Fuh fuh fuh, sapu sawang sikit kat blog comei ni..ok dah. Kalau sape-sape yang kenal aku secara rapat mesti tahu aku ni jenis yang suka cari pasal dengan orang. Tak kisah la samada aku yang salah dulu atau kau yang mulakan pergaduhan, aku takkan sekali-kali mintak maaf. Hati batu? Yup, memang aku hati batu.
Intro entri dah nampak macam emo kan. Tak la, aku sebenarnya tengah muhasabah diri. Sejak
Tempek sikit pic yang nampak muka ala-ala suci. Tak kisah la muka posing macam kena paksa, asalkan nampak insaf ok. =,=
Hidup dalam kalangan orang ramai ni memang mencabar. Emosi dengan budi bahasa paling penting. Sebab mulut badan binasa. Selalunya aku memang cepat tarik muka. I means buat mimik muka. Tapi lama-lama aku fikir balik tak ada gunanya berdendam dengan orang. Last-last, tarik nafas, hembus nafas terus lupakan pasal kisah sakit hati. Fikir lama-lama pun buat menyemak otak.
"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
(Surah Ali-Imran: Ayat 134)
(Surah Ali-Imran: Ayat 134)
Sebenarnya pagi-pagi pergi kelas dah sakit hati dengan orang. Hari ni banyak sangat dugaan hati. Sabar je la.
Till then, bai.
4 comments:
As, ingatlah,,,bila kau letih & hilang semangat, Allah tahu kau telah mencuba sedaya upaya. Bila tangismu b'panjangan & hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu. Bila kau rasa ketinggalan& masa meninggalkanmu, ALLAH setia disisimu.. Bila kau telah mencuba segalanya tapi x tahu tujuan, ALLAHada jln pnyelesaiannya. Bila x ada yg bererti buatnu, keliru dan kecewa, ALLAH adalah jawapannya..smg dlm ptnjk Allah.
:) mesej ni! tens a lot member :)
jgan buat pepe, senyum je..jgn tensen2 dengan orang yang macam2 kerenah.,hihihi
tens kela ;)
Post a Comment