CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, March 22, 2011

Gagal Spm bukan bermakna gagal selamanya. kan kan kan?

Assalamualaikum wbt...

Fuh fuh fuh, hari ni result SPM keluar wei. Tetiba aku pulak yang feeling lebih-lebih. Haih, mesti yang amek result tu berdebar giler, nebes tak hengat dunia. Makan tak kenyang, mandi tak basah, semalam tido macam tak tido.. Sabar adik-adik, result teruk takpe, buleh kawen awal ye dok? huahauhaua, *mood : gatai*.


By the way, setiap kali Mac, mesti teringat zaman-zaman hingusan sekolah dulu. Aku dulu, takut nak amek result spm. Ye la, siap seluruh family aku datang tau, kata anak sulong. Haiya malu-malu. Dibuatnya aku failed subjek? Tak ke kesian kat parents aku dok bagi harapan tinggi melangit. Ye dok?

Dulu, aku paling paling paling tak suka subjek fizik. Pernah kot aku jawab exam fizik sambil nangis-nangis. Cengeng sangat wei. Tapi mujur lah masa spm tu dapat B3, nasib nasib. Masa zaman belajar dulu, aku kuat main. Dalam kelas tido. Nak nak lagi dalam kelas BI, sumpah bosan wei. Teacher pulak lebihkan budak laki. Emo yu! Tapi paling suka kelas sejarah. Mungkin sebab cikgu aku dulu suka melucah dalam kelas.. =.=

Bila review balik subjek-subjek sekolah menengah, rasa bangga sebab dapat bawak 10 subjek dalam satu-satu masa. Wow sangat kan. Tapi honestly aku sedikit menyesal dengan result aku. T___T



Anyway, untuk adik-adik yang dapat result SPM hari ni, semoga dapat result yang cemerlang. Kalau dapat result teruk tu, nasib ko lah, sape suruh main-main macam aku dulu? huahuhau, *kejam wei*. Eh tak tak,takpe, jangan sedih-sedih. Life must go on, ada jalannya nanti. Spm bukanlah penamat segala-galanya. Banyak berdoa, banyak berusaha, InsyaALLAH ada kejayaan-kejayaan yang lain menanti dihadapan. Yang berjaya pulak, jangan lupa diri. Allah swt sekarang bagi hukuman secara cash, hari ni ko berlagak, esok ada la bala ko dapat. haha, haip, tak baik.



Nampak tak plaq biru tu? Gua dapat Anugerah Pelajar Paling Pintar masa hari graduasi Mrsm tau.haha. Lu ada?

Psst : kecik-kecik dah comei. ;p

2 comments:

Wan Zulqhairi said...

bollokkng...

cik puan said...

pehh..nanti anak2 aku nak suh cekgu lini ngajar la...buleh?