CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sunday, March 6, 2011

Up up up...dont let them put you down..

Assalamualaikum wbt...
Mata still lagi sembap. ;'(

Satu benda yang aku belajar hari ni, sebanyak mana pom kita sedih, ada lagi orang yang lebih malang daripada kita..
Sementara nak cari ketenangan sambil rilekskan otak..tadi aku pergi foot massage, tukang urut tu buta. Yup, mereka orang-orang buta yang sedang mencari rezeki halal. Subhanallah, kelu lidah aku bila first time tengok diorang. Dan aku rasa diri aku teruk sangat, tak reti sabar dan bersyukur dengan apa yang ada. Makin hari buat aku makin kuat..

Thank you Allah..Again n again thanks to Allah swt..Alhamdulillah Allah masih sayangkan aku. Even Dia buat ujian yang sangat berat untuk aku, tapi still lagi aku dapat kekuatan untuk menghadapinya. Betul kan, Allah sayangkan hambaNya. Allah takkan turunkan ujian di luar kemampuan kita.. :)





Psst : Pergi berurut dengan mata bengkak bagai, tapi takley tipu orang buta tu..Masa dia urut buat refleksologi kat kaki, dia tanya macam ni tau ----->
  1. Kamu ni sakit kepala ke? Ada masalah banyak ni, jangan banyak fikir dik, tak elok untuk kesihatan. 
  2. Ada masalah mata ke? Malam tak nampak sangat kan? Subhanallah, walaupun ada kekurangan, Allah bagi jugak kelebihan kat tempat lain. Betol tu, memang aku takleh drive sangat kalo malam, agaknya rabun malam kot ;p
  3. Tak banyak angin sangat ni, mesti rajin bersenam. Yup, petang-petang kalo tak joging rasa tak best.
Btw, tens a lot dekat frends yang sangat caring dekat aku.  Jangan bimbang, aku dah ok. :)

Saturday, March 5, 2011

Mata habuk masuk lagi ke?

Assalamualaikum wbt..

Baiklah, rentetan dari episod duka seorang aku, pergi kelas memang mata sembap giler, tambah-tambah lagi hari ni hari presentation subjek paling penting dalam hidup. Owh, how strong i am. Petang tadi kol ayahbonda tercinta, terus dapat semangat berjuta-juta. Hey, hipokrit lagi? Meh kasi lempang sikit nak!

Btw, tens dekat semua frens yang kasi aku semangat, yang pujuk segala bagai, ouh i rasa apreciate sangat. Semalam hari yang sangat damn giler, rasa macam diri sangat tak berguna, rasa macam kain burok yang terbiar dekat sinki, yekkss! Tapi hari ni dah lil bit cool down, takde la rasa nak chek henfon 24 hours, tapi tipu lah kalo tak crying on lepas solat kan, stil lagi rasa syahdu dengan ujian Allah swt yang maha berat ni. T__T


Hey, i wanna share you satu quotes yang sgt meaningfull. :)

You don't have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. That's how I define gorgeous. You don't have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem. That's how i would melt. You don't have to be rich for me to love you. Please have a kind heart. That's more than enough for me and my parents too. Nobody's perfect. You are nobody. So you are more than perfect for me :)


Quotes ni aku jumpa dalam blog kakak my besties, kak AMie  :)

 See, masuk habuk memang bahaya, mata yang cantek boleh jadi sepet, nyampah! Lepas ni kena jaga mata elok-elok. Mata hati pom kena jaga, nanti seluruh badan effect ;p


Psst : Ada orang cakap aku kuat, dalam masa dua hari boleh cool down. Hey, jangan tertipu dengan sarcastic punya senyuman la. Senyum cantek-cantek, hati rabak mana ko tahu?



Taknak jatuh cinta lagi. Till then, bai

Friday, March 4, 2011

Cikgu lini bermotivasi dipetang hari

Assalamualaikum wbt.

Bangun pagi-pagi rasa berat kepala. Aigoo..esemen belum siap lagi, mata sesepet-sepetnya. pandang cermin, omaigod bengkak giler okay! By the way, mata bengkak sebab masuk habuk semalam, aku tenyeh bagai nak rak mata, itu sebabnya bengkak. Ade ke orang percaya penipuan ini?huhuhu...





Baiklah murid-murid, hari ni cikgu lini ada satu cerita. * praktis induksi set*..


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.
Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Qhairi : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu Lini : Oh, awak nak tahu ke? Emmm... baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye... mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Qhairi : Baiklah... apa yang saya harus buat?

Cikgu Lini : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang paling cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Qhairi : kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu Lini : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Qhairi : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu Lini : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. Kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.
Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala.

 See, mata cikgu tak bengkak pom.wek ;p


Psst : Sedarlah wahai insan, kasih sayang Allah itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Thursday, March 3, 2011

Apabila sang gadis mula bertemu.auww!

Assalamulaikum wbt..

Hai peeps! Satu benda yang aku percaya bila lama dah tak update blog mesti makin hari makin malas nak teruskan update blog kan.? Haih, ape punya ayat da..

Hari minggu lepas, aku merendek-rendek bersama kawan lama. No, actually should say my besties ever and after. Yup, about 10 years menjalinkan persahabatan dan tak pernah bertekak lidah, eh bertekak? haha, bertikam lidah actually..dan tak pernah juga nak berlagak sombong dan forget each others. Seriusly aku rasa persahabatan yang ikhlas memang akan kekal sampai bila-bila. Ye la, kadang-kadang kita tak jangka kan, sebab lelaki, kawan perempuan terus disisihkan. Wadehel betul! Eh takmo emo-emo, ini adalah entri super bahagia sangat-sangat. Kehkehkeh.

Actually, plan ni dirancang on the spot kot. Si Fairuz ni selalu je ajak aku pergi rumah sewa dia dekat PJ sana, tapi memandang aku wanita yang berkaki lebar berkaliber, jadi masa tu agak kurang lah. Entah kenapa, wekend ni aku memang dah set taknak gangguan dari mana-mana pihak, cancel semua metings segala bagai dan eh dah sampai rumah fairuz? yahuuuuuu!
Actually kami sahabat berempat iaitu merangkap aku sendiri yang super gojes, fairuz ala-ala gojes sikit, sarah yang emm ntah gojes ke tak, dan wiwiey yang ala-ala kak limah, hahaha..Tapi sarah tak dapat plak nak join sebab she was study kat kelantan sana and only 3 of us je yang menggila-gila wekend lepas. You know la kan, bila jumpa kawan-kawan lama, you will soon talk about every single thing that you and your friends did in the past. Lepas tu, gelak ramai-ramai. Ouch, miss dat moment!


Banyak tempat yang kami pergi tau. Snap sana sini, gelak tergolek-golek cari jodoh. Eh jap, cari jodoh? Hey malam tu saya dapat dating dengan chenta hati tau! seronot giler. Tens a lot dekat Fairuz sebab bagi greenlight dating jam 2 pagi sampai 430 pagi! Tapi sebenarnya takla kekok sangat sebab kami semua kan satu sekolah dulu, jadi fairuz dengan ijat eh chenta hati pom dapat borak selamba. kihkihkih, saje nak bagi hint nama beliau kan. ;p


Tadaa! Ini lah fairuz, kawan suka duka sepi lara aku! oyeah, by the way beliau dah keje, The Xtrayian dekat PPUM, sape nak xtray badan, kaki, lutut, kepala hotak segala bagai bole rujuk dengan beliau okeh.

Sedikit ucapan untuk mekyuh :
Yuh, tens tau sebab banyak betul mu wat tubik duit untuk kitore. Aku sie ko mu sebenarnya sebab abes duit gaji mu bule ni. Tu la, sapo suruh kijo dos, kehkehkeh. Aku tokse mu belanja pom, tapi aku sie ko ida la, napok kempis jah perot lapar, bhahahahaha. Aku nak mitok maaf jugak yuh sebab aku masuk gambar mu hok udoh-udoh dale fb. Buke gapo, nanti gak kalu ramai hok suroh ngejah gak, penim la aku nanti, cukup la setakat penim nga boboi sore jah.hahahaha.Paling aku terharu bilo mu bawak aku dating kul 2 pagi tu. seriusly aku suko tapi malu nok tunjuk.kehkehkeh. Btw, tak sabar untuk ke vacation seterusnya! plan g saboh nok? jum la..kihkihkih. Mu sponsor hotel deh? yeay! Eh meta, bakpo muko aku dale gambar tu supo pakai botox jah? haha..kilat molek dop.


Okeh, ni puloks turn ida a.k.a wiwiey. Tapi lebih suka panggil die kak limah. haha. Juz kidding. Beliau still study kat uitm puncak perdana. Hari tu, heading ke shah alam pun sebab nak hantar die balik sana la, See, betapa caring and loving and baiknya kami nak hantar mu ke sana tau tak! Eh jap, bunyiknya cam pakai kereta aku je, haha, tak tak, aku juz driver yang bertauliah sahaja ye deknon semua.

sedikit ucapan untuk kak limah :
Ida ei, sori la kalu mu maroh ke aku dok gurau panggil mu kak limah tu..buke gapo, ado meh etek.haha. Btw da, suggoh aku lagi suko bilo kito using aku mu instead of using as cun giler dgn ida. Rasa lagi rapat dan auww! Ida, mu jange tok ingat tuu, beli krim muko tat nenas ko aku deh. Haha, seronot la hari tu dok, time seronot sekali maso kito dok judi kat i-city tu. Mu ingat lagi dok muko peyuh supo aye berok kapur tokley bear tu? haha, aku tok tergamok nok suko ko dio wei. Tapi takpo, mu pandai la pilih teady bear tu.. comei la, jeles pulok aku. nanti besday aku 20 APRIL ni aku nok teady bear jugok deh.hahaha. Btw, semoga mu bahagio la nga abe z hok semak jetak tuuu. sunggoh mu nga dio song bedooh!

  
Yang paling kiri tuh incik hajar, kawan baru merangkap housemate fairuz. Sangat sportim dan easygoing. kehkehkeh, ayat ambil hati ni jaa. Dopla, sumgoh awok baik, nanti saya nok g umoh awk puloks ni tau! Sori for any kidding yang membuatkan awk sentap, atau tersentap okeh dear :)
Last but not least, tunggu vacation kedua kami okeh!Kepada Sarah jangan jeles-jeles tau. Even kami gelak golek-golek, gosip sana sini, kami still ingat awak tau. Masa pergi makan pom ingat awak jugak, tambah-tambah yang part nak bayar tu, "hurm, kalau sarah ada mesti boleh paw die kan"..ini ayat ida dengan mekyuh tau sarah. Ayat aku tak macam tu, ayat aku macam ni.." kesian sarah tak boleh ikut kita kan, padan muka die..huahuauahua.." ..Takla, gurau je sayang.nanti kita g berkelah sama-sama dekat lata belatan deh.ehehe..

Gambar paling ayu untuk awak tau! :)
till then bai!.

Wednesday, March 2, 2011

HOMEC RESTORAN by SRT :)

Assalamualaikum wbt..

Hai peeps! Sori sori sori lama tak update blog. By the way, saya nak jemput anda semua ke Restoran Homec yang diusahakan oleh student SRT (termasuklah saya sendiri), fakulti Pendidikan UPM.


Dengan hanya membayar RM 12.90 dan mendapat layanan tip top dari pramusaji, makanan yang disediakan juga sedap dan menjilat jari. Makanan akan disajikan course by course. Kami mengamalkan konsep America settings.

Psst : Mana ko nak dapat layanan tiptop macam kat hotel dengan hanya membayar RM12.90?