-harapnya amalan bekalan untuk akhirat pun makin bertambah la. Biasa la der, dunia ni hanya persinggahan sementara sahaja.
Dalam sedar tak sedar, dah 22 tahun awak hidup kat muka bumi ni kan. Tapi perangai tak berubah, macam budak-budak lagi. Bila awak nak ubah diri awak?  Bila nak jadi matang? Bila? Bila?Tak lama lagi dah nak abes belajar, tak lama dah. ada setahun jek lagi. Lepas tu keluar, ada rejeki dapat jadi cikgu. Amin =.=

Apapun, jangan cepat melatah, ubah diri dulu. Jangan jadi seorang yang sangat sensitif. Tapi kenapa ye, sejak kebelakangan ni awak cepat sensitif, nak sentap tak tentu pasal? Tak elok begitu, bukan semua orang ada hati dan perasaan serupa awak. Sabar la, kalau terguris, cepat-cepat maafkan semua orang. Lumrah duniawi,  ada yang bermulut tajam, ada yang berpandangan serong, susah nak puaskan hati semua orang. =.=


Hasfalini,
Belajar rajin-rajin tau, jangan malas, jangan kuat tido, jangan banyak main. Belajar tu penting, target mesti kena tinggi. Lupakan semua yang tak penting. Jangan ikut kawan, kalau kawan selalu kuar overnite pun, jangan terpengaruh tau =.=

Err, soal hati dan perasaan tu,, err, tengoklah macammana =.= Oh, tens untuk incik tudm sebab ingat dan wish besday kat hasfalini. Dia sangat terharu okeh. Tak sangka dan terkejut. Anyway, tunggu setahun lagi tau, tak lama dah nak abes belajar. ^__^

Yeay! 
Psst : Tens dekat semua yang wish besday!

Tuesday, April 19, 2011

Say yes to Manik dan labuci ^___^

Assalamualaikum wbt...



Haha, jap gua nak gelak dulu. Hahaha semalam gua terbaca satu entri kutuk mengutuk perempuan kelantan. Ciss, sungguh tak beradab betul. Ini yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sabar awak, kalau awak tak puas hati, jumpa lah depan-depan, setel secara propesional. Ini tidak, dibuatnya satu entri khas kutuk sek kelate kito. ni yang sayeww rasew nak...ei ei ei.. kan saya keluarkan ayat se das kan, awak nangis kang.. haishhh, what the nonsense!


Baiklah, raya dah dekat. Gua dan puan emak dah berangan macam-macam nak readykan untuk raya. Setelah kata sepakat dicapai, puan emak pilih tema biru untuk raya tahun ni. Actually, bukan cerita raya yang gua nak usulkan ni, gua just nak kongsi satu bakat yang kawan gua ada . (satu bakat? err, betul ke penjodoh bilangan yang gua guna? )

Jenis gua, kalau pakai baju kurung tu mesti nak kena miz and match. Kena match dengan tudung, gelang, jam dan segala bagai lah. Tapi trend sekarang jahit manik pulak dekat baju kurung tu. Jadi gua secara langsung yang bergelar anak kepada puan emak yang merupakan seorang tukang jahit haruslah ber up to date jugak. *gua memang suka guna bahasa anak kelly ni. hihi

By the way, tahun ni gua dah berhajat nak antar jahit manik dekat sorang kawan lama gua. Jahitan beliau, perghhh cair beb kalau lu tengok. Cukup kemas dan teliti. Harga pun berpatutan. Bila gua cerita dekat puan emak, puan emak pun setuju jugak ngan cadangan gua. Nak tengok hasil kerja beliau?

 Lets check it out!













See, santek bukan. Ni baru sikit woo. Apa lagi, meh tempah reramai meh. Incik comel berbakat nih nama incik jati. Nak tempah? Nanti gua bagitau beliau. Beliau super peramas peramah okes.haha. ;p



Psst : Ore kelate berbakat dan berjangoks! *take note.

Fix It!

Assalamualaikum wbt...

hellow peeps! lama aku tak berceramah kat sini. Aik, kejap gua, kejap aku. mane satu ni? Aceli aku nak guna as tapi macam...err..haktuih! Tak kisah la memana kan, asal selesa dan mesejnya sampai. Ye dak? *hangguk-hangguk. 

Aku on fesbuk tadi, keluarlah berpuluh-puluh notipikesyen dok kutuk mengutuk pengurusan kolej aku pasai kena tendang kolej. Haihh biasa la der, lumrah dunia.Kesian jugak dekat mereka-mereka yang aktif kena tendang keluar ni.  Aku pun kadang-kadang tak mampu nak keluarkan sebarang pendapat. Karang, kerana mulut badan binasa. Jadi aku rasa eloklah setel yang mana patut. Kalau stay kat rumah sewa, bajet pun lari, transpot pun nak kena cari, nak dating pun susah nanti kang. Mungkin takde rejeki kita nak stay kolej, apapun rayuan boleh dibuat. Jangan bimbang hokeyh! ^___^


Actually, masa aku godek-godek lappy tadi. Aku terjumpa satu lagu. Lagu hadiah dari seorang teman. Masa tu aku tengah sedih sangat dan beliau tag aku lagu ni. Super meaning okeh!



video

Monday, April 18, 2011

Pejam Celik Pejam Celik Pejam Tak Celik Celik

Assalamualaikum wbt...


Heyhoo peeps! yeay, gua dah semakin rajin menghupdate blog gua yang tak seberapa ni. Maklum lah, dirumah semuanya enak-enak belaka. Sambil goyang kaki layan cerita hindon kegemaran puan emak pun boleh tekan keyboard. See, betapa indahnya dunia bila berada dirumah. Bila dekat kampus, huh, terbera* pun terkejar-kejar, masakan mau menghupdate blog!  * ayat sungguh berpuitis ye! haha

Gua realise, dah hampir 22 tahun ( lusa cukup 22 tahun, take note! ) gua hidup kat dunia ni, dah dekat 3 tahun gua belajar dekat upm tu, apa yang gua dapat? Semakin hari gua hidup, gua lebih banyak mengikut rentak instead of mencipta rentak sendiri. Lu faham? Gua pun tak faham. huahuahua. Tapi ini serius. kadang-kadang gua rasa kecewa dengan pendirian diri gua, yang terlalu banyak berubah-ubah. Gua ingat lagi masa gua di semester 1 dulu. Gua tekad, macammana sekalipun gua mesti success dalam final exam, mesti dapat dean list! MESTI! dan hasilnya, sungguh memuaskan.Alhamdulillah  * penerapan unsur riak dan takbur. Tapi bila muncul semester3 seterusnya, hancuss. kenapa? sebab gua rasa hidup ni terlalu rugi untuk menjadi budak skema. huhu, terok giler pendirian gua kan?

Tadika :
 Gua semangat nak pergi kelas, tapi masa dekat tadika dulu, gua dah belajar jadik otai. Kecik-kecik dah tumbuk classmate sampai berdarah hidung. Dulu gua skema, pergi Tadika Islam Tadika Tengku Anis pakai tudung labuh. tudung pulak lipatnya sampai ke telinga. Masa tadika dulu, badan gua tak berapa nak kembang lagi, omputis kata, slimmm yuuu! Gua rasa gua gadis yang comel masa berumo 5 tahun. =.=

Sekolah Rendah :
 Gua banyak main, stat darjah tiga gua dah tubuhkan geng. Geng lepak tepi tangga. Haha, kejadahnya kecik-kecik dah gatai. Auww..By the way, masa kecik dulu, ada satu wabak pakai plastik kat tudung. Lu penah pakai tak? Jangan nak kencing gua la, majoriti budak perempuan pakai dulu hokeayyy. Ala, yang plastik jernih tu pakai kat tudung pastu tudung terbentuk dengan santeknya. Pernah pakai kan kan kan?

Sekolah Menengah :
 Gua ada tiga pengalaman sekolah menengah. Tapi gua paling suka sekolah dekat SMIP. dulu gua stay asrama dari form 1 sampai form 2. Form 3 gua kena reject sebab kantoi isap gam. Ok tipu, gua kena reject sebab gua bukan budak pandai. huhuhu. Masa sekolah menengah dulu, gua bajet otai der, pakai kain singkat, tudung singkat, Perghh, gua rasa stylo sangat gua masa tu. Tapi bila gua tengok budak sekolah sekarang pakai macam tu, gua rasa nak hambat satu dunia, haktuihhh betul! Tambah-tambah bila gua bakal jadi cikgu ni gua tak sabau nak sound budak-budak yang bajet stylo ni. hampeh! By the way, gua selalu berharap gua bertemu jodoh dengan ex smip, ntah motif pun gua taktau. =.= kalau lah jodoh gua tu budak bola ex smip, pergh pergh perghhhhh...*wondering..haha.


Ok dah, gua terlalu mengarut dah ni. EH, apa kaitan dengan tajuk kat atas? Takde la, gua saje nak ingatkan kita semua termasuklah diri gua yang serba naif ni tentang kematian. Mengingati mati tu kan sunat. :) 

Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.



 Gambar gua masa 5 tahun, cun kan kan kan?

Luv, As.  

Sunday, April 17, 2011

Kahwin Muda dan Hasfalini

Assalamualaikum wbt..

Heyhoo adik kakak, gua dah ada dikampung! semalam lepas, gua pergi majlis akad nikah besprem gua masa primary school. Wow, see bila kawan kena ikhlas..baru lah sampai ke tua. =.= By the way, besprem gua ni sama umo lah. baru je 22 tahun. Tapi gua tak, lusa baru genap umo gua 22 tahun. *entri mintak adiah, pliss la fahammm! *
Apepom, mereka berdua telah selamat diijabkabulkan dalam majlis yang serba sederhana. Tahniah gua ucapkan. Kapel dah lama, jodoh pun panjang. Alhamdulillah.. Eloklah tu, laki pun mampu, perempuan pun dah sedia, eloklah majlisnya dicepat-cepatkan. Macam gua ni lain lah, takde orang sudi. sob..sob..sob..*entri promote diri!* ekeke, Okeh, sila kembali ke topik asal pliss!

Kawen muda? Anda berminat kah? Masa kecik-kecik dulu, gua selalu berangan nak kawin umo 25 tahun. Bagi gua, umo 25 tahun tu umo ideal dan sudah matang empunya badan kalo nak mendirikan rumahtangga. Tapi apsal sejak gua dah nak dekat 22 tahun ni, macam ramai jek kawan-kawan gua yang dah kawen. Sedikit sebanyak tu, terdetik la dihati gua, bila la turn gua plak kan.auww!

Bagi gua, elok lah kawin muda. Banyak benefit yang kita dapat. Yang tak ada calon macam gua ni, sabau dulu. ada la jodohnya. Yedak? Allah swt dah tetapkan yang terbaik untuk kita, terima saja lah. ^__^. Eh, benefit yang kita dapat? Dapat elak maksiat, zina. Hah, itu yang penting. orang sekarang bukan macam dulu-dulu, comolot-comolot depan orang dah jadi perkara biasa deknoonn. Astaghfirullah Al Azim. *menggeleng kepala, efek lagu raihan. Lagi satu, kalau kahwin awal, cepat dapat anak. InsyaALLAH. anak tu kan rejeki tuhan. kan kan kan? Hehe, gua selalu wish nak dapat anak kembar. Erk, okeh gatai!




Aceli, gua saje merapu meraban malam-malam hari ni. Congrats tu Wan Nurul Nadia and Nik Nur Firdaus. Sanding nanti silalah berstatus mak buyung yek.hahaha. *malu-malu*.

Kenapa gua post entri ni? Saje, gua takmau kahwin lagi, gua nak enjoy dulu. Abes belaja, beli kereta, beli rumah, beli tanah, beli teady bear. lepas tu jadi andartuuuu.huwwwaa. Takde la, ada jodoh, ade la kan. =.=


Psst : Saya tunggu awak, tak lama dah nak abes belajar. setahun jek lagi. Persiapkan diri awak dengan keimanan dan ketakwaan ye bakal suami. ^__^

Seperti kata kak ahlami....
You don't have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That's how I define gorgeous. You don't have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That's how i would melt. You don't have to be rich for me to love you. Please have a kind heart. That's more than enough for me and my parents too. Nobody's perfect. You are nobody. So you are more than perfect for me :) Love u my future.

Monday, April 11, 2011

Entri mengarut, merapu dan meraban. Eh, meraban ada ke?

Assalamualaikum wbt...

Aku dah ok, jangan kutuk entri aku yang lepas, aku memang sentap semalam, tapi hari ni aku bangun, aku kesat airmata, haktuih betul cara kau layan aku sekarang kan! *emo sikit.

Almost 2 minggu jugak aku tak hupdate blog secara normalnya. Maklumlah, hujung-hujung sem ni memang bizi,, bizi esemen dan jugak projek sampingan. Eh lupa nak cerita, gua dah berBRACES, hua hua hua. mesti lu orang semua nak cakap aku dah makin cute kan? Yup, aku ade dengar jugak.ehe..perempuan kalau berbraces nampak cute. ;p Tapi ada jugak yang cakap kalau perempuan berbraces, boooo. =.= Biasalah tu, adat duniawi ada positif, ada negatif..


Sejak pakai braces, tak pandai senyum la. Fatin Liyana ajar kiteww.. ;p


p/s : aku menyesal dengan kenangan yang tercipta.

Sunday, April 10, 2011

.....

assalamualaikum wbt...

Saya dah lama tak update blog. Saya sangat sibuk. Sibuk dengan assignment dan projek. Assignment belum siap, projek pun belum berjaya lagi, tapi saya dah rasa down. Saya benci dengan perasaan ni. Tak, saya tak down sebab assignment, saya tak down sebab projek tak siap lagi walaupun dah 3 kali cuba tapi tak jalan-jalan lagi. Saya down sebab lelaki tu. Saya tipu diri saya, saya tipu semua orang. Saya berlagak kuat orangnya. Tapi malam ni airmata saya gugur lagi. Saya benci jadi sensitif, saya benci dengan diri saya yang terlalu lemah. Dah terlalu lama saya tahan airmata saya gugur sebab dia. depan semua orang, saya senyum, saya gelak. Bila abah tanya, anak abah okay? Okay, no worries. Tapi abah taktau anak dia dah terlalu penat sentap dengan karenah dia. T__T.



Ya ALLAH, terlalu kuat KAU uji diriku. Aku tak mampu menghadapinya..Semakin lama, ujianMu semakin hebat. Sampai bila aku terpaksa menahan perasaan ni Ya ALLAH. Kenapa begitu keras hati dia Ya ALLAH, kenapa dia sanggup layan aku dengan sangat dingin. Aku cuba jadik insan yang memahami, aku belajar dari kesilapan..kenapa aku tak berpeluang untuk dapat hati dia macam dulu..Ya Allah, tunjukkan aku jalan yang betul. Aku tak sanggup lagi menghadapi dugaan sehebat ini dariMu. Jiwa aku terlalu rapuh untuk menahan perasaan bila nampak kemesraan dia dengan orang lain..


Kamu,
As mintak maaf..punca kedinginan hubungan kita sebab sikap as kan. As tak memahami, as tak pandai bagi ayat-ayat manis. As terlalu fikirkan diri sendiri. Betul kamu cakap, kalau kita ikhlas, sabar.mesti penghujung kegembiraan. Tapi as tak sabar, as terlalu tamak dengan perasaan sendiri. As tak tahu apa anggapan kamu dekat as sekarang. As cuba fikir positif, as cuba senyum bila bukak facebook kamu, bila nampak kamu berkomen dengan perempuan lain dengan mesra, as jeles. As ingat masa kita mesra-mesra dulu. Tapi hati as tak kuat.. As tak macam kamu, as tak pandai menipu, lama-lama senyuman as pudar depan laptop, lama-lama senyuman bertukar jadi esakan. As tak kuat..As takut hilang kamu..T__T
makin lama, ruang dihati kamu untuk as mungkin dah makin mengecil..kan? tak lama lagi, hari lahir as..genap 22 tahun, kata kamu hari tu, cukup 22 tahun nanti, kita akan meniti bahagia..mungkin kata-kata tu hanya tinggal kenangan kan. T___T



Mintak maaf, saya tak dapat tahan perasaan, saya dah terlalu penat menipu. :'(