CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, February 8, 2011

Ekspedisi menawan puncak gunung berembun, langsir dan chemerung

Assalamualaikum wbt..

Hai, lama btol tak menjengah ke blog ni. Eh bukan, menjengah hari-hari, new post je tak publish ^-^.
Btw,  masa holiday CNY hari tu aku ada join pergi ekspedisi. Selalunya, kalau aku bukak blog pikah , mesti air mata menitik-nitik sebab jeles dengan die selalu panjat gunung. =.=

Masa nak bertolak muka dah semangat, terima kasih kat gadis bertiga tu sebab sudi jadik boiprem as masa kat sana :)
Pergi mendaki gunung memang best, tambah-tambah lagi bila dah sampai puncak.Hilang penat lelah nak naik, punyalah aku gigih mendaki sampai terlupa lebihan lemak kat badan yang dah tercicir-cicir tepi jalan. Hasilnya turun berat badan! yeeha..

Aceli, tak terucap macamane aku nak cerita wei, superduper seronok sangat. Selain dapat tengok macam-macam pemandangan, termasuk pandangan maksiat, seronok sebab dapat kenal ramai kawan. I means dapat kawan lagi rapat la. Paling aku suka sangat bila dah naik puncak berembun, sejuk dia memang takley nak cerita la. Rasa macam nak gigit daging kawan sendiri buat penebat haba.haha. Malam pertama sangat hectic sebab sejuknya rasa sampai ke tulang sum sum. Dah la hujan segala bagai, sleeping bag pulak basah. Lainlah ada orang tu tido dalam khemah macam syurga, nyampah. haha.

Tens a lot dekat tuan pengarah en mail sebab berjaya buat xpdc ni. Abang pengarah nanti dekat kolej pom pakai subskin tau, mengancam sangat.haha.. Mula-mula menyampah jugak dekat tuan pengarah ni selalu sindir aku selaku sebagai budak paling gemuk panjat gunung. At least, see...yang gemuk ni la tak menyusahkan orang.kan kan kan? Ayat penuh tacing dan mendalam. take note ya!


Dua-dua gambar diambil masa redah sungai. Aku paling takut nak jalan masa kat dalam air, sebab tu jadi kura-kura masa laluan dalam air. Gambar kedua tu lawa. Eh bukan en Z, pemandangan kat belakang tu. Sumpah aku rasa nak pergi lagi tempat ni. Nanti kahwin nak datang honeymoon kat sini. Malam-malam tido pakai sleeping bag, sadis sangat, =.=


See, nampak kan air sungai dia? Jernih sangat. Encik Fariz Danial dah macam tarzan zaman moden,haha.

Time makan toksah dok cerita la. Dapat makan sardin dengan kobis air pom rasa macam heaven sangat dunia. Aku memang beruntung, dapat satu group dengan budak laki rajin masak. Diorang je la yang masak, tugas perempuan makan je. Sedap tak sedap belakang cerita, yang penting ada nasi. kan? Malam-malam pulak lepak makan megi tepi unggun api. best sangat youuu!



Ni masa malam pertama. Tido dah macam banduan dalam jail, semua nak jadi ikan kering. haha. By the way, rasa nak gelak sorang-sorang bila teringat time ni. ^_^. Dengan segala macam bunyi kentut dari pokyie la, segala macam kes patah katil la, kes tido tepi sungai pakai payung la.haha..macam-macam!


Puas gila bila dapat sampai ke puncak. Sangat kagum bila sepanjang laluan ke puncak tu ada taman bonzai. kalau tak fikir hukum alam, dah lama curi sebatang pokok buat balik upm. Naik gunung best, bile nak turun balik kena fikir dua tiga kali. sakit kaki. Nasib baik ankle dapat bertahan lama, kalau tak boleh rasa ada orang dukung bawak balik upm.haha. Geli.


Ni geng budak lelaki sesat dalam hutan. Pergi mendaki dress up macam nak keluar dating dengan Nora Danish. Tapi terima kasih kepada Encik Mat, hujung sekali sebelah kanan sebab bagi banyak bagi semangat kat aku time nak sampai puncak sebab masa tu dah dapat rasa energy low gila.

Masa ni tengah usha taik jatuh dari sungai ni. Entah sape punya la tergolek lam sungai. Kotor sangat weii,,panjang plak tu. Hishh..kalau ye pom tak tahan, jangan lepas sebarangan.haha.





















Tempek gambar cun sikit ;p

Pesanan dari tuan blog : nanti ada program mendaki lagi ajak aku tau, nak join! :)

10 comments:

Anonymous said...

like like like like!!!!!!!!!!

Wan Ahmad Izudean said...

bestnye..nak ikut...!

fatien adibah said...

pergghhh air sungaii tuu!color hijau tapi jernih..comel nyos as weeii!!huhu..nok g jgokk..

lini hasnan said...

anom : ngehehe ;p

lini hasnan said...

izudean : meow! best yang amat!.jum join rakan muda upm ;p

lini hasnan said...

fatien : memang cantik. kalau naik gunong, mcm3 keindahan yang real dpt tengok. pastu dpt tgok periuk kera yang lawa!

Anonymous said...

ko sikit pun x sebut aku bg smngt kt ko yer,.touching ar cmnie..kite putus. ikan gelame. :p

Fariz Danial said...

tarzan moden.. ahahahak amenda la label ang ni..

nice2~~~ hehe

lini hasnan said...

ikan gelame : hahaha..ololo, majuk plak orang tua ni :)

lini hasnan said...

fariz : ;p~ seronok kan g sana .hehe