CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, September 29, 2011

Limited Edition

Assaamualaikum wbt..

Hargai seadanya diri kita, dan hargai seadanya dia. Saling melengkapi dan saling memperbaiki kelemahan diri. InshaALLAH satu pengakhiran terindah boleh kita miliki. Amin



She keep on trying and trying until
she found a guy who really suit with her. 

 
May Allah loves both of us because we love each other for HIS sake. InsyaAllah. Love u. Love u Allah. :)

Takdir hakikat manusa.

Assalamualaikum wbt..

Ada banyak hal dalam hidup ni yang membuat kita akhirnya duduk terjelepuk, termangu dan terkelu seketika. Entahlah, dari hal yang remeh temeh sehingga hal yang seberat  alam. Susah untuk kita menentang arus takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Walau kita berusaha sedaya upaya pun, jika Allah swt tidak membenarkan itu berlaku, maka itu yang harus kita redha. Yes, Allah knows the best.

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat sekampung, sepermainan, yang selalu gurau senda *masa kecik. Saya tahu arwah menderita sakit kanser otak. Bila tahu je terus kena last stage.Subhanallah, begitu hebat kuasa maha suci Allah swt... Saya doakan semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Amin..

Arwah dalam kenangan.


Kadangkala kita tak jangka apa musibah yang akan menimpa kita. Bab kata budiksurianto, Allah nak test iman kita, sama ada kuat atau makin lama kita surrender dengan ujianNya. Ramai kawan-kawan sekeliling saya sudah dipanggil menghadap Ilahi. First time saya kehilangan kawan baik, saya menangis habis-habis. Tidak, saya tidak menangis sebab saya tak redha dengan pemergian arwah, tapi saya sangat terkilan sebab saya tak sempat tengok arwah untuk terakhir kali. Semoga arwah Ira tenang disana...

Dari ALLAH kita belajar tentang arti KASIH SAYANG,...
Dari AIR kita belajar kETENANGAN
Dari BATU kita belajar kETEGARAN
Dari TANAH kita belajar kEHIDUPAN
Dari Kupu-kupu kita belajar MERUBAH DIRI
Dari PADI kita belajar RENDAH HATI

Melihat KEATAS memperoleh SEMANGAT untuk MAJU,
Melihat KEBAWAH membuat kita BERSYUKUR dengan apa yang ada
Melihat ke KESAMPING memberi SEMANGAT KEBERSAMAAN
Melihat KEBELAKANG mengenang PENGALAMAN yang BERHARGA
Melihat KEDALAM membuat kita KOREKSI DIRI
Melihat KEDEPAN kita bisa jauh LEBIH BAIK(InsyaAllah)
Melihat CERMIN, kita TAHU siapa diri kita yang sebenarnya dan mau kemana setelah ini.
Jadi begitu la, takdir dengan demikian adalah keputusan dan ketetapan Allah swt yang pasti terjadi..

Till then, we meet again :)
mood : sedikit sebak. Al-fatihah
 

Saturday, September 24, 2011

Untuk kawan-kawan yang bersedih ^__^

Assalamualaikum wbt...

Hello pretty and handsome, how was your weekend?I'm freaking bored, seriusly! Tapi setakat ni Alhamdulillah sebab walaupun bosan tapi saya masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk teruskan hidup dengan penuh gembira. Ecece #kenapa tiba-tiba hasfalini menjadi begitu skema? By the way, a thousand sorry for all of you sebab dah lama tak update belog. Maklumlah, makin lama, kuliah makin sibuk, hidup penuh huru hara, bangun pagi terus gegas masuk toilet, pung pang pung pang terus pergi kuliah, balik kuliah terus digoda oleh bed yang super lembut. Yeah, Im busy having such a great life. Friends, family, assignment, and all that..Eh tak lupa jugak dekat boifren tercinta, auw! It such a wonderful. Trust me. Hihii. *eh, macam ada orang nak follow kau kan, perasan!



You can't change what has already happened so don't waste your time thinking about it. 
Move on, let go and get over it.
 
Lately, ramai sangat yang suka post status sedih dalam fesbuk. Saya tak suka baca. Serius. Bila kau sentiasa selubungi hati dengan kesedihan, kau sebenarnya mendownkan diri kau sendiri.. Be strong and be tough. Sentiasa ingat Allah swt, he knows the best for you. :) Sometimes you have to smile and pretend everything is okay, hold your tears and just walk away. Simpan kesedihan dan act like clown dengan harapan someone's day become a liltle brighter. ♥♥♥   InshaALLAH.



Till then, we meet again. Babai

Monday, September 19, 2011

Al-kisah kenapa puteri cinderella tidak turun jogging pagi tadi.

Assalamualaikum wbt...

*Stori ini adalah khas dibuat untuk mengelakkan sebarang prejudis buruk kepada tuan tanah blog paling cun abad ini ----> Hasfalini.blogspot.com. :)

Ok, pagi tadi, lena mimpi saya dikejutkan dengan sebuah mesej, tett tett

Fake Putera Raja : Subuh..subuh...
Cinderellacungiler : Ye ye, dah bangun ni. Tenkiu. :)

Fake Putera Raja : Yeke bangun doh ni?
Cinderellacungiler : Ho la, dah tu, takkan hantu pulak yang balas mesej ni. :$

Fake Putera Raja : Jum g jogging nok?
Cinderellacungiler : Malas wei..

Fake Putera Raja : Sampai hati, malas g majlis kawen mu!
Cinderellacungiler : Olo, tok berkait lasum! Sebenarnya kasut sukan aku tak basuh ag lepas masum hari tu.. ;p

Fake Putera Raja : La, bukan nak g jogging kat the mines, kat padang kawad je pun, bukannya ada orang nak kerling ko mu pom!
Cinderellacungiler : Zzzzz *dibuai mimpi. Har har har.

Ok, sebenarnya begini, disebabkan tiada perancangan yang rapi, maka cinderellacungiler a.k.a SAYA  telah men'mindset'kan untuk tidur selepas solat subuh *oh teruknya ;p Bukan la saya malas nak jogging, TIDAK..saya suka jogging tapi kalau boleh biarlah jogging di petang hari. Selain dapat menghirup udara segar dimana anginnya sepoi-sepoi bahasa, saya juga dapat menyegarkan mata dengan mengusha lelaki yang baru balik kuliah, hikss! Ok tipu, saya suka jogging petang hari sahaja, pagi tak suka sebab sangat seejjuukkkk..Got it? Guddd.

Ok next adalah berkenaan kasut sukan saya yang tidak basuh. Op kosh la tak best nak jogging kan. =.= Kalau jogging dengan kasut yang bersih dan selesa, maka bertambahlah keyakinan saya untuk meneruskan larian. Ibaratnya begini. Kasut suci dan selesa = 3 lap larian = lebih kurang 2.4 Km, whoaaa hebatkan? Ehemmmm.. Kasut kotor dan tidak selesa = 1/2 lap larian = 0.8 Km.. See, rugi kan? So, attire mesti first class :)


Seronok woi jogging kat balapan. :)

Okbai, till then we meet again =.=

Sunday, September 18, 2011

Ceramah Ustaz Azhar Idrus? Kahkahkah

Assalamualaikum wbt...

Ok fine, saya kena sound setepek dengan incik TripleA akibat terlebih perasan dalam entri lepas =.=. Kihkihkih, hey normal la tu kan ;p

Awak semua pernah dengar ceramah agama tak? Mesti pernah kan. Ok ok, if bukak youtube, video ape yang selalu jadi tontonan? Hah? justin bieber, oyeah man, baru Amerika beb! Hotak mu! sekali sekala ni kita bukak la ceramah-ceramah agama sikit. Ala, tak lama, sekejap je. Dan jenis saya pulak kalau online youtube mesti nak dengar ceramah dari ustaz Azhar Idrus. Seronok, makin lama dah jadi macam satu kebiasaan pulak. Bukan la saya nak show off, "eh eh baiknya as sekarang". "Ele, dengar ceramah pom nak gebang-gebang dekat orang, ape celop?!" No no no. saya takde niat pom cuma saya nak suggestkan la antara ceramah agama yang best didengar dan tak memboringkan.

Tak percaya, cubalah!

Ada satu video yang saya paling ingat adalah video tips untuk anak menantu yang datang ke rumah. Memang lawak habis la. Ok cenggini la gambaran dia.


" Kalu bakal anok natu laki datang jalang ke umoh pakai gelang ngan rantai, tok tue wat kluor air nyo (air kelapa), haa bila anok natu tanye, doh nape ayoh jamu air nyo ey? Jawabnya ayoh, BERUK je hok pakai gelang ngan rantai neh." hahahha..

Memang ustaz Azhar Idrus ni teramat la pekat bahasa Terengganu dia, tapi boleh lah faham lagi sikit-sikit tu.. Haih, cakap saja tak guna, saya upload 2,3  video yang bagi saya kelakar habis lah..Selamat tonton peeps ;p



Haa, yang ni video penerangan mengenai cara nak tangani isteri yang suka tak tutup aurat. Hihi, lawak-lawak ;p


Ini satu lagi..Yang hairannya, ade jek ustaz wat lawak kutuk perempuan. Most of his video memang asyik kutuk perempuan tau, tapi semua yang ustaz cakap memang betul pom. Jum kita dengar dan jadikan ianya satu nasihat berguna. Lawak, lawak jugak, input kena ambil kan =.="

 Last, video kelebihan orang perempuan.. Jarang sangat kott..



Okbai, till then we meet again :)