CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Monday, March 28, 2011

Agaknya... :'(

Assalamualaikum wbt...




Agaknya saya tak layak berada dalam kumpulan ini,
agaknya saya memang langsung tak berpeluang nak belajar,
agaknya saya hanyalah manusia hina dekat sisi kalian,
agaknya dah tersurat saya macam ni... ;'(


saya betul-betul down,
saya kecewa,
niat saya terpaksa dibatalkan..
kemampuan saya tak diuji. 
kemampuan saya dipandang enteng.



kali ni kesabaran saya betul-betul teruji.
Maafkan saya. saya terkilan.


Impian Hasfalini

Assalamualaikum wbt...

Heyhoo peeps! Tiba-tiba saya wujud balik dalam dunia blogging setelah menyepi almost seminggu. Kan? Erk, ada ke yang still membacanya, tens yaw!

Dulu-dulu, i'm believe in fairytale. Tau fairytale? Ala, yang cerita cinderella, Snow white semua tu and guess what, saya menyimpan hasrat nak jadi macam dalam watak fairytale tu, wow. EH takpela, itu impian masing-masing kan. ^__^. By the way, masa saya dekat primary school, saya silap langkah. Erk, bukan la silap langkah, tapi mungkin dekat situ bakat sukan saya dicungkil. Ecece, ayat poyo! Takde lah bakat sangat, setakat lari dua tiga langkah tu bolehla.

Semakin lama meniti usia, saya realise saya perlu tukar cara saya. Saya nak belajar bermakeup, belajar stylo, belajar masak. Wah, wanita sejati sangat kan. Tapi saya takut nak cuba. Itulah probs saya yang paling takleh nak elak. So, plis la wanita3 gojes tolong saya berfesyen. huhuhu ;p


TEST TEST :)
psst : Gambar saya dengan King of The Nite tuhhh.

Thursday, March 24, 2011

Isu bunuh diri. Haiya!

Assalamualaikum wbt...

Hari ni seharian gua dekat fakulti. Penat seyh buat bisnes restaurant ni tapi Alhamdulillah ramai orang..jualan pun licin =.= Balik je dari bilik, incik bapak kol gua. Macam biasa la, tanya khabar, tanya kesihatan poket, puung pang pung pang sampai lah tetiba bapak gua cakap ada 2 hot story.

Gua tanya, "gapo abah?".


Jawab bapak gua, "Angah, terlepas flight marin, sankut jem di klang." Kehkehkeh, bapak gua siap gelak lagi wei.

"La, yoko? ololo, sian molek..takpo la takdok rezeki, dok abah? Gua amek nset, gua mesej adik gua tu, "padan muka lu. kahkahkah. "
 " Pahtu gane tu? Suruh je la g beli tiket bus, ade je kalu on da spot., pahtu gapo lagi abah?"

"Ho, takdi ado budok tino nak bunuh diri kat kbmall. Seriaiy bulu roma tengok." *Baca seraiay = meremang*.


 Whats? Suicide? Ish ish ish, apekes ni dik. Kan semalam akak dah tulis, jangan kecewA dengan result spm yang teruk. Haiya, tak baca blog akak la tuuwww! Muncung kasi panjang sikit ohkeyy =.=

Btw, gua taktahu la dengan pemikiran budak zaman sekarang. Ada probs sikit nak bunuh diri. Gua tengok dalam paper sekarang, banyak giler vav* kes-kes bunuh diri. APe hal? Dah takde tuhan? Dah cukup pahala engko himpun nak masuk syurga? Gua bukan emosional, cuma gua terkilan dengan sikap anak muda zaman sekarang. Gua pun banyak masalah der, tapi bukan bunuh diri jalan penyelesaiannya. Cuba lu duduk atas tikar sejadah, berdoa dekat Allah swt, konfirm lu lagi tenang. Tak percaya? Gua dah cuba, memang berkesan!




Jodoh, ajal dan kelahiran adalah ketentuan Allah, akan tetapi kita diberikan akal dan pilihan untuk berikhtiar.

Tuesday, March 22, 2011

Gagal Spm bukan bermakna gagal selamanya. kan kan kan?

Assalamualaikum wbt...

Fuh fuh fuh, hari ni result SPM keluar wei. Tetiba aku pulak yang feeling lebih-lebih. Haih, mesti yang amek result tu berdebar giler, nebes tak hengat dunia. Makan tak kenyang, mandi tak basah, semalam tido macam tak tido.. Sabar adik-adik, result teruk takpe, buleh kawen awal ye dok? huahauhaua, *mood : gatai*.


By the way, setiap kali Mac, mesti teringat zaman-zaman hingusan sekolah dulu. Aku dulu, takut nak amek result spm. Ye la, siap seluruh family aku datang tau, kata anak sulong. Haiya malu-malu. Dibuatnya aku failed subjek? Tak ke kesian kat parents aku dok bagi harapan tinggi melangit. Ye dok?

Dulu, aku paling paling paling tak suka subjek fizik. Pernah kot aku jawab exam fizik sambil nangis-nangis. Cengeng sangat wei. Tapi mujur lah masa spm tu dapat B3, nasib nasib. Masa zaman belajar dulu, aku kuat main. Dalam kelas tido. Nak nak lagi dalam kelas BI, sumpah bosan wei. Teacher pulak lebihkan budak laki. Emo yu! Tapi paling suka kelas sejarah. Mungkin sebab cikgu aku dulu suka melucah dalam kelas.. =.=

Bila review balik subjek-subjek sekolah menengah, rasa bangga sebab dapat bawak 10 subjek dalam satu-satu masa. Wow sangat kan. Tapi honestly aku sedikit menyesal dengan result aku. T___T



Anyway, untuk adik-adik yang dapat result SPM hari ni, semoga dapat result yang cemerlang. Kalau dapat result teruk tu, nasib ko lah, sape suruh main-main macam aku dulu? huahuhau, *kejam wei*. Eh tak tak,takpe, jangan sedih-sedih. Life must go on, ada jalannya nanti. Spm bukanlah penamat segala-galanya. Banyak berdoa, banyak berusaha, InsyaALLAH ada kejayaan-kejayaan yang lain menanti dihadapan. Yang berjaya pulak, jangan lupa diri. Allah swt sekarang bagi hukuman secara cash, hari ni ko berlagak, esok ada la bala ko dapat. haha, haip, tak baik.



Nampak tak plaq biru tu? Gua dapat Anugerah Pelajar Paling Pintar masa hari graduasi Mrsm tau.haha. Lu ada?

Psst : kecik-kecik dah comei. ;p

Pesanan untuk kakak abang.

Assalamualaikum wbt...


Update terkini, aku kena main game touch ragbi this sunday. Sila lah turun ke padang di upm kalo nak support aku yek. :) Btw, lama betul tak update blog. Pesen aku, kalau ade kerja menimbun banyak-banyak baru lah idea datang mencurah-curah tapi kalau time senang lenang, idea nak datang? Haramm..

Anyway, tengok tajuk macam emo semacam kan? No no no, saja letak tajuk tu. Kalau nak menaip, fikir tajuk dah drag masa setengah jam T__T. First sekali aku nak ucap takziah dekat Que sebab ilang bini baru-baru ni. Sabar la der, bukan rezeki lu nak idup lama dengan die. Mana tahu lepas ni lu boleh beli motor LC plak.kehkehkeh.

Actually, tadi masa aku tengah tenetwalking kat google, aku jumpa quotes ni, jum check it out! :


Jika kamu memancing ikan..Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.... 




T____T, till then, bai!

Thursday, March 17, 2011

BEN ASHAARI : LELAKI vs PEREMPUAN KERANA FIZIKAL

Assalamualaikum wbt....



First time ni nak join segmen Abg Ben, nebes pom ada. Kehkehkeh. Kalo nak join jugak, sila rujuk SINI.


Anda pernah jatuh cinta ? Apakah yang membuatkan anda jatuh cinta ? Kerana fizikal atau keperibadiannya ?
 Pernah! wah, jujur sangat. Seingat aku, masa soalan Medsi nak masuk kos pendidikan hari tu ada tanya soalan ni jugak. :) Saya jatuh cinta sebab fizikal dan keperibadian. Kalau tengok budak bola, whoahhh, cair beb! Oh ya, keperibadian juga penting. Kalau saya tak boleh masuk dengan die, bagi la sejuta pom saya takkan terima lamaran. *demand tak*


Apakah anda jenis mengutamakan fizikal dalam memilih pasangan hidup ? Kenapa ?
Aik, macam soalan tadi je. Ok, mesti la sebab saya rasa laki yang berbadan tegap bersifat melindungi, rasa selamat je. kan kan kan?

Bahagian fizikal manakah yang membuatkan anda tertarik ? Kenapa ?
Erk, suka usha tangan dengan mata! auww, dari mata turun ke hati yuuu ^_^ Kalau tengok urat kat tangan lagi la rasa macam, coolnya. Tapi tanak la sampai macam akar kayu. *demand lagi*



Pendapat anda jika pasangan yang dah berkahwin mengatakan 'berisi tandanya bahagia' .. Apakah anda setuju ?
Oh, yang ni tak dapat nak jawab la, sebab saya pom dah macam tong drum tapi hati tetap jugak kuciwa deknon oii.

Setujukah , lelaki kacak biasa kaki perempuan dan perempuan cantik pula materialistik ? Jelaskan pilihan jawapan anda ..
Tak, sebab saya cantik tapi tak materialistik pom.huahuahua..;p  *kalau aku tak puji diri sendiri, sape lagi, ye dak?*


Beri contoh LELAKI IDAMAN ( bagi perempuan ) dan PEREMPUAN IDAMAN ( bagi lelaki ) ... Sila jelaskan pilihan anda .. kenapa anda pilih 'si dia '
Hurm, saya tak kisah lelaki yang macammana pom, asalkan dia dapat sayang dan cinta saya sepenuh hati. Tak guna jugak couple tapi tak ikhlas kan. Lelaki idaman saya mestilah seorang yang boleh bimbing saya dunia akhirat, ahli sukan, tinggi, hitam manis, macho, kerja tetap, setia, duit banyak dan hormati mak abah saya. :) Contoh? bukak facebook, taip nama M******n A****. Kehkehkeh, carik sendiri. ;p



Apakah anda berpuashati dengan fizikal pasangan anda sekarang ?
Maaplah, saya solo lagi.

Apakah anda berpuashati dengan fizikal anda sendiri ?
Saya bersyukur dengan nikmat yang Allah swt bagi. Cuma masih berusaha menguruskan badan tapi kalao pergi diner memang makan tak ingat dunia.. ' Even saya gemuk pom saya aktif sukan ape, ko hadoo? - ayat emosional dengan sesetengah pihak.hihi.



Perlukah seseorang wanita / lelaki itu menjaga tubuh badan kerana kehendak pasangannya ?
Perlu, sebab menjamin kestabilan hubungan. Tapi kalau kes aku, aku nak jaga badan sebab pentingkan kesihatan diri sendiri. Nanti dah beranak pinak, kendur sana sini, auwww taknak! *eh, bukan ke aku solo, kecoh apesal?*


Zaman sekarang ini , terlalu banyak produk menguruskan badan ... Apakah anda rasa ianya benar benar mujarab ? Ada bukti ? heheh..
Mujarab wei, tambah-tambah yang produk abg rozmey kita tu.hahaha. Juz mate5, melayang RM450 sebulan, tapi takpe, lemak pom melayang jugak.kihkihkih. Bukti? kawan-kawan saya ramai makan. Bolehlah nak percaya..


Dah siap!

Wednesday, March 16, 2011

Bila pandang sang arjuna, auww!

Assalamualaikum wbt...

Peeps, seronok betul menghupdate blog setiap hari. Macam takda asignment kan? =.=
By the way, masa tengah melepak ngan kosmate kat fakulti tadi sambil buat ketupat kerja, keluar la satu topik. Kehkehkeh, topik dia bertajuk macam ni..


Apa yang anda tengok kalau pandang lelaki?


Ahaa..!

Jawapan 1 : Saya suka pandang tangan laki, sebab bagi saya..kalau tangan laki besar nampak gagah dan comei. ( sama macam jawapan saya ;p )

Jawapan 2 : Saya suka usha dada laki. Tambah-tambah lagi kalo yang berdada bidang..Pergh, boleh cairrr.! (tak setuju!)

Jawapan 3 : Of kos mata! Dari mata turun ke hati wei..Lelaki kalau punyai mata yang lawa, nampak romantik.. ( setuju! ). Saya tak suka laki ada bulu mata panjang.huhu.

Jawapan 4 : Hurm, hati dia kot. :) sekarang tak boleh pandang sangat luaran, susah nak cari laki yang baik. (Betul!)



Anda pula bagaimana? kongsi la..


Psst : aku dah tau laki suka usha ape bila pandang perempuan. Ish ish ish.. ;p



Perfect!

Tuesday, March 15, 2011

chilhood members? gila-gila!

Assalamualaikum wbt...

Sob sob sob, badan penat, mental down, tapi masih bersemangat tulis blog. See, ameklah aku jadi idola wanita berwawasan. haha.

Actually peeps, sejak facebook diperkenalkan ni, macam-macam orang aku jumpa, dari orang yang satu sekolah dengan aku, satu tadika dengan aku, satu kampung, and bla bla lagi la.. Tapi yang menariknya, siap buat group kelas lagi tu, lepas tu mengarut-ngarut je dok bercakap, hehe..Tens admin :)
 
kawan-kawan, ingat lagi tak ragam masa kita sekelas dulu? seronot kan..dulu, muka tak malu, hari-hari main berambat kejar-kejar sekeliling sekolah, pakai kain sekolah pulak tu.kihkih. Bolok harok! Yang dikejar budak laki, yang mengejar budak perempuan. Haih, budak-budak betul..

Kawan-kawan, ingat lagi tak nursery kat tepi dewan sekolah tu? Ala, yang konon-kononnya zoo tu la, tapi haiwan yang ada rabbit dengan 2,3 ekor ikan jek. =.=. Dulu kan, kalo rasa down, rasa tension mesti nak lepak situ, kononnya nak rasa tenang la kan, padahal....Eh, sekarang ada lagi ke tempat tu? Dah lama tak masuk sekolah tu..

Kawan-kawan, ingat lagi tak yang kes nenek kebayan tu kat dewan sekolah tu? kononnya masa tu ada nak buat persembahan apa ntah, lepas tu masa praktis ada orang nampak nenek kebayan, nonsense sangat kan. haha. Tapi kita semua percaya tau, siap pergi tandas tu berteman sampai dua tiga orang.kehkeh..

Kawan-kawan, ingat lagi tak Sir Chandran? Dulu, punyalah takut nak tengok muka dia kan. Dengan misai panjang segala bagai, perut macam tong drum, horor sangat kalau terserempak dengan dia. Tapi tu dulu, sekarang bila jumpa siap boleh senyum-senyum lagi. Handsome jugak sir chandran kalo senyum.haha. ;p


Kawan-kawan, banyak kan kenangan kita semua bersama. Enam tahun bersama, tapi sekarang masing-masing dah besar panjang, ada yang dah keje, ada yang sambung belajar, ada yang dah nak kahwin..Haih, cepatnya masa berlalu. Kalaulah ada rakaman zaman dulu kala, mesti best. Boleh tengok pesen tudung zaman dulu-dulu.hihi.

Tapi apapun yang berlaku, saya sentiasa berharap kita semua saling mengingati antara satu sama lain. Tak kisah la sama ada kamu berjaya atau tidak. Kejayaan tu ada definisi yang tersendiri. Bagi saya, kenangan kita semua satu sekolah rendah dulu sangat best, sebab masa tu la baru nak kenal alam cinta, kehkehkeh..Bukan bukan, masa tu la saya belajar jatuh bangun seorang pelajar. Dekat sekolah rendah jugaklah bakat sukan saya dicungkil. Eh, apa yang saya mengarut ni? Btw, saya cuma nak cakap, saya terharu bila dapat kontek balik dengan awak semua. Nanti ada masa kita buat reunion ye, tapi taknaklah buat kat KBmall, macam budak-budak =.=


Pelish la jangan nak cakap muka saya cute giler masa sekolah dulu. haha.

Psst : kawan-kawan ingat tak kisah cinta dengan dedik dulu? kihkih, puppy love sangat tu.. Kecik-kecik da gatai, lempang nak? Jap, mane dia sekarang ek? ;p

Monday, March 14, 2011

Tersentap dan Menyentap!

Assalamualaikum wbt...

Hai peeps, lama tak jenguk blog. :) Btw, semalam aku ada pergi diner bertemakan arabian nite. Tapi macam biasalah, mane pandai aku nak mix and match attire ni. Pakai baju muslimah sudah.kan kan kan? Gambar will be upload later okay ^__^

Sebenarnya aku sentap bila tengok paper 2,3 hari ni..

11 Mac hari tu, seluruh dunia sentap dengan dugaan ALLAH swt yang maha hebat. Jepun dilanda tsunami. 8.9 skala ritcher tuh, tak terbayang dengan akal fikiran macamna kejadian tersebut boleh berlaku. Subhanallah, Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.

Seingat aku, masa tsunami 26 Disember 2004 dulu pom dah cukup ngeri bagi aku, apatah lagi yang berlaku kat Jepun sekarang ni. Mintak jauh sangat-sangat berlaku kat negara kita.Tiba-tiba teringat gambaran video tsunami lepas, nak berpaut pada apa kalo dah terkontang kanting sorang-sorang kat tengah-tengah laut? Nauzubillah...


Tapi sebenarnya, aku lagi sedih bila dengar lawak-lawak bodoh yang tak masuk akal langsung. Aku pun tak faham dengan masyarakat kita sekarang. Bila baca blog Ustaz Hasrizal  ni, aku sedih.. Sebak rasa dekat dada. Memang betul aku sendiri pom ada terbaca laporan-laporan macam tu. Tapi kenapa sampai macam tu sekali?




Subhanallah. Macam ni ke nak dijadikan bahan lawak? Mana perginya nilai kemanusiaan kita rakyat Malaysia? Ye aku tahu, mereka bukan saudara sesama Islam kita, tapi mereka bukannya kafir harbi yang perlu diperangi. Aku mungkin tak ada disana dan tak pernah merasai keadaan mereka kat sana. Tapi cuba kita bayangkan, keadaan yang bergegaran dekat sana? Seolah-olah dunia nak hancur, mencari-cari ahli keluarga sana sini,cari mak, cari ayah,  tapi takde berita, tangisan disana sini yang rindukan ahli keluarga, tapi akhirnya terpaksa anggap mereka telah dihanyutkan tsunami. :'(


Dan jangan rosakkan nilai profesional anda bila bercakap tentang kemanusiaan.. Kerajaan sibuk bimbangkan ekonomi negara, krisis ekonomi yang bakal berlaku, sedangkan kita lupa, orang disana menderita dan
 ketakutan.


Ya ALLAH, make it easy for them..make it easy for us.



Mintak maaf, saya tahu saya tak sempurna untuk menulis begini...Sekadar ingatan untuk kita semua. Hargai mereka yang ada, kerana dugaan Allah swt itu sentiasa ada, cuma menunggu masa dan ketika. Subhanallah..

Thursday, March 10, 2011

Cikgu Lini Edisi Balik Kampung

Assalamualaikum wbt...


Petang itu cuaca agak suam-suam kuku. Mata yang mula melayu ditiup hembusan bayu kolej enam, UPM di ditenyeh-tenyeh lembut. Pergi ko setan, jangan ganggu mataku yang bundar santek ini. Auww!


Telefon bimbit model E46 itu di capai..Tett..tettt..tettt..

"Assalamualaikum ma..."

"Waalaikumussalam, ha kaklong, bakpo lamo tok tepom ni? Sehat ko?" *kantoi disitu..kehkehkeh.

"Sehat Alhamdulillah..Ma sehat ko? Abah? Adik-adik? Puteh?"

"Ho la, Alhamdulillah sehat belako sini nyo. Bereh ko kaklong dok denu? duit ado lagi?" *ayat-ayat tacing mula dileluarkan..

Sambil check purse, ada 2 henggit...
 " Ado lagi ma, toksoh bimbe la. Duit dale ASB ado lagi sepuloh juta. hehe.."


Then, bla..bla..bla....

"Ma, sero teringat ko rumoh la, nok balik jah sero. Hari tu ado cheting nga pesa ( merujuk kepada abg sepupu ), dio oyak nak balik kapum. Nok ngekor dio la nanti.."

" Oloh, tok payoh la baliknyo, dok study sano la, balik pun buke bukok buku pom. Bule depe stat final doh key?"

" Tapi ma, nok balik jugak kalu pesa balik. Deh deh deh? Plissssssss...Rindu yang teramat sangat ni...."

" Hola hola, baliklah."


Yang menjadi masalahnya adakah encik pesa jadi balik? Silalah doa-doa untuk aku yek. Oho, rindu weh, dah sebulan lebih kat sini ni. Apa khabar la cik puteh aku kat kapung sana? Cukup makan ke tak, bulu-bulu luruh ke tak.. Ahaiii...Apa khabar la family aku..Sumpah tak tahan omsick disini!


Ayu pulak budak dalam gambar ni. Kehkehkeh.


Till then, bai!

Wednesday, March 9, 2011

kisah yang terkasih. Auww!

Assalamualaikum wbt..

Eh apasal ah sejak dua menjak dan bermenjak-menjak ni aku suka guna perkataan auww!? Adakah menunjukkan tahap kegedikan meningkat-ningkat ataupun tahap kegembiraan yang melampau-lampau? Please somenone buatkan thesis about me. ;p

Okey, just ignore the silly things. By the way, keseluruhan family aku tak suka kucing. Bukan lah tak suka haiwan kesayangan Kekasih Allah, tetapi kami satu family malas nak membelanya kecuali abah aku dengan adik aku yang bongsu dat we called him as adik.
Aku ingat lagi, when i was 15 years old..Masa tu abah antar aku pergi tusyen, sekali masa nak pick up aku balik rumah, terjumpa sekor anak kucing yang agak sweet-sweet orange macam tu. So, abah aku kutip dan buang   bawak balik rumah. Siap mandikan, syampukan, sabun segala bagai la. Nasib baik tak ambik skirt baby je buat baju. =.=

Tengahari tu, mak aku pergi buang dekat pasar ikan. =.= Kesian kucing tu.. Penat je abah mandikan kucing tu dengan kasih sayang,auww! See, mak dengan abah totally berbeza. Abah cakap sangat banyak, mak seorang pendiam, tapi stil kekal lagi hidup bersama selama 23 tahun. wooo, jeles. Aku yang baru nak masuk 5 bulan ni pun ntah ke mana, :(


Tapi ntah macamna, hari tu ada seekor kucing putih yang sangat comei, super duper aktif dan sangat menikus. Erk, menikus tu istilah stendet ke? Lantas, abah amik keputusan nak bela kucing tu. Mula-mula mak aku tak setuju, hasil proses pujuk memujuk tarik menarik maka mak aku mengalah. Oyeah, dah ada ahli keluarga baru! Adik apa lagi, tiap-tiap malam pon nak tido dengan puteh tu. :)

Sekarang bukan main lagi mak aku, belikan makanan lebat bulu la, makanan aktif la, whiskes la, suapkan ubat la.. Kalau puteh demam, mak aku yang beria-ria suruh bawak pergi klinik sekarang. Kihkihkih. Hebat betul puteh amik hati mak aku. :)

Mata puteh kaler biru!


Psst : Hari tu ada kawan mak aku nak beli puteh harga RM500, pleaseeee jangan jual.
Mood : rindu puteh ;(


Till then, bai.

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita!

Assalamualaikum wbt...

Hai peeps! Tahukah anda hari ini hari wanita sedunia? Ok, aku baru tahu setelah tengok fesbuk ptg tadi. =.=
Sejak bila hari wanita disambut? Seriusly weh aku tak tahu..! *muka innocent sangat yuuu*

By the way, menjadi wanita sangat besh! ye dok? Mestilah, sebab tu ramai kot lelaki nak jadi wanita ;p
Eh jangan menghina orang, karang ada la pertubuhan dalam fesbuk, "We hate Hasfalini!". Alala, jangan plis, ai gurau-gurau je..
Melalui pengalaman aku sendiri, menjadi wanita sangat seronok. Seronok yang macam mana? Lets check it out!
  • Dapat berpakaian cantek-cantek, sweet-sweet.. Oho, conteng-conteng muka sikit. Sapu lipstick pink, eye shadow ijo, blusher kelabu, Ahaaa...Perfecto de Amor yuuu!
  • Kalau naik komuter, dah ada coach untuk wanita. Tak payah lagi nak berhimpit dan dihimpit oleh kaum jantan. Tapi ada jugak yang still lagi nak berkepit! Huh, mencik ai tengok tau. 
  • Hah, yang ni sulit sikit..Dapat ABC. Tau ABC tu ape? Allah Bagi Cuti...hehehe. Teringat pulak time bulan puasa tahun lepas, kantoi ngan adik aku makan dalam bilik. ^_^
  • Dapat mengandung, beranak, menyusu. Seronot woo..laki ada? Non hadooooo
Sebenarnya banyak lagi kelebihan wanita ni, saje malas nak menaipnya..Karang aku list up kan, ada pulak kaum adam yang jelesnya.  Tapi sebenarnya, setiap jantina yang diciptakan oleh Allah SWT ada kelebihan sendiri. kan kan kan?

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]


 ENTRI INI TIDAK BERGAMBAR :)


SELAMAT HARI WANITA!



 till then, bai!

Sunday, March 6, 2011

Up up up...dont let them put you down..

Assalamualaikum wbt...
Mata still lagi sembap. ;'(

Satu benda yang aku belajar hari ni, sebanyak mana pom kita sedih, ada lagi orang yang lebih malang daripada kita..
Sementara nak cari ketenangan sambil rilekskan otak..tadi aku pergi foot massage, tukang urut tu buta. Yup, mereka orang-orang buta yang sedang mencari rezeki halal. Subhanallah, kelu lidah aku bila first time tengok diorang. Dan aku rasa diri aku teruk sangat, tak reti sabar dan bersyukur dengan apa yang ada. Makin hari buat aku makin kuat..

Thank you Allah..Again n again thanks to Allah swt..Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku. Even Dia buat ujian yang sangat berat untuk aku, tapi still lagi aku dapat kekuatan untuk menghadapinya. Betul kan, Allah sayangkan hambaNya. Allah takkan turunkan ujian di luar kemampuan kita.. :)





Psst : Pergi berurut dengan mata bengkak bagai, tapi takley tipu orang buta tu..Masa dia urut buat refleksologi kat kaki, dia tanya macam ni tau ----->
  1. Kamu ni sakit kepala ke? Ada masalah banyak ni, jangan banyak fikir dik, tak elok untuk kesihatan. 
  2. Ada masalah mata ke? Malam tak nampak sangat kan? Subhanallah, walaupun ada kekurangan, Allah bagi jugak kelebihan kat tempat lain. Betol tu, memang aku takleh drive sangat kalo malam, agaknya rabun malam kot ;p
  3. Tak banyak angin sangat ni, mesti rajin bersenam. Yup, petang-petang kalo tak joging rasa tak best.
Btw, tens a lot dekat frends yang sangat caring dekat aku.  Jangan bimbang, aku dah ok. :)

Saturday, March 5, 2011

Mata habuk masuk lagi ke?

Assalamualaikum wbt..

Baiklah, rentetan dari episod duka seorang aku, pergi kelas memang mata sembap giler, tambah-tambah lagi hari ni hari presentation subjek paling penting dalam hidup. Owh, how strong i am. Petang tadi kol ayahbonda tercinta, terus dapat semangat berjuta-juta. Hey, hipokrit lagi? Meh kasi lempang sikit nak!

Btw, tens dekat semua frens yang kasi aku semangat, yang pujuk segala bagai, ouh i rasa apreciate sangat. Semalam hari yang sangat damn giler, rasa macam diri sangat tak berguna, rasa macam kain burok yang terbiar dekat sinki, yekkss! Tapi hari ni dah lil bit cool down, takde la rasa nak chek henfon 24 hours, tapi tipu lah kalo tak crying on lepas solat kan, stil lagi rasa syahdu dengan ujian Allah swt yang maha berat ni. T__T


Hey, i wanna share you satu quotes yang sgt meaningfull. :)

You don't have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That's how I define gorgeous. You don't have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That's how i would melt. You don't have to be rich for me to love you. Please have a kind heart. That's more than enough for me and my parents too. Nobody's perfect. You are nobody. So you are more than perfect for me :)


Quotes ni aku jumpa dalam blog kakak my besties, kak AMie  :)

 See, masuk habuk memang bahaya, mata yang cantek boleh jadi sepet, nyampah! Lepas ni kena jaga mata elok-elok. Mata hati pom kena jaga, nanti seluruh badan effect ;p


Psst : Ada orang cakap aku kuat, dalam masa dua hari boleh cool down. Hey, jangan tertipu dengan sarcastic punya senyuman la. Senyum cantek-cantek, hati rabak mana ko tahu?



Taknak jatuh cinta lagi. Till then, bai

Friday, March 4, 2011

Cikgu lini bermotivasi dipetang hari

Assalamualaikum wbt.

Bangun pagi-pagi rasa berat kepala. Aigoo..esemen belum siap lagi, mata sesepet-sepetnya. pandang cermin, omaigod bengkak giler okay! By the way, mata bengkak sebab masuk habuk semalam, aku tenyeh bagai nak rak mata, itu sebabnya bengkak. Ade ke orang percaya penipuan ini?huhuhu...





Baiklah murid-murid, hari ni cikgu lini ada satu cerita. * praktis induksi set*..


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Qhairi : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu Lini : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Qhairi : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu Lini : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Qhairi : kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu Lini : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Qhairi : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu Lini : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

 See, mata cikgu tak bengkak pom.wek ;p


Psst : Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Thursday, March 3, 2011

Apabila sang gadis mula bertemu.auww!

Assalamulaikum wbt..

Hai peeps! Satu benda yang aku percaya bila lama dah tak update blog mesti makin hari makin malas nak teruskan update blog kan.? Haih, ape punya ayat da..

Hari minggu lepas, aku merendek-rendek bersama kawan lama. No, actually should say my besties ever and after. Yup, about 10 years menjalinkan persahabatan dan tak pernah bertekak lidah, eh bertekak? haha, bertikam lidah actually..dan tak pernah juga nak berlagak sombong dan forget each others. Seriusly aku rasa persahabatan yang ikhlas memang akan kekal sampai bila-bila. Ye la, kadang-kadang kita tak jangka kan, sebab lelaki, kawan perempuan terus disisihkan. Wadehel betul! Eh takmo emo-emo, ini adalah entri super bahagia sangat-sangat. Kehkehkeh.

Actually, plan ni dirancang on the spot kot. Si Fairuz ni selalu je ajak aku pergi rumah sewa dia dekat PJ sana, tapi memandang aku wanita yang berkaki lebar berkaliber, jadi masa tu agak kurang lah. Entah kenapa, wekend ni aku memang dah set taknak gangguan dari mana-mana pihak, cancel semua metings segala bagai dan eh dah sampai rumah fairuz? yahuuuuuu!
Actually kami sahabat berempat iaitu merangkap aku sendiri yang super gojes, fairuz ala-ala gojes sikit, sarah yang emm ntah gojes ke tak, dan wiwiey yang ala-ala kak limah, hahaha..Tapi sarah tak dapat plak nak join sebab she was study kat kelantan sana and only 3 of us je yang menggila-gila wekend lepas. You know la kan, bila jumpa kawan-kawan lama, you will soon talk about every single thing that you and your friends did in the past. Lepas tu, gelak ramai-ramai. Ouch, miss dat moment!


Banyak tempat yang kami pergi tau. Snap sana sini, gelak tergolek-golek cari jodoh. Eh jap, cari jodoh? Hey malam tu saya dapat dating dengan chenta hati tau! seronot giler. Tens a lot dekat Fairuz sebab bagi greenlight dating jam 2 pagi sampai 430 pagi! Tapi sebenarnya takla kekok sangat sebab kami semua kan satu sekolah dulu, jadi fairuz dengan ijat eh chenta hati pom dapat borak selamba. kihkihkih, saje nak bagi hint nama beliau kan. ;p


Tadaa! Ini lah fairuz, kawan suka duka sepi lara aku! oyeah, by the way beliau dah keje, The Xtrayian dekat PPUM, sape nak xtray badan, kaki, lutut, kepala hotak segala bagai bole rujuk dengan beliau okeh.

Sedikit ucapan untuk mekyuh :
Yuh, tens tau sebab banyak betul mu wat tubik duit untuk kitore. Aku sie ko mu sebenarnya sebab abes duit gaji mu bule ni. Tu la, sapo suruh kijo dos, kehkehkeh. Aku tokse mu belanja pom, tapi aku sie ko ida la, napok kempis jah perot lapar, bhahahahaha. Aku nak mitok maaf jugak yuh sebab aku masuk gambar mu hok udoh-udoh dale fb. Buke gapo, nanti gak kalu ramai hok suroh ngejah gak, penim la aku nanti, cukup la setakat penim nga boboi sore jah.hahahaha.Paling aku terharu bilo mu bawak aku dating kul 2 pagi tu. seriusly aku suko tapi malu nok tunjuk.kehkehkeh. Btw, tak sabar untuk ke vacation seterusnya! plan g saboh nok? jum la..kihkihkih. Mu sponsor hotel deh? yeay! Eh meta, bakpo muko aku dale gambar tu supo pakai botox jah? haha..kilat molek dop.


Okeh, ni puloks turn ida a.k.a wiwiey. Tapi lebih suka panggil die kak limah. haha. Juz kidding. Beliau still study kat uitm puncak perdana. Hari tu, heading ke shah alam pun sebab nak hantar die balik sana la, See, betapa caring and loving and baiknya kami nak hantar mu ke sana tau tak! Eh jap, bunyiknya cam pakai kereta aku je, haha, tak tak, aku juz driver yang bertauliah sahaja ye deknon semua.

sedikit ucapan untuk kak limah :
Ida ei, sori la kalu mu maroh ke aku dok gurau panggil mu kak limah tu..buke gapo, ado meh etek.haha. Btw da, suggoh aku lagi suko bilo kito using aku mu instead of using as cun giler dgn ida. Rasa lagi rapat dan auww! Ida, mu jange tok ingat tuu, beli krim muko tat nenas ko aku deh. Haha, seronot la hari tu dok, time seronot sekali maso kito dok judi kat i-city tu. Mu ingat lagi dok muko peyuh supo aye berok kapur tokley bear tu? haha, aku tok tergamok nok suko ko dio wei. Tapi takpo, mu pandai la pilih teady bear tu.. comei la, jeles pulok aku. nanti besday aku 20 APRIL ni aku nok teady bear jugok deh.hahaha. Btw, semoga mu bahagio la nga abe z hok semak jetak tuuu. sunggoh mu nga dio song bedooh!

  
Yang paling kiri tuh incik hajar, kawan baru merangkap housemate fairuz. Sangat sportim dan easygoing. kehkehkeh, ayat ambil hati ni jaa. Dopla, sumgoh awok baik, nanti saya nok g umoh awk puloks ni tau! Sori for any kidding yang membuatkan awk sentap, atau tersentap okeh dear :)
Last but not least, tunggu vacation kedua kami okeh!Kepada Sarah jangan jeles-jeles tau. Even kami gelak golek-golek, gosip sana sini, kami still ingat awak tau. Masa pergi makan pom ingat awak jugak, tambah-tambah yang part nak bayar tu, "hurm, kalau sarah ada mesti boleh paw die kan"..ini ayat ida dengan mekyuh tau sarah. Ayat aku tak macam tu, ayat aku macam ni.." kesian sarah tak boleh ikut kita kan, padan muka die..huahuauahua.." ..Takla, gurau je sayang.nanti kita g berkelah sama-sama dekat lata belatan deh.ehehe..

Gambar paling ayu untuk awak tau! :)
till then bai!.

Wednesday, March 2, 2011

HOMEC RESTORAN by SRT :)

Assalamualaikum wbt..

Hai peeps! Sori sori sori lama tak update blog. By the way, saya nak jemput anda semua ke Restoran Homec yang diusahakan oleh student SRT (termasuklah saya sendiri), fakulti Pendidikan UPM.


Dengan hanya membayar RM 12.90 dan mendapat layanan tip top dari pramusaji, makanan yang disediakan juga sedap dan menjilat jari. Makanan akan disajikan course by course. Kami mengamalkan konsep America settings.

Psst : Mana ko nak dapat layanan tiptop macam kat hotel dengan hanya membayar RM12.90?