CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, April 28, 2011

Jatuh Bangun kehidupan

Assalamualaikum wbt..

Hello peeps, bagaimana perjalanan cerita final exam korang? Aku sudah selesai 4 paper. Fuh berderet empat hari menghabiskan 4 exam..Hey, biasalah tu kehidupan. Ada masa senang dan ada masa susah. Yang kau nak mengeluh tu pasai ape? Lumrah roda kehidupan, sentiasa berubah. Dan kau ingat setiap kali kau senang dan setiap kali kau susah ada teman menemani kat sisi?  Come on la, reality life.. people comes and go.

Dulu, aku terlalu takut dengan komitmen every single person yang aku jumpa dalam life aku. Melihat kepada kehidupan manusia kini, aku tahu jatuh bangun aku akan sepi tanpa sokongan orang-orang yang ikhlas. Suami yang berjanji sehidup semati dengan seorang isteri sanggup  sepak teranjang, cerai talak tiga, isteri yang dahulunya pijak semut tak mati sanggup hidup bersekedudukan dengan jantan lain, kawan baik yang berjanji harungi susah senang bersama lari tinggalkan kawan kerana jantan. celaka. Kegembiraan yang datang secara tiba-tiba, akan pergi secara tiba-tiba juga. Kita sebagai manusia biasa, hanya mampu berusaha dan berdoa bukan?



By the way, video nih kawan aku yang suggestkan. Best, dan terharu. Sebak jugak dalam dada.

MA : Terima kasih kerana menerima maaf saya.



Tuesday, April 26, 2011

Khas untuk awak.

Assalamualaikum wbt...


Saya rindu awak, sampai bila-bila. T____T

Thursday, April 21, 2011

Surat Layang

Assalamualaikum wbt...

Tempek gambar penaja dulu :)


Hasfalini,
Semalam 20 April kan? Selamat hari jadi sayang. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki olehNya. Bila umur dah meningkat ni, harap-harapnya amalan bekalan untuk akhirat pun makin bertambah la. Biasa la der, dunia ni hanya persinggahan sementara sahaja.
Dalam sedar tak sedar, dah 22 tahun awak hidup kat muka bumi ni kan. Tapi perangai tak berubah, macam budak-budak lagi. Bila awak nak ubah diri awak?  Bila nak jadi matang? Bila? Bila?Tak lama lagi dah nak abes belajar, tak lama dah. ada setahun jek lagi. Lepas tu keluar, ada rejeki dapat jadi cikgu. Amin =.=

Apapun, jangan cepat melatah, ubah diri dulu. Jangan jadi seorang yang sangat sensitif. Tapi kenapa ye, sejak kebelakangan ni awak cepat sensitif, nak sentap tak tentu pasal? Tak elok begitu, bukan semua orang ada hati dan perasaan serupa awak. Sabar la, kalau terguris, cepat-cepat maafkan semua orang. Lumrah duniawi,  ada yang bermulut tajam, ada yang berpandangan serong, susah nak puaskan hati semua orang. =.=


Hasfalini,
Belajar rajin-rajin tau, jangan malas, jangan kuat tido, jangan banyak main. Belajar tu penting, target mesti kena tinggi. Lupakan semua yang tak penting. Jangan ikut kawan, kalau kawan selalu kuar overnite pun, jangan terpengaruh tau =.=

Err, soal hati dan perasaan tu,, err, tengoklah macammana =.= Oh, tens untuk incik tudm sebab ingat dan wish besday kat hasfalini. Dia sangat terharu okeh. Tak sangka dan terkejut. Anyway, tunggu setahun lagi tau, tak lama dah nak abes belajar. ^__^

Yeay! 
Psst : Tens dekat semua yang wish besday!

Tuesday, April 19, 2011

Say yes to Manik dan labuci ^___^

Assalamualaikum wbt...



Haha, jap gua nak gelak dulu. Hahaha semalam gua terbaca satu entri kutuk mengutuk perempuan kelantan. Ciss, sungguh tak beradab betul. Ini yang dikatakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Sabar awak, kalau awak tak puas hati, jumpa lah depan-depan, setel secara propesional. Ini tidak, dibuatnya satu entri khas kutuk sek kelate kito. ni yang sayeww rasew nak...ei ei ei.. kan saya keluarkan ayat se das kan, awak nangis kang.. haishhh, what the nonsense!


Baiklah, raya dah dekat. Gua dan puan emak dah berangan macam-macam nak readykan untuk raya. Setelah kata sepakat dicapai, puan emak pilih tema biru untuk raya tahun ni. Actually, bukan cerita raya yang gua nak usulkan ni, gua just nak kongsi satu bakat yang kawan gua ada . (satu bakat? err, betul ke penjodoh bilangan yang gua guna? )

Jenis gua, kalau pakai baju kurung tu mesti nak kena miz and match. Kena match dengan tudung, gelang, jam dan segala bagai lah. Tapi trend sekarang jahit manik pulak dekat baju kurung tu. Jadi gua secara langsung yang bergelar anak kepada puan emak yang merupakan seorang tukang jahit haruslah ber up to date jugak. *gua memang suka guna bahasa anak kelly ni. hihi

By the way, tahun ni gua dah berhajat nak antar jahit manik dekat sorang kawan lama gua. Jahitan beliau, perghhh cair beb kalau lu tengok. Cukup kemas dan teliti. Harga pun berpatutan. Bila gua cerita dekat puan emak, puan emak pun setuju jugak ngan cadangan gua. Nak tengok hasil kerja beliau?

 Lets check it out!













See, santek bukan. Ni baru sikit woo. Apa lagi, meh tempah reramai meh. Incik comel berbakat nih nama incik jati. Nak tempah? Nanti gua bagitau beliau. Beliau super peramas peramah okes.haha. ;p



Psst : Ore kelate berbakat dan berjangoks! *take note.

Fix It!

Assalamualaikum wbt...

hellow peeps! lama aku tak berceramah kat sini. Aik, kejap gua, kejap aku. mane satu ni? Aceli aku nak guna as tapi macam...err..haktuih! Tak kisah la memana kan, asal selesa dan mesejnya sampai. Ye dak? *hangguk-hangguk. 

Aku on fesbuk tadi, keluarlah berpuluh-puluh notipikesyen dok kutuk mengutuk pengurusan kolej aku pasai kena tendang kolej. Haihh biasa la der, lumrah dunia.Kesian jugak dekat mereka-mereka yang aktif kena tendang keluar ni.  Aku pun kadang-kadang tak mampu nak keluarkan sebarang pendapat. Karang, kerana mulut badan binasa. Jadi aku rasa eloklah setel yang mana patut. Kalau stay kat rumah sewa, bajet pun lari, transpot pun nak kena cari, nak dating pun susah nanti kang. Mungkin takde rejeki kita nak stay kolej, apapun rayuan boleh dibuat. Jangan bimbang hokeyh! ^___^


Actually, masa aku godek-godek lappy tadi. Aku terjumpa satu lagu. Lagu hadiah dari seorang teman. Masa tu aku tengah sedih sangat dan beliau tag aku lagu ni. Super meaning okeh!