CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, February 12, 2011

memories of chillhood days - SMIP

Assalamualaikum wbt..
 
Hey, sapa tak rindu zaman sekolah, angkat tangan? Tipu la kalau korang sume seronot giler belajar dekat unibasiti. Kalau teringat zaman alam sekolah rasa nak tido sepanjang hari mimpi doraemon datang bawak peti masa. Dulu sebelum aku masuk mrsm, secondary school aku dekat SMIP. Sekolah ni sekolah elite jugak la, tapi memandangkan aku bukan la budak pandai macam Que , aku masuk sebab sukan. =.=
Btw, dulu aku budak hostel. Rumah dekat je, tapi sebab intake aku berbeza dengan budak lain jadi warden prefer aku duk hostel, kononnya nanti senang nak training. Masa stay hostel dulu takut, dorm macam satu tempat bertapa yang seram sangat. Tambah-tambah bila waktu malam. Dulu bed-mate aku kuat mengigau,haha.Taknak la cakap sape kan..
Masa duduk hostel dulu, paling aku tak suka kakak DS (dewan selera) sebab apa tau, diorang selalu pilih kasih dengan budak laki. Kalau budak laki, ramah mesra je, silap-silap makanan boleh dapat lebih. Dengan budak perempuan? Harammm...!
 Dulu, lepas sekolah tak sabar nak balik hostel tau. Bukan sebab lapar nak makan, tapi sebab nak usha budak laki time makan. =.=  Hari jumaat makan paling best sebab ada ais krim dengan nasi minyak.

Aku Ingat lagi masa awal form 2, aku duduk dorm atlet tau. Nama dorm tu dorm SAODAH, tingkat 2. Kalau hari jumaat wajib pergi solat subuh dekat surau dan dengar tazkirah. Kitorang selalunya bangun awal bukan pergi solat kat surau, tapi bangun sebab nak skodeng budak laki mane yang pergi solat. Usha slow-slow melalui jeriji tingkap. haha. gatai ok. Aku ingat lagi yang bagi tazkirah subuh, Ustaz Roslan. Ustaz ni selalu kena banned dengan student. Mulut dia sangat super duper laser. Budak laki selalu kena dengan dia. Nasib baik tak pernah belajar dengan dia. =.=

Sekolah smip dulu best. Pernah sekali dua jugak aku ponteng kelas. Kelas selalu aku ponteng kelas BM, masa tu aku form 2. Cikgu Tengku Osman yang mengajar. tapi selalunya kitorang panggill cikgu TOS. Bosan betul kelas tu wei, dia sangat alim sampaikan mengajar budak perempuan pom tak pandang kami, asyek pandang kipas je. huhu.


Kawan-kawan dekat smip pom best giler tau. tak macam kawan zaman unibasiti. Bila agaknya nak buat reunion? Aku tak sabar betul nak jumpa korang semua. Even aku school kat sana tak sampai form 5 pom, aku rasa tu lah sekolah yang betul-betul meninggalkan banyak kenangan. Nanti nak buat reunion ajak aku tau ^_^

sebahagian daripada kawan-kawan saya :)


p/s: chenta hati pom budak smip jugak.kihkihkih. Sesi usha masa makan kat DS berjaya!

2 comments:

Cik Puan said...

Choyy!! kakak2 DS seme same rupenye...dkt ostel aku dulu cemtu gak...sabau jele~

*Dlm pic tu ade gambau encik chenta ati tak? yg mane satu weh..hihihi :P

lini hasnan said...

haha. cik chenta hati takde dlm gmbar la :)btw, boikot kakak DS!