CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, May 21, 2011

Karangan hati Hasfalini ^___^

Assalamualaikum wbt...

Mula-mula mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah dekat anak-anak yatim yang terlibat dengan kes tanah runtuh dekat Hulu Langat yang berlaku tengahari tadi. Kesian kan, dugaan ALLAH swt, bila-bila masa pom boleh berlaku.

*** AL-FATIHAH ***

Ya Allah Ya Tuhanku, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Engkau Ampunilah dosa² Penghuni² dan Anak² ini. Amin..


Baiklah, tajuk jiwang tidak semestinya entri jiwang kan. ;p 

Hari ini saya rindu dekat keluarga saya dan juga kucing saya.
Kucing saya nama puteh. Beliau sangat comel.
Hari-hari saya rindu puteh.
Hari-hari saya tenung gambar puteh.


Dulu saya tak suka kucing.
Pada pendapat saya, kucing sangat annoying kerana suka bergesel dikaki manusia.
Saya juga tidak sukakan kucing kerana kukunya yang tajam.
Kucing juga busuk dan menakutkan.
Kucing yang berwarna kosong lagi cantik dari kucing yang bercorak.
Hari-hari saya menjerit bila terserempak kucing.
Kucing juga takut dengan kegarangan muka saya. =.=

Tetapi kini segalanya berubah setelah kehadiran puteh.
Saya berasa terharu kerana abah saya sangat menjaga puteh.
Abah juga telah membelikan shower gel yang harum untuk mandikan puteh.
Selain itu, bulu puteh juga gebu dan lebat mengasyikkan saya. pfttttt!
Puteh sangat manja dan errrr makan banyak.
Hari-hari puteh makan banyak.
Sekarang puteh pandai demand, beliau hanya makan whiskas. pfffft lagi!
Puteh juga suka tidur atas karpet puan emak. 
Puteh sekarang sudah tumbuh bulu berkaler koko.Saya taktahu kenapa. =.=


Sebenarnya saya hanya nak tulis, saya rindukan puteh! Uwaaaa!
Puteh suka dipeluk. sekian.

Friday, May 20, 2011

Matrikulasi? Kacang jerrrrr, haktuih!!

Assalamualaikum wbt...

Memang celaka kejam betul si penyimbah asid tu kan. Aku asek emo je hari-hari bila baca berita. Tak faham aku dengan 'hobi pelik' laki tu.. Ei, berdosa besar tu kau tau! Siap engko, kalo dapat tangkap memang kena humban dalam penjara terus, tak payah nak bela diri lagi. Ei, kalo aku dapat, sure aku simbah asid kat seluruh badan, biar kecut semua kulit-kulit hengko tuh!! *emo lagik ni*

Fuh Fuh Fuh, *breathing*

Hey, a lots of congratz dekat adik-adik yang berjaya masuk matrik. Bangga la tuuww. Dekat matrik, banyak dugaan taw. Tambah-tambah bila bab emosional time belajar. Aku dulu, banyak kali jugak mengalirkan air mata sebab tak leh bawak subjek. Pfffttt, hilang ke-macho-an sejati. T__T

Justeru, adik-adik sekalian (apehal skema sgt nih?), plis la belajar elok-elok. Jadi, disini ahkak sertakan beberapa tips la supaya tak failed dekat matrik. Ya Ampunnn, mintak jauh kan.

Tips 1 : Mulakan dengan niat dan keazaman yang tinggi. Ye betul adik-adik, ai dulu dah niat awal-awal tau, nak cari jodoh yang hensem nak dapat pointer tinggi, tanak main-main, tanak main mata, tanak err, macam-macam la. Sebab tu pointer ai meletops, ok ini tipu. haha.

Tips 2 : Rajin. Ha ni dia penyakit pelajar kita. Memang dari sekolah dulu, aku diajar mencari ilmu tau. Yelah, dekat mrsm dulu, takde maknanya cikgu nak datang dekat kita, " awak buat langkah ni dulu, pastu ni pulak, haa kan boleh tu". Haram jadah! Sama jugak dekat matrik, kita kena rajin jupe cikgu, rajin baca buku. Contohnya aku la. :) kena tipu lagi. haha. ;p

Tips 3 : Berusaha dan berserah. Setelah engko dok pung pang pung pang study, berserah la kepada Allah swt yang Maha Esa, InsyaALLAH, DIA takkan hampakan hambanya yang berharap ye dak? Ini tak, "nak buat macamna, dah tak sempat nak study, redha je laaa". wadehel die!





Ai dulu kurus tau, cantik pulak tu. Lalalala~

Gambar paling comot ;p

Ini classmate saya yang paling saya sayangi, muah!
Gambar budok-budok lelaki yang err, ade yang hensem la. ;p



Till Then, bai!


Sunday, May 15, 2011

Kenegerian ≠ kenegaraan!

Assalamualaikum wbt...

Oleh kerana mood yang teramat baik berserta kakitangan yang rajin, maka hari ni dua kali blog aku terhupdate.. Ok, stret to the point..Tadi aku bukak utiuk (youtube), macam biasa la layan justin bibir maharaja lawak. Sekali tu aku bukak favourite grup, abang Jambu, pastu Jozan pastu Nabil.. lepas dan lepas tu aku bukak Amir..Ok fine la, berjalan lancar..Then aku gerakkan mouse kat bawah baca komen-komen.. Pergh, terbakar siot! 

Ye, aku mengaku kebiadapan Amir ML potong percakapan juri. Lagi-lagi bila dia mintak abang Khalid (hello, abang ker?) yang komen dia pulak. Seriusly aku rasa macam..Ya ALLAH, malunya tengok cara mu kecek atas stage tu mir... Seolah-olah, tak boleh terima yang persembahan dia hancuss. Hey come on la mir, akui la yang diri tu bernasib baik je berada dalam ML, jangan nak rasa hebat sangat. (Mata keatas, tangan ke dada). Malu nok ngaku sek kito!

Ok, itu satu hal. Satu hal lagi bila pengkomen-pengkomen kaitkan Amir dengan sek kelate kito dekat SINI. Apa ni, terbakar ar beb.

Contoh 1 :

kdg2 kesian gak aku tgk amir ni..dia xsalah..sbb org2 kelantan gak yg nk undi dia...apa pn lawak amir mmg hancur...xlawak lgsung..tp nk bt mcmna....dh pngundi klate bengong...nak naikkan org pn jgnla sbb nak naikkan nama negeri klantan...yg jd mgsa amir...trnyata pngundi klantan x nak pk pnjang...yg jd mgsa amir...apa pn amir mmg xlawak....
BY : hamba ALLAH

Contoh 2 :
amir ! dari pantai timur yerk ? patut laa . HAHAHAH . macam ni laa amir . harap sangat2 kau bace ape yang da kami comment di sini dan di page FB kau . bia kau sedar sikit . HAHAHAH . betapa jahanam nyer kau . amir ! kau ni di pergunakan je . yang mana back-up kau tu kat sini mereke saje je nk sedap kan keadaan . sebenar nyer mereke same je laa , benci kau jugak ! HAHAHA . kene faham PERLI ngan PUJI yerk amir . i'm sorry . apak kau ! =D
BY : Hamba ALLAH
 
Pelish la, kalo nak kritik, nak komen janganlah nak mengata  negeri-negeri lain. Kita kan satu negara, duduk bawah naungan yang sama. Kalau setakat bola, Kelantan menang 5-1 dengan Selangor pom nak jeles, jangan lah kutuk-kutuk macam tu ok. Hikhik.. Tak salah menegur, yang salah bila mengata yang boleh menimbulkan ketidakpuas hatian pelbagai pihak. Take note ok :)
 


 
Psst : Janganlah mengata Kelantan dan Kelantanese.. Kita pom negeri dalam Malaysia jugak. Akai ada, boleh pikir baik dan buruk. Bai. 
 

Selamat Hari Guru, yeay!

Assalamualaikum wbt...

Aku jenis gila menyanyi. Ye, sangat diakui oleh kawan-kawan rapat sekalian meskipun suara ala-ala Azean Irdawaty sikit. Pedulik hapa, hobi aku, ye dak? Akan tetapi, kegilaan aku terhadap nyanyian sangatla bertempat. Aku nyanyi dekat pusat karaoke, dekat bilik air, dekat bilik, dalam kereta.. And you know, menyanyi dalam kereta kuat-kuat sangat puassss! Satu hal lagi, aku jenis yang susah nak ingat lirik lagu..Yes, i admit it. Sangat susah, dengar berjuta-juta kali pun..haih, taktau la macam mana nak habaq..

By the way, ada satu lagi yang suatu ketika dahulunya aku suka nak dengar dan suka nak nyanyi. Guess what?



  video

Dulu-dulu, time perhimpunan sekolah, cikgu yang kena nyanyi atas pentas kan. Aku bantai nyanyi sekali. kihkihkih. Best la lagu ni.. And tak sangka, lagu ni akan jadi peneman sepanjang kerjaya aku nanti. Amin..

Dengan itu, saya Nor Hasfalini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru di Tadika Islam Tengku Anis, Sekolah Rendah Bunut Payong (glemer nama kampong ai), SMK Sultan Ismail, SMK Ismail Petra (sekolah palim seronot), MRSM Kuala Terengganu (sekolah palim duaronot), Matrik Kolej MARA Kulim dan pensyarah-pensyarah di UPM.. Jasamu tak terbalas, terima kasih sangat3 ^_____^


Psst : kepada bakal guru nama Cikgu Lini tu pun, Selamat Hari Guru..;p (tak salah ucap kat diri sendiri ye dok?kehkehkeh)

Sunday, May 8, 2011

Puan Emak...^___^

Assalamualaikum wbt...



Puan Noriah, selamat hari ibu. Mintak maaf dari hujung kaki ke hujung rambut. Terima kasih atas segala jasa yang takkan terbalas sampai bila-bila. Cik hasfalini akan sentiasa sayang Puan Noriah hingga hujung nyawa.
 
Gambar dicurik dari blog lama ;p

Puan Emak, kak long rinduuu sgt. EH lupa. kaklong dah janji nak berlagak matang an pada usia ke 22 ni.kihkih
Btw, semoga mama panjang umo dan murah rejeki. Seronok bila balik rumah, dapat ronggeng-ronggeng sama, dah rasa macam bespren plak kan. Tapi satu benda yang palim tak best bila kuar shopim ngan puan emak adalah :

Situasi 1 : Dimana-mana shopping kompleks..
Promoter : Puan, beli la produk ni. Cantik kulit muka puan, kalau pakai W^@#SD  mesti lagi licin dan menawan.. Err, kat tepi ni adik ke? Bibik?
Puan Emak : Eh tak, ni anak sulong saya..
Promoter : Ooo. kenapa tak jaga kulit ni dik.. *sambil jeling-jeling ayam!.
 Kuang asam hengko!

Situasi 2 : Di rumah sendirik...
Puan Jiran : Hurm, sedapnya bau..Masak ape ni?
Puan Emak : Tu hah kaklong, masak pastri katanya. Dia baru belajar tu masak kueh-kueh..
Puan Jiran : Err,,*tutup hidong*.


Ciss betul!!

Last not least, doakan kaklong dapat bina karier dengan mantapnya, dan berjaya didunia dan akhirat. Amin. Love you mum. Muahhh!
 


Ok fine, jangan nak kata aku gemuk dari mak haku, mak haku yang kurus tau. Err.. ;p
Till then, bai.




Friday, May 6, 2011

Gud bai semester 6 yang terchenta!


 Assalamualaikum wbt..


Hellow peeps!

Aku dah habis exam! Yahuu. Seronot tak terkira okeh. 
Babai semester 6, selamat datang semester 7. Heh, kejap betul masa berlalu sekarang ni.  Teringat pulak zaman memula masuk unibesiti. Macam-macam feeling ada. Homesick (ek eleh, macam budak3), seronot, eksited..fuihh, macam-macam la. Then, yang paling aku rindu adalah incik rumet kesayangan iaitu incik wawa! By the way, masa aku semester satu dulu, skema..Kalau time exam, haram nak bukak frenster ni. Eh dulu kan fofular frenster ni. Sekarang ada lagi ke orang layan frenster eh? Kihkihkih.
By the way, masa kenal dengan kak wawa ni malu-malu jugaklah. Tapi kira ok lah sebab boleh dia pon easy going. Aku ingat lagi first ayat dia masa nak first jumpa..”eh, berapa no telepon a?” haish, terok betoi, ada ke patut first time jupe dah mintak no. tak gentle langsung! Tapi memandangkan Aku seorang yang baik dan humble, aku pun bagi. (junior dulu tak macam junior sekarang, piss off!). tapi lama-lama ok lah, malam-malam cerita pasal pakwe, pasal esemen, pasal macam-macam la, eh ada sekali tu kak wawa beli high heel kat soromban, (punya la jauh pergi shopim), dengan tidak sengajanya beliau ambil satu saiz 38, satu lagi 40. Haha, variasi sangat saiz kaki beliau. Kesian, takley nak bergaya dgn heels baru. Sob sob sob..


Apapun, kak wawa dah selamat jadi cikgu. Makin cantik pulak tu, rugi abang panjang tak usha betul-betul..Erk, sori sis, terbocor pulak rahsia. Kehkehkeh. 

Eh sebenarnya aku just nak quick hupdate pasal kemerdekaan semester ni je, tiba-tiba terSLOW hupdate pulak kan..Anyway, babai semua. Aku stay kat kolej lagi, siapkan proposal thesis. Kepala hotak pun dah naik jem. Sebijik macam hati, dah jem..Jem sebab dah terlalu dalam lukanya. Wadapak!..ayat bermunga-munga, mencik ai!


Psst : orang cakap aku dengan kak wawa sama, perangai sama, muka sama, saiz errr sama. Tapi aku yakin, aku lagi lawa, kan kan kan!


 Tempek gambar incik blog dengan incik rumet :)

Sunday, May 1, 2011

Every single promise ai keep. Auwww!

Assalamualaikum wbt...

Janji adalah suatu promise yang sering diungkapkan dari mulut setiap manusia. Faham bukan? Memenuhi janji bukan mudah seperti menabur janji. Analoginya begini, membuat ijazah tidak semudah menerima ijazah diatas pentas sambil tersengih menghadap kamera. Erk, ok, takde kaitan. 

Anyone yang suka berjanji, please lah tunaikan. Bernanah hati tau bila suatu pengharapan diberi lepas tu engko buat tatau jek.

By the way,kelmarin  aku pegi Pesta Buku dekat pwtc. Super-ramai-giler-tak-terkata okeh bila sampai sana, lautan manusia sangat-sangat. First time pergi pesta buku kat sana memang besh la. Borong buku ujang banyak-banyak, beli buku rujukan untuk latihan mengajar sem depan, beli buku cerita dekat adik-adik, beli..beli..beli.. pergh! Rambang mata taw!!
Eh tak lupa jugak kepada incik-driver-yang-gojes iaitu cik feruz sebab ke sana ke mari menemani aku sehingga sakit tulang belakang. Padan muka, boooo! Tapi seriusly aku appreciate with her sebab willing nak teman aku, even bersesat-sesatan dalam bandar KL hampir sejam. Berpeluh kaw-kaw punyerr. Tens tens tens!


mr MA : saya bejanji nak tunggu awak kan, dun wori. Saya jenis yang berpegang pada janji. :)