CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, January 29, 2011

Volleyball volleyball volleyball :)


Assalamualaikum wbt..

Hari ni nak tunaikan janji sebelum pergi hiking kat gunung chemerung dungun dan balik cuti CNY. By the way, mood kemenangan volleyball masih membara sebab stil lagi terkenang-kenang dekat match tu. Dah lama kot tak lepas gian main volleyball ;p

Memang aku obses dengan volleyball, since dari darjah 6 aku stat main untuk kelantan. Tapi aku lebih suka tengok match lelaki punya, sambil tengok sambil usha lelaki ensem. See, kecik-kecik dah gatal.haha.
Since zaman sekolah rendah sampai sekolah menengah dan sampailah ke matrik, orang selalunya kenal aku as a volleyball player. Nak kata main hebat takpun, spike pom terjungkit-jungkit sebab pendek =.=
Sokongan parents aku memang tiptop la. Kalau dekat dengan match, abah selalunya mesej bagi moral support. Even dah 22 tahun dan tournament interkolej je kot abah still lagi do the same things, tens abah. *hug and kiss*


Tapi game kali ni, sangat meninggalkan kesan  kat hati aku. Maybe sebab satu team ngan budak malaysia kot ;p. Eh tidak. Bukan bukan.. Sebenarnya masa game hari tu, ada pertanyaan yang tidak disangka-sangka. Dalam first six yang masuk dalam court, aku seorang je pemain picisan. Ye la, pemain paling pendek dan gemuk, =.= Dan aku jugak satu-satunya pemain yang bertudung. Mana taknya ada 3 orang pemain malaysia (chinese) dan dua orang pemain netball msn. One of them tu pernah satu team dengan aku masa main untuk kelantan dulu :)

Tapi sebelum aku cakap apa pertanyaan tu, jum cuci mata tengok final match!

The winner is Kolej keenam! horay horay!



Stupid mistakes, dua kali serve asyik sangkut net, nyampah!

=)

Band down, here we gO!
Supportes memang awesome sangat, tens for jerit-jerit bagi semangat!

See, player yang paling pendek dan gemuk dan uhuhuhu..

Seronok seronok seronok

Aku paling suka gambar ni. Nampak macam satu team serasi :)

Tens to my besties, Que dan Jan, dan Is (is takde dalam gambar)

Final match dengan kosass

Again and again!

We love k6!


Seorang chinese tanya aku..
Q : Eh, kenapa you pakai tudung masa match?
A: Dah lama ai bertudung. Since form 4,ai dah tak pernah free hair. :) . Dah insaf la dear.
Q: Oh yeke? Memang dari dulu lagi you pakai tudung. Tipu la.
A:  Sambil angguk-angguk, Ye betul. 
Q: Bukan ke budak sukan tak pakai tudung?
A: ai bukan budak sukan la. ai tak pandai pom main. :(
Q: Tipula. you pro maa..Main hebat woo..


Aku? kembang kempis jugak lah, terus pergi muntah dekat tepi court,haha. 



Till then, bai!







Thursday, January 27, 2011

kenapa berblogging?

Assalamualaikum wbt..


Malam ni aku taknak cerita lagi pasal tournament volleyball aku. Mood terpinga-pinga sebab game tadi sangatlah besh! Rasa nak ulang balik je tournament tu sebab tadi aku macam tak puas hati sangat sebab buat mistakes bodoh, serve sangkut kat net! Menyampah!

Ok dah, kenapa aku berblogging?

Sebab utamanya adalah dapat nuffnang meluahkan segala cerita dan isi hati aku. Tanyalah siapa sahaja yang kenal aku, memang aku selalunya di nilai sebagai seorang yang peramas peramah dan banyak cakap.


Aceli aku tengah emo ni, sedih weh! tadi game menang, banyak benda nak citer dekat incik dia, tapi dia pulak bizi memanjang! amek la engko cik belog, aku sumbak semua rasa hati dalam ni..eiii!



Subhanallah, itu lah ko as,
ikutkan sangat amarah tu,
tu sikap syaiton as,
tengok, idea pun terus kering.
Dah, jangan marah-marah ye :)
Bai!

Wednesday, January 26, 2011

Musim sukan kolej

Assalamualaikum wbt..

Kalau kat upm sekarang, budak-budak sukan sedang bizi. Minggu lepas minggu olahraga, weekdays lepas juga minggu volleyball lelaki, sekarang minggu tournament volleyball perempuan. Aku? sibuk usha lelaki  masa nak curi-curi pergi tournament volleyball. Seriusly minggu ni sangat hectic. Nak terberak pun fikir dua tiga kali. Nasib baik tak kena penyakit gout. Eh gout ke sembelit?

Aku tak pandai pun main, sekadar mengisi kekosongan pun. Alah, setakat main untuk kampung negeri dulu apa la sangat kan. =.= *ada gaya riak berlapik tak? haha. Betul, kalau nak dibandingkan dengan team aku yang ada tiga orang budak malaysia tu, aku ni player picisan je kot. Biarlah, janji aku dapat lepas nafsu gian.

By the way, aku taknak ulas panjang-panjang. Pukul 8 nanti ada game lagi. Got to go.
Doakan aku menang, nak dapat beg upm free ^_^.
Budak handball jangan marah aku tak pergi training tau. Aku malu la nak join budak star, main pom injured.Booo..memalukan team handball upm je.

 Tempek gambar lama sikit :

Team paling havoc masa aku kat matrik dulu. Jangan teka aku ada kat mana sebab muka hitam kalah bontot kuali.



till then, bai.

Sunday, January 23, 2011

Tiba waktunya kita akan tua

Assalamualaikum wbt...

Pagi hari lagi aku dan group assignment heading ke Tangkak, tugasnya nak kena serbu pergi rumah orang tua dan menginterview apa yang patut. Aku taknak la cerita view masa nak on the way nak ke tangkak tu. Jadahnya korang nak tau papan tanda kat highway seremban tu ada gambar perempuan seksi dan hot. ;p

Mula-mula nak pergi tu memang rasa semangat gila, kononnya nanti nak buat sopan santun pijak kulit pisang tak jatuh. Tapi tapi dan tapi bila sampai kat sana terus sebak dihati mula bertandang. Yup, seriously sayu hati aku bila tengok wajah-wajah diorang. Cuba bayangkan mereka ini ditinggalkan oleh keluarga masing-masing. Eh tak, bukan tinggalkan selama-lamanya, cuma mintak orang tolong jagakan, hujung bulan datang jenguk sambil bayar duit seribu henggit. WAT THE FISH cake!


Kenapa tak boleh nak jaga sendiri? Mintak-mintak aku dengan dik beradik kesayangan tak lupa diri bila dah berjaya. Amin.


Nama dia Mei pheng. Eh bukan yang tua tu, yang muda tu la. Auntie kat sebelah dia tu ada sound trouble tapi suka bercakap. Bila orang bercakap dia angguk-angguk je, padahal angguk amek hati sebab ape pom kami cakap dia tak dengar T_T Tapi auntie ni gojes sangat bila dia senyum, walaupun pakai gigi palsu yang dah berkarat kuning.haha. As, behave k.


Kesian tau tengok auntie-auntie ni makan takde meja. Dah la makanan kuew teo sup tu panas. T_T


Ini pun kawan saya juga, nama dia Boon Sie Yoke, single lagi. tapi kalau nak usha sila pastikan anda adalah apek yang kaya. motif sangat ko ye.^_^
Kat sana kami tak banyak buat aktivit pon, cuma time makan tu kami tolong suap-suap. Auntie ni ada strok, jadi dia tak banyak bercakap dan bercerita. Kesian diorang, seharian duduk atas kerusi tu je, sampai kematu bontot. tsk..tsk..

Uncle ni sangat baik okey. Rasa macam nak tolong je dukung dia ke mana-mana sebab badan dia super kurus yang amat. Tragis sangat bila tengok. Tapi uncle ni sporting, dia cakap dia ada 15 orang anak. 15 orang anak tak boleh jaga sorang bapa ek? T__T

Uncle ni lagi kesian tau. Dulu dia orang pandai, orang kaya tapi sekarang dah jadi tak siuman sebab putus cinta. Sampai sekarang tak kahwin lagi. Adik dia yang hantar kat rumah orang tua ni. Sadisnya penangan putus cinta ni. ish ish ish..




...





...





...





Tak sampai separuh hari pergi saya rasa rindu dengan auntie ni. Semoga auntie panjang umur dan murah rezeki. Semoga auntie dapat hidayah dari Allah swt peluk Islam.huhu :)


Saya rindu auntie ni. saya rindu auntie ni. saya rindu auntie ni..... Tadi aku usap-usap tangan dia, lepas tu dia usap tangan aku balik, dia cakap gelang aku cantek ^_^
Bila berborak dengan auntie ni, aku rasa rindu sangat dengan arwah tokmek aku. Seolah-olah aku tengah berborak dengan arwah tokmek pulak.

Al-Fatihah untuk arwah tokmek. Satu-satunya kenangan terahir arwah dengan kami..




Nak nanges kejap, till then, bai!

Saturday, January 22, 2011

sabar

Assalamualaikum wbt..




Kenapa mesti rasa macam ni...



..



..




..




Bila saya terlalu terlalu terlalu banyak menahan
kalau berterusan begini macam mane?



..





..







..






biarlah..
saya masih mampu bertahan.
cuma malam ni
kesabaran sedikit terhakis.


..






..







..









YA ALLAH..berilah hambamu ketabahan
kesabaran
ketenangan