Hai peeps, lama tak jenguk blog. :) Btw, semalam aku ada pergi diner bertemakan arabian nite. Tapi macam biasalah, mane pandai aku nak mix and match attire ni. Pakai baju muslimah sudah.kan kan kan? Gambar will be upload later okay ^__^
Sebenarnya aku sentap bila tengok paper 2,3 hari ni..
11 Mac hari tu, seluruh dunia sentap dengan dugaan ALLAH swt yang maha hebat. Jepun dilanda tsunami. 8.9 skala ritcher tuh, tak terbayang dengan akal fikiran macamna kejadian tersebut boleh berlaku. Subhanallah, Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.
Seingat aku, masa tsunami 26 Disember 2004 dulu pom dah cukup ngeri bagi aku, apatah lagi yang berlaku kat Jepun sekarang ni. Mintak jauh sangat-sangat berlaku kat negara kita.Tiba-tiba teringat gambaran video tsunami lepas, nak berpaut pada apa kalo dah terkontang kanting sorang-sorang kat tengah-tengah laut? Nauzubillah...
Tapi sebenarnya, aku lagi sedih bila dengar lawak-lawak bodoh yang tak masuk akal langsung. Aku pun tak faham dengan masyarakat kita sekarang. Bila baca blog Ustaz Hasrizal ni, aku sedih.. Sebak rasa dekat dada. Memang betul aku sendiri pom ada terbaca laporan-laporan macam tu. Tapi kenapa sampai macam tu sekali?
Subhanallah. Macam ni ke nak dijadikan bahan lawak? Mana perginya nilai kemanusiaan kita rakyat Malaysia? Ye aku tahu, mereka bukan saudara sesama Islam kita, tapi mereka bukannya kafir harbi yang perlu diperangi. Aku mungkin tak ada disana dan tak pernah merasai keadaan mereka kat sana. Tapi cuba kita bayangkan, keadaan yang bergegaran dekat sana? Seolah-olah dunia nak hancur, mencari-cari ahli keluarga sana sini,cari mak, cari ayah, tapi takde berita, tangisan disana sini yang rindukan ahli keluarga, tapi akhirnya terpaksa anggap mereka telah dihanyutkan tsunami. :'(
Dan jangan rosakkan nilai profesional anda bila bercakap tentang kemanusiaan.. Kerajaan sibuk bimbangkan ekonomi negara, krisis ekonomi yang bakal berlaku, sedangkan kita lupa, orang disana menderita dan
ketakutan.
Ya ALLAH, make it easy for them..make it easy for us.
Mintak maaf, saya tahu saya tak sempurna untuk menulis begini...Sekadar ingatan untuk kita semua. Hargai mereka yang ada, kerana dugaan Allah swt itu sentiasa ada, cuma menunggu masa dan ketika. Subhanallah..
2 comments:
dahsyatnya kuasa Allah.. same2 kita doakan moga keselamatan rakyat jepun & rakyat Malaysia di sana terjamin.. dunia dah makin hampir ke penghujungnye. wallahua'lam
yup yup. pity if them. setiap kali baca paper mesti sedih.;(
Post a Comment