CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Saturday, September 24, 2011

Untuk kawan-kawan yang bersedih ^__^

Assalamualaikum wbt...

Hello pretty and handsome, how was your weekend?I'm freaking bored, seriusly! Tapi setakat ni Alhamdulillah sebab walaupun bosan tapi saya masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk teruskan hidup dengan penuh gembira. Ecece #kenapa tiba-tiba hasfalini menjadi begitu skema? By the way, a thousand sorry for all of you sebab dah lama tak update belog. Maklumlah, makin lama, kuliah makin sibuk, hidup penuh huru hara, bangun pagi terus gegas masuk toilet, pung pang pung pang terus pergi kuliah, balik kuliah terus digoda oleh bed yang super lembut. Yeah, Im busy having such a great life. Friends, family, assignment, and all that..Eh tak lupa jugak dekat boifren tercinta, auw! It such a wonderful. Trust me. Hihii. *eh, macam ada orang nak follow kau kan, perasan!



You can't change what has already happened so don't waste your time thinking about it. 
Move on, let go and get over it.
 
Lately, ramai sangat yang suka post status sedih dalam fesbuk. Saya tak suka baca. Serius. Bila kau sentiasa selubungi hati dengan kesedihan, kau sebenarnya mendownkan diri kau sendiri.. Be strong and be tough. Sentiasa ingat Allah swt, he knows the best for you. :) Sometimes you have to smile and pretend everything is okay, hold your tears and just walk away. Simpan kesedihan dan act like clown dengan harapan someone's day become a liltle brighter. ♥♥♥   InshaALLAH.



Till then, we meet again. Babai

Monday, September 19, 2011

Al-kisah kenapa puteri cinderella tidak turun jogging pagi tadi.

Assalamualaikum wbt...

*Stori ini adalah khas dibuat untuk mengelakkan sebarang prejudis buruk kepada tuan tanah blog paling cun abad ini ----> Hasfalini.blogspot.com. :)

Ok, pagi tadi, lena mimpi saya dikejutkan dengan sebuah mesej, tett tett

Fake Putera Raja : Subuh..subuh...
Cinderellacungiler : Ye ye, dah bangun ni. Tenkiu. :)

Fake Putera Raja : Yeke bangun doh ni?
Cinderellacungiler : Ho la, dah tu, takkan hantu pulak yang balas mesej ni. :$

Fake Putera Raja : Jum g jogging nok?
Cinderellacungiler : Malas wei..

Fake Putera Raja : Sampai hati, malas g majlis kawen mu!
Cinderellacungiler : Olo, tok berkait lasum! Sebenarnya kasut sukan aku tak basuh ag lepas masum hari tu.. ;p

Fake Putera Raja : La, bukan nak g jogging kat the mines, kat padang kawad je pun, bukannya ada orang nak kerling ko mu pom!
Cinderellacungiler : Zzzzz *dibuai mimpi. Har har har.

Ok, sebenarnya begini, disebabkan tiada perancangan yang rapi, maka cinderellacungiler a.k.a SAYA  telah men'mindset'kan untuk tidur selepas solat subuh *oh teruknya ;p Bukan la saya malas nak jogging, TIDAK..saya suka jogging tapi kalau boleh biarlah jogging di petang hari. Selain dapat menghirup udara segar dimana anginnya sepoi-sepoi bahasa, saya juga dapat menyegarkan mata dengan mengusha lelaki yang baru balik kuliah, hikss! Ok tipu, saya suka jogging petang hari sahaja, pagi tak suka sebab sangat seejjuukkkk..Got it? Guddd.

Ok next adalah berkenaan kasut sukan saya yang tidak basuh. Op kosh la tak best nak jogging kan. =.= Kalau jogging dengan kasut yang bersih dan selesa, maka bertambahlah keyakinan saya untuk meneruskan larian. Ibaratnya begini. Kasut suci dan selesa = 3 lap larian = lebih kurang 2.4 Km, whoaaa hebatkan? Ehemmmm.. Kasut kotor dan tidak selesa = 1/2 lap larian = 0.8 Km.. See, rugi kan? So, attire mesti first class :)


Seronok woi jogging kat balapan. :)

Okbai, till then we meet again =.=

Sunday, September 18, 2011

Ceramah Ustaz Azhar Idrus? Kahkahkah

Assalamualaikum wbt...

Ok fine, saya kena sound setepek dengan incik TripleA akibat terlebih perasan dalam entri lepas =.=. Kihkihkih, hey normal la tu kan ;p

Awak semua pernah dengar ceramah agama tak? Mesti pernah kan. Ok ok, if bukak youtube, video ape yang selalu jadi tontonan? Hah? justin bieber, oyeah man, baru Amerika beb! Hotak mu! sekali sekala ni kita bukak la ceramah-ceramah agama sikit. Ala, tak lama, sekejap je. Dan jenis saya pulak kalau online youtube mesti nak dengar ceramah dari ustaz Azhar Idrus. Seronok, makin lama dah jadi macam satu kebiasaan pulak. Bukan la saya nak show off, "eh eh baiknya as sekarang". "Ele, dengar ceramah pom nak gebang-gebang dekat orang, ape celop?!" No no no. saya takde niat pom cuma saya nak suggestkan la antara ceramah agama yang best didengar dan tak memboringkan.

Tak percaya, cubalah!

Ada satu video yang saya paling ingat adalah video tips untuk anak menantu yang datang ke rumah. Memang lawak habis la. Ok cenggini la gambaran dia.


" Kalu bakal anok natu laki datang jalang ke umoh pakai gelang ngan rantai, tok tue wat kluor air nyo (air kelapa), haa bila anok natu tanye, doh nape ayoh jamu air nyo ey? Jawabnya ayoh, BERUK je hok pakai gelang ngan rantai neh." hahahha..

Memang ustaz Azhar Idrus ni teramat la pekat bahasa Terengganu dia, tapi boleh lah faham lagi sikit-sikit tu.. Haih, cakap saja tak guna, saya upload 2,3  video yang bagi saya kelakar habis lah..Selamat tonton peeps ;p



Haa, yang ni video penerangan mengenai cara nak tangani isteri yang suka tak tutup aurat. Hihi, lawak-lawak ;p


Ini satu lagi..Yang hairannya, ade jek ustaz wat lawak kutuk perempuan. Most of his video memang asyik kutuk perempuan tau, tapi semua yang ustaz cakap memang betul pom. Jum kita dengar dan jadikan ianya satu nasihat berguna. Lawak, lawak jugak, input kena ambil kan =.="

 Last, video kelebihan orang perempuan.. Jarang sangat kott..



Okbai, till then we meet again :)

Saturday, September 17, 2011

Perempuan yang minat bola sangat cool ;p

Assalamualaikum wbt...

Saya tahu niat incik Amier sebenarnya nak memuji saya kan. kihkihkih. Tapi nanti kalau puji on direct kang kena marah dengan mister awek dia pulak so beliau pun mengutarakannya secara overall. *ala, cakap je la depan-depan aku ni cool, auw!*

Lately, saya agak ketinggalan sikit bila berbicara tentang bola. Al-maklumlah, bila dah masuk kuliah ni, kadang-kadang terlepas nak tengok berita, nak baca paper pom malas-malas. Tapi mujuq juga lah bukak blog, kadang-kadang tu ada jugak blogger yang announce kan result terkini EPL match dengan Piala Malaysia, dapat juga tahu serba sedikit kan. Toce-toce braderr.

Anyway, i'm fans of arsenal. tapi tapi tapi kenapakah team ini selalu kalah sejak akhir-akhir ini? Itu hari main dengan Man United kalah 8-2 wooo, dan dan malam ni pulak kena dengan blackburn. Oh hancur berderai hatiku. Come On Arsenal, go go!
 *harap-harap next game will be better, oyeah!*

Oh hensemnya incik-incik hero saya, aummm!

Tapi sekarang saya sebenarnya dah kena bahagi hati untuk support Man United pulak. Memandangkan incik boyfren fanatic fans of team itu, jadi saya secara paksa rela kena minat Man U pulak, HARUS KE DIPAKSA INCIK BOYFREN? haha.. So sori incik-incik Arsenal hookay. *sapa suruh hengko selalu kalah kan?* Dan saya rasa kemungkinan besar Man United akan menang game esok dengan Chelsea, kan? Nak tahu kenapa?

Scroll down pleaseee..: ( idea diciplak sebijik-bijik dari blog incik Triple A yang hensem. kahkahkah )

1. sekarang ni rekod tanpa kalah dan tanpa seri dipegang oleh team Man utd..termasuk kemenangan besar terhadap arsenal 8-2 (oh malu nak tulis, demmit!) dan bolton 5-0.

2. persembahan mereka lebih konsisten bagi setiap perlawanan..yela, menang je asyik-asyik..skor pulak banyak.

3. key player : wayne rooney..of course, he is a great player though..boleh dikatakan, if chelsea lawan man u, ade je mamat ni skor..kene pulak, dh dua match die hatrik.

4. susah nak mencari kelemahan team ini, sebab they are like a perfect team..all attributes are belong to them..like to play in higher tempo, ade individual skills, team spirit, talented goalkeeper and high mental attribute such as determination and concentration,& tough and discipline defends.


Yeah, glory-glory man united, hiksss! 



Ps : Erk, saya cool ke? hihi. *perasan!*

Okbai, till then we meet again. :)

Pesta Seks? Giler tadak otak ka wei!

Assalamualaikum wbt...

Fuh penat saya menggodek alam dengan gigihnya untuk menukar background blog terchenta ini! Ok fine, saya tak pandai membuat dan mendesign header dan template sendirik..Sobs...sobs..sobs.. Anyone yang baik hati tolong buatkan header untuk saya tak, Put up ur hand please? =.=

By the way, udah baca berita hari ni? Haa, tengok tu. Kemain lagi hengko, gosip artis bukak, website lucah bukak, ni isu semasa ni hengko tak bukak? penting ni wei! Jangan jadik manusia dalam tempurung. Oh please jangan hokay..*apesal saya emosional semacam ni? kehkehkeh*

Actually saya dengan dukacitanya sedey bila baca tajuk depan harian metro hari ni. Subhanallah, PESTA DADAH, SEKS DISERBU. Tahu tak siapa yang terlibat? Yes, university students! Wah, seronoknya melepas tension dipesta seks. Wah, seronoknya geleng-geleng kepala, teguk air arak, cucuk-cucuk dadah. Puasssss! Puas kejadah hengko! Ada hotak silalah pakai dengan semaksimun-maksimunnya ye, bukan guna kepala lutut untuk berfikir.haishhh. Kan dah start membebel. ini ke umat akhir zaman? Tolong la jangan buat macam ni, kalau ditimpa bala, bukan hengkorang saja yang kena. Kita semua kena, yes KITA. Tak tengok tsunami yang berlaku dekat Aceh? Tak ambil iktibar dari sana? Akai ada ka? Tak payah lah kita ni duk perhambakan sangat hiburan semata-mata, keseronokan duniawi tu semua chek oi. MasyaALLAH.. takut saya, sumpah saya takut sangat bila baca berita tu.. Saya takut kita semua akan alami nasib yang sama ataupun lebih teruk lagi dari rakyat acheh sana. Nauzubillah..


Cuba fikir perasaan ibu bapa kita bila tahu perangai anak-anak tak ubah macam syaitan? :( Berubah lah..

http://www.hmetro.com.my/articles/Pestadadah_seksdiserbu/Article, click untuk view harian metro online.


Till then, we meet again, okbai :)