CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, March 15, 2011

chilhood members? gila-gila!

Assalamualaikum wbt...

Sob sob sob, badan penat, mental down, tapi masih bersemangat tulis blog. See, ameklah aku jadi idola wanita berwawasan. haha.

Actually peeps, sejak facebook diperkenalkan ni, macam-macam orang aku jumpa, dari orang yang satu sekolah dengan aku, satu tadika dengan aku, satu kampung, and bla bla lagi la.. Tapi yang menariknya, siap buat group kelas lagi tu, lepas tu mengarut-ngarut je dok bercakap, hehe..Tens admin :)
 
kawan-kawan, ingat lagi tak ragam masa kita sekelas dulu? seronot kan..dulu, muka tak malu, hari-hari main berambat kejar-kejar sekeliling sekolah, pakai kain sekolah pulak tu.kihkih. Bolok harok! Yang dikejar budak laki, yang mengejar budak perempuan. Haih, budak-budak betul..

Kawan-kawan, ingat lagi tak nursery kat tepi dewan sekolah tu? Ala, yang konon-kononnya zoo tu la, tapi haiwan yang ada rabbit dengan 2,3 ekor ikan jek. =.=. Dulu kan, kalo rasa down, rasa tension mesti nak lepak situ, kononnya nak rasa tenang la kan, padahal....Eh, sekarang ada lagi ke tempat tu? Dah lama tak masuk sekolah tu..

Kawan-kawan, ingat lagi tak yang kes nenek kebayan tu kat dewan sekolah tu? kononnya masa tu ada nak buat persembahan apa ntah, lepas tu masa praktis ada orang nampak nenek kebayan, nonsense sangat kan. haha. Tapi kita semua percaya tau, siap pergi tandas tu berteman sampai dua tiga orang.kehkeh..

Kawan-kawan, ingat lagi tak Sir Chandran? Dulu, punyalah takut nak tengok muka dia kan. Dengan misai panjang segala bagai, perut macam tong drum, horor sangat kalau terserempak dengan dia. Tapi tu dulu, sekarang bila jumpa siap boleh senyum-senyum lagi. Handsome jugak sir chandran kalo senyum.haha. ;p


Kawan-kawan, banyak kan kenangan kita semua bersama. Enam tahun bersama, tapi sekarang masing-masing dah besar panjang, ada yang dah keje, ada yang sambung belajar, ada yang dah nak kahwin..Haih, cepatnya masa berlalu. Kalaulah ada rakaman zaman dulu kala, mesti best. Boleh tengok pesen tudung zaman dulu-dulu.hihi.

Tapi apapun yang berlaku, saya sentiasa berharap kita semua saling mengingati antara satu sama lain. Tak kisah la sama ada kamu berjaya atau tidak. Kejayaan tu ada definisi yang tersendiri. Bagi saya, kenangan kita semua satu sekolah rendah dulu sangat best, sebab masa tu la baru nak kenal alam cinta, kehkehkeh..Bukan bukan, masa tu la saya belajar jatuh bangun seorang pelajar. Dekat sekolah rendah jugaklah bakat sukan saya dicungkil. Eh, apa yang saya mengarut ni? Btw, saya cuma nak cakap, saya terharu bila dapat kontek balik dengan awak semua. Nanti ada masa kita buat reunion ye, tapi taknaklah buat kat KBmall, macam budak-budak =.=


Pelish la jangan nak cakap muka saya cute giler masa sekolah dulu. haha.

Psst : kawan-kawan ingat tak kisah cinta dengan dedik dulu? kihkih, puppy love sangat tu.. Kecik-kecik da gatai, lempang nak? Jap, mane dia sekarang ek? ;p

Monday, March 14, 2011

Tersentap dan Menyentap!

Assalamualaikum wbt...

Hai peeps, lama tak jenguk blog. :) Btw, semalam aku ada pergi diner bertemakan arabian nite. Tapi macam biasalah, mane pandai aku nak mix and match attire ni. Pakai baju muslimah sudah.kan kan kan? Gambar will be upload later okay ^__^

Sebenarnya aku sentap bila tengok paper 2,3 hari ni..

11 Mac hari tu, seluruh dunia sentap dengan dugaan ALLAH swt yang maha hebat. Jepun dilanda tsunami. 8.9 skala ritcher tuh, tak terbayang dengan akal fikiran macamna kejadian tersebut boleh berlaku. Subhanallah, Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.

Seingat aku, masa tsunami 26 Disember 2004 dulu pom dah cukup ngeri bagi aku, apatah lagi yang berlaku kat Jepun sekarang ni. Mintak jauh sangat-sangat berlaku kat negara kita.Tiba-tiba teringat gambaran video tsunami lepas, nak berpaut pada apa kalo dah terkontang kanting sorang-sorang kat tengah-tengah laut? Nauzubillah...


Tapi sebenarnya, aku lagi sedih bila dengar lawak-lawak bodoh yang tak masuk akal langsung. Aku pun tak faham dengan masyarakat kita sekarang. Bila baca blog Ustaz Hasrizal  ni, aku sedih.. Sebak rasa dekat dada. Memang betul aku sendiri pom ada terbaca laporan-laporan macam tu. Tapi kenapa sampai macam tu sekali?




Subhanallah. Macam ni ke nak dijadikan bahan lawak? Mana perginya nilai kemanusiaan kita rakyat Malaysia? Ye aku tahu, mereka bukan saudara sesama Islam kita, tapi mereka bukannya kafir harbi yang perlu diperangi. Aku mungkin tak ada disana dan tak pernah merasai keadaan mereka kat sana. Tapi cuba kita bayangkan, keadaan yang bergegaran dekat sana? Seolah-olah dunia nak hancur, mencari-cari ahli keluarga sana sini,cari mak, cari ayah,  tapi takde berita, tangisan disana sini yang rindukan ahli keluarga, tapi akhirnya terpaksa anggap mereka telah dihanyutkan tsunami. :'(


Dan jangan rosakkan nilai profesional anda bila bercakap tentang kemanusiaan.. Kerajaan sibuk bimbangkan ekonomi negara, krisis ekonomi yang bakal berlaku, sedangkan kita lupa, orang disana menderita dan
 ketakutan.


Ya ALLAH, make it easy for them..make it easy for us.



Mintak maaf, saya tahu saya tak sempurna untuk menulis begini...Sekadar ingatan untuk kita semua. Hargai mereka yang ada, kerana dugaan Allah swt itu sentiasa ada, cuma menunggu masa dan ketika. Subhanallah..

Thursday, March 10, 2011

Cikgu Lini Edisi Balik Kampung

Assalamualaikum wbt...


Petang itu cuaca agak suam-suam kuku. Mata yang mula melayu ditiup hembusan bayu kolej enam, UPM di ditenyeh-tenyeh lembut. Pergi ko setan, jangan ganggu mataku yang bundar santek ini. Auww!


Telefon bimbit model E46 itu di capai..Tett..tettt..tettt..

"Assalamualaikum ma..."

"Waalaikumussalam, ha kaklong, bakpo lamo tok tepom ni? Sehat ko?" *kantoi disitu..kehkehkeh.

"Sehat Alhamdulillah..Ma sehat ko? Abah? Adik-adik? Puteh?"

"Ho la, Alhamdulillah sehat belako sini nyo. Bereh ko kaklong dok denu? duit ado lagi?" *ayat-ayat tacing mula dileluarkan..

Sambil check purse, ada 2 henggit...
 " Ado lagi ma, toksoh bimbe la. Duit dale ASB ado lagi sepuloh juta. hehe.."


Then, bla..bla..bla....

"Ma, sero teringat ko rumoh la, nok balik jah sero. Hari tu ado cheting nga pesa ( merujuk kepada abg sepupu ), dio oyak nak balik kapum. Nok ngekor dio la nanti.."

" Oloh, tok payoh la baliknyo, dok study sano la, balik pun buke bukok buku pom. Bule depe stat final doh key?"

" Tapi ma, nok balik jugak kalu pesa balik. Deh deh deh? Plissssssss...Rindu yang teramat sangat ni...."

" Hola hola, baliklah."


Yang menjadi masalahnya adakah encik pesa jadi balik? Silalah doa-doa untuk aku yek. Oho, rindu weh, dah sebulan lebih kat sini ni. Apa khabar la cik puteh aku kat kapung sana? Cukup makan ke tak, bulu-bulu luruh ke tak.. Ahaiii...Apa khabar la family aku..Sumpah tak tahan omsick disini!


Ayu pulak budak dalam gambar ni. Kehkehkeh.


Till then, bai!

Wednesday, March 9, 2011

kisah yang terkasih. Auww!

Assalamualaikum wbt..

Eh apasal ah sejak dua menjak dan bermenjak-menjak ni aku suka guna perkataan auww!? Adakah menunjukkan tahap kegedikan meningkat-ningkat ataupun tahap kegembiraan yang melampau-lampau? Please somenone buatkan thesis about me. ;p

Okey, just ignore the silly things. By the way, keseluruhan family aku tak suka kucing. Bukan lah tak suka haiwan kesayangan Kekasih Allah, tetapi kami satu family malas nak membelanya kecuali abah aku dengan adik aku yang bongsu dat we called him as adik.
Aku ingat lagi, when i was 15 years old..Masa tu abah antar aku pergi tusyen, sekali masa nak pick up aku balik rumah, terjumpa sekor anak kucing yang agak sweet-sweet orange macam tu. So, abah aku kutip dan buang   bawak balik rumah. Siap mandikan, syampukan, sabun segala bagai la. Nasib baik tak ambik skirt baby je buat baju. =.=

Tengahari tu, mak aku pergi buang dekat pasar ikan. =.= Kesian kucing tu.. Penat je abah mandikan kucing tu dengan kasih sayang,auww! See, mak dengan abah totally berbeza. Abah cakap sangat banyak, mak seorang pendiam, tapi stil kekal lagi hidup bersama selama 23 tahun. wooo, jeles. Aku yang baru nak masuk 5 bulan ni pun ntah ke mana, :(


Tapi ntah macamna, hari tu ada seekor kucing putih yang sangat comei, super duper aktif dan sangat menikus. Erk, menikus tu istilah stendet ke? Lantas, abah amik keputusan nak bela kucing tu. Mula-mula mak aku tak setuju, hasil proses pujuk memujuk tarik menarik maka mak aku mengalah. Oyeah, dah ada ahli keluarga baru! Adik apa lagi, tiap-tiap malam pon nak tido dengan puteh tu. :)

Sekarang bukan main lagi mak aku, belikan makanan lebat bulu la, makanan aktif la, whiskes la, suapkan ubat la.. Kalau puteh demam, mak aku yang beria-ria suruh bawak pergi klinik sekarang. Kihkihkih. Hebat betul puteh amik hati mak aku. :)

Mata puteh kaler biru!


Psst : Hari tu ada kawan mak aku nak beli puteh harga RM500, pleaseeee jangan jual.
Mood : rindu puteh ;(


Till then, bai.

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita!

Assalamualaikum wbt...

Hai peeps! Tahukah anda hari ini hari wanita sedunia? Ok, aku baru tahu setelah tengok fesbuk ptg tadi. =.=
Sejak bila hari wanita disambut? Seriusly weh aku tak tahu..! *muka innocent sangat yuuu*

By the way, menjadi wanita sangat besh! ye dok? Mestilah, sebab tu ramai kot lelaki nak jadi wanita ;p
Eh jangan menghina orang, karang ada la pertubuhan dalam fesbuk, "We hate Hasfalini!". Alala, jangan plis, ai gurau-gurau je..
Melalui pengalaman aku sendiri, menjadi wanita sangat seronok. Seronok yang macam mana? Lets check it out!
  • Dapat berpakaian cantek-cantek, sweet-sweet.. Oho, conteng-conteng muka sikit. Sapu lipstick pink, eye shadow ijo, blusher kelabu, Ahaaa...Perfecto de Amor yuuu!
  • Kalau naik komuter, dah ada coach untuk wanita. Tak payah lagi nak berhimpit dan dihimpit oleh kaum jantan. Tapi ada jugak yang still lagi nak berkepit! Huh, mencik ai tengok tau. 
  • Hah, yang ni sulit sikit..Dapat ABC. Tau ABC tu ape? Allah Bagi Cuti...hehehe. Teringat pulak time bulan puasa tahun lepas, kantoi ngan adik aku makan dalam bilik. ^_^
  • Dapat mengandung, beranak, menyusu. Seronot woo..laki ada? Non hadooooo
Sebenarnya banyak lagi kelebihan wanita ni, saje malas nak menaipnya..Karang aku list up kan, ada pulak kaum adam yang jelesnya.  Tapi sebenarnya, setiap jantina yang diciptakan oleh Allah SWT ada kelebihan sendiri. kan kan kan?

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]


 ENTRI INI TIDAK BERGAMBAR :)


SELAMAT HARI WANITA!



 till then, bai!