CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, June 6, 2011

Habbatus sauda.

Assalamualaikum wbt...

Hari ni aku down, down teruk. Balik bilik terbungkam mengenangkan nasib diri. *ada dramatik tak?. Ciss, kau ingat aku nak buat entri budak darjah satu ke, hari-hari nak cerita semua benda yang kita buat. Kiteww kan, ari ni kiteww jumpe pakwe kiteww, cownok cangatttt. Haktuih! *sedikit geli disitu.

Eh canggih sangat teknologi sekarang, nak tengok bola tak payah pergi stadium, dudok goyang kaki depan lappy sambil makan biskut mayat pom boleh layan bola, Gomo kelatam gomo! oh cewonot cangat dapat tengok abam piya kitew main taww.

You all pernah dengar tak pasal habbatus sauda? Anyone jakun's here? Haha, ok ok serius. Hari tu aku tertengok iklan habbatus sauda dalam tv dan secara kebetulannya kawan aku yang ada disitu cakap yang habbatus sauda antara penawar yang mujarab untuk mengubati selsema babi. Aku tak pasti sejauhmana kebenaran beliau lah.
Tapi kalau diikutkan, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda dalam hadithnya
”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)
..


By the way,
Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dallm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.

Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Sumber : Incik google kesayangan :)

So, moral of the story, kalau herba yang berasaskan habbatus sauda tu boleh lah di yakini keberkesanannya Ianya baik luar dan dalam.


Aku pon tak tahu motif tulis entri ni, bosan mungkin. hihi. Fyi : Kelatam menang 3-1, yehuuuu!

1 comment:

kokser kokdam said...

klatam menang 3-0...

=D