CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, March 15, 2011

chilhood members? gila-gila!

Assalamualaikum wbt...

Sob sob sob, badan penat, mental down, tapi masih bersemangat tulis blog. See, ameklah aku jadi idola wanita berwawasan. haha.

Actually peeps, sejak facebook diperkenalkan ni, macam-macam orang aku jumpa, dari orang yang satu sekolah dengan aku, satu tadika dengan aku, satu kampung, and bla bla lagi la.. Tapi yang menariknya, siap buat group kelas lagi tu, lepas tu mengarut-ngarut je dok bercakap, hehe..Tens admin :)
 
kawan-kawan, ingat lagi tak ragam masa kita sekelas dulu? seronot kan..dulu, muka tak malu, hari-hari main berambat kejar-kejar sekeliling sekolah, pakai kain sekolah pulak tu.kihkih. Bolok harok! Yang dikejar budak laki, yang mengejar budak perempuan. Haih, budak-budak betul..

Kawan-kawan, ingat lagi tak nursery kat tepi dewan sekolah tu? Ala, yang konon-kononnya zoo tu la, tapi haiwan yang ada rabbit dengan 2,3 ekor ikan jek. =.=. Dulu kan, kalo rasa down, rasa tension mesti nak lepak situ, kononnya nak rasa tenang la kan, padahal....Eh, sekarang ada lagi ke tempat tu? Dah lama tak masuk sekolah tu..

Kawan-kawan, ingat lagi tak yang kes nenek kebayan tu kat dewan sekolah tu? kononnya masa tu ada nak buat persembahan apa ntah, lepas tu masa praktis ada orang nampak nenek kebayan, nonsense sangat kan. haha. Tapi kita semua percaya tau, siap pergi tandas tu berteman sampai dua tiga orang.kehkeh..

Kawan-kawan, ingat lagi tak Sir Chandran? Dulu, punyalah takut nak tengok muka dia kan. Dengan misai panjang segala bagai, perut macam tong drum, horor sangat kalau terserempak dengan dia. Tapi tu dulu, sekarang bila jumpa siap boleh senyum-senyum lagi. Handsome jugak sir chandran kalo senyum.haha. ;p


Kawan-kawan, banyak kan kenangan kita semua bersama. Enam tahun bersama, tapi sekarang masing-masing dah besar panjang, ada yang dah keje, ada yang sambung belajar, ada yang dah nak kahwin..Haih, cepatnya masa berlalu. Kalaulah ada rakaman zaman dulu kala, mesti best. Boleh tengok pesen tudung zaman dulu-dulu.hihi.

Tapi apapun yang berlaku, saya sentiasa berharap kita semua saling mengingati antara satu sama lain. Tak kisah la sama ada kamu berjaya atau tidak. Kejayaan tu ada definisi yang tersendiri. Bagi saya, kenangan kita semua satu sekolah rendah dulu sangat best, sebab masa tu la baru nak kenal alam cinta, kehkehkeh..Bukan bukan, masa tu la saya belajar jatuh bangun seorang pelajar. Dekat sekolah rendah jugaklah bakat sukan saya dicungkil. Eh, apa yang saya mengarut ni? Btw, saya cuma nak cakap, saya terharu bila dapat kontek balik dengan awak semua. Nanti ada masa kita buat reunion ye, tapi taknaklah buat kat KBmall, macam budak-budak =.=


Pelish la jangan nak cakap muka saya cute giler masa sekolah dulu. haha.

Psst : kawan-kawan ingat tak kisah cinta dengan dedik dulu? kihkih, puppy love sangat tu.. Kecik-kecik da gatai, lempang nak? Jap, mane dia sekarang ek? ;p

3 comments:

Wan Zulqhairi said...

nape kain u sengkat??

lini hasnan said...

sebab perut tinggi. ;p

Anonymous said...

Источник: http://milorukami.ru/
Мастерская «ЧистоТел» рада представить Вам на нашем сайте продукцию с «нуля» из натуральных компонентов без использования искусственных добавок, вредящих коже.
Натуральное мыло с "нуля" - это качественное и полезное гигиеническое средство.