CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, September 16, 2011

Kalau hebat di dunia, belum tentu masuk syurga kan?

Assalamualaikum wbt...

Selamat hari jumaat semua. Yeay, hari ni public holiday kan. Kemana kah anda semua? Menyambut hari 1 Malaysia ke? wah, bagus gituww nyah. Hari ni saya telah berjaya menjejak kaki ke Uia gombak. Ok fine, saya sangat jakun di sana hokay, al maklumlah first time sampai di uia. Lawa kot bangunan dia dan baru saya tahu kolej kat sana di panggil Mahallah. Unik gituuw. Giler teruja kot mula-mula masuk main gate sana. And last things yang saya kagum adalah pak guard sana sangat berdedikasi ala-ala ketua pengawas sekolah menengah saya dulu.=.=" Serius! Setiap lori atau bus atau menatang kenderaan yang besaq-besaq mesti diorang akan catit no plat dalam buku nota 555. Wah, dedikasi kan? Pak Guard hengko ado? Upm nak buat macam tuu? Tunggu kes kecurian besar-besaran dulu lah kak limah wei. haha..

Itu hari saya naik teksi masa on the way pergi bangsar, ada appointment braces. As you know, pemandu teksi ni kalau yang jenis ramah, jenuh dok melayan cerita-cerita dia, kalau yang jenis senyap tuh, senyap la ke sudah. Dan kebetulan pulak saya dapat pemandu teksi yang talktive sikit lah. So mula-mula tu saya layan la.. We talks about the career of his sons, a doctor, an engineer and the most common pom jadik guru. Wah, bangga betul pakcik tu dengan anak-anak dia. Saya pom tumpang syukur jugak bagi pihak pakcik. Tapi lama-lama, saya dapat detect somethings wrong. Eh apehal pakcik ni macam nak bagitau saya seolah-olah hebat sangat anak-anak dia. Tak elok pakcik macam tuuu, nak didik anak-anak mesti adil dunia akhirat. *saya cakap dalam hati je la.kihkihkih. 

 Ye la, dunia sekarang terlalu ramai yang memandang harta juta-juta, pangkat setinggi gunung, rumah sebesar alam, badan secantik miss universe, erk macam tak berkaitan jek ni. haha, uih uih, buat apa semua tu? Ok let say kalo awak banyak duit lepas tu bersedekah, ingat orang yang lagi susah, bantu golongan miskin, ha itu bagus. Ini tidak, kita sekarang enak-enak saja gembur sana sini menunjuk-nunjuk harta kita, tapi bila time bersedekah, hareemmm nak tunjuk muka? Ada, ada yang buat macam tu, tapi sikit sangat lah. Boleh dikira dengan jari jemari halus i ni. *cewahh. 

Jadi seeloknya, tak payahlah kita nak berbangga dengan apa yang kita ada. Syukur, ucap Alhamdulillah sebagai tanda kita berterima kasih pada Allah yang maha baik hati. Tanpa DIA, kita takkan kemana. Trust me. Kalaupun anda hebat macam mana sekalipun, belum tentu masuk syurga kan? :) Jadi imbangkan lah dunia akhirat kita. Amin....


Ps: Entri untuk ingatan diri sendiri jugak. Peace =.="





Sumber : Incik Google :)









 

No comments: