CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Thursday, September 29, 2011

Limited Edition

Assaamualaikum wbt..

Hargai seadanya diri kita, dan hargai seadanya dia. Saling melengkapi dan saling memperbaiki kelemahan diri. InshaALLAH satu pengakhiran terindah boleh kita miliki. Amin



She keep on trying and trying until
she found a guy who really suit with her. 

 
May Allah loves both of us because we love each other for HIS sake. InsyaAllah. Love u. Love u Allah. :)

Takdir hakikat manusa.

Assalamualaikum wbt..

Ada banyak hal dalam hidup ni yang membuat kita akhirnya duduk terjelepuk, termangu dan terkelu seketika. Entahlah, dari hal yang remeh temeh sehingga hal yang seberat  alam. Susah untuk kita menentang arus takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Walau kita berusaha sedaya upaya pun, jika Allah swt tidak membenarkan itu berlaku, maka itu yang harus kita redha. Yes, Allah knows the best.

Pagi ini saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang sahabat sekampung, sepermainan, yang selalu gurau senda *masa kecik. Saya tahu arwah menderita sakit kanser otak. Bila tahu je terus kena last stage.Subhanallah, begitu hebat kuasa maha suci Allah swt... Saya doakan semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman. Amin..

Arwah dalam kenangan.


Kadangkala kita tak jangka apa musibah yang akan menimpa kita. Bab kata budiksurianto, Allah nak test iman kita, sama ada kuat atau makin lama kita surrender dengan ujianNya. Ramai kawan-kawan sekeliling saya sudah dipanggil menghadap Ilahi. First time saya kehilangan kawan baik, saya menangis habis-habis. Tidak, saya tidak menangis sebab saya tak redha dengan pemergian arwah, tapi saya sangat terkilan sebab saya tak sempat tengok arwah untuk terakhir kali. Semoga arwah Ira tenang disana...

Dari ALLAH kita belajar tentang arti KASIH SAYANG,...
Dari AIR kita belajar kETENANGAN
Dari BATU kita belajar kETEGARAN
Dari TANAH kita belajar kEHIDUPAN
Dari Kupu-kupu kita belajar MERUBAH DIRI
Dari PADI kita belajar RENDAH HATI

Melihat KEATAS memperoleh SEMANGAT untuk MAJU,
Melihat KEBAWAH membuat kita BERSYUKUR dengan apa yang ada
Melihat ke KESAMPING memberi SEMANGAT KEBERSAMAAN
Melihat KEBELAKANG mengenang PENGALAMAN yang BERHARGA
Melihat KEDALAM membuat kita KOREKSI DIRI
Melihat KEDEPAN kita bisa jauh LEBIH BAIK(InsyaAllah)
Melihat CERMIN, kita TAHU siapa diri kita yang sebenarnya dan mau kemana setelah ini.
Jadi begitu la, takdir dengan demikian adalah keputusan dan ketetapan Allah swt yang pasti terjadi..

Till then, we meet again :)
mood : sedikit sebak. Al-fatihah
 

Saturday, September 24, 2011

Untuk kawan-kawan yang bersedih ^__^

Assalamualaikum wbt...

Hello pretty and handsome, how was your weekend?I'm freaking bored, seriusly! Tapi setakat ni Alhamdulillah sebab walaupun bosan tapi saya masih lagi diberi kesempatan olehNya untuk teruskan hidup dengan penuh gembira. Ecece #kenapa tiba-tiba hasfalini menjadi begitu skema? By the way, a thousand sorry for all of you sebab dah lama tak update belog. Maklumlah, makin lama, kuliah makin sibuk, hidup penuh huru hara, bangun pagi terus gegas masuk toilet, pung pang pung pang terus pergi kuliah, balik kuliah terus digoda oleh bed yang super lembut. Yeah, Im busy having such a great life. Friends, family, assignment, and all that..Eh tak lupa jugak dekat boifren tercinta, auw! It such a wonderful. Trust me. Hihii. *eh, macam ada orang nak follow kau kan, perasan!



You can't change what has already happened so don't waste your time thinking about it. 
Move on, let go and get over it.
 
Lately, ramai sangat yang suka post status sedih dalam fesbuk. Saya tak suka baca. Serius. Bila kau sentiasa selubungi hati dengan kesedihan, kau sebenarnya mendownkan diri kau sendiri.. Be strong and be tough. Sentiasa ingat Allah swt, he knows the best for you. :) Sometimes you have to smile and pretend everything is okay, hold your tears and just walk away. Simpan kesedihan dan act like clown dengan harapan someone's day become a liltle brighter. ♥♥♥   InshaALLAH.



Till then, we meet again. Babai

Monday, September 19, 2011

Al-kisah kenapa puteri cinderella tidak turun jogging pagi tadi.

Assalamualaikum wbt...

*Stori ini adalah khas dibuat untuk mengelakkan sebarang prejudis buruk kepada tuan tanah blog paling cun abad ini ----> Hasfalini.blogspot.com. :)

Ok, pagi tadi, lena mimpi saya dikejutkan dengan sebuah mesej, tett tett

Fake Putera Raja : Subuh..subuh...
Cinderellacungiler : Ye ye, dah bangun ni. Tenkiu. :)

Fake Putera Raja : Yeke bangun doh ni?
Cinderellacungiler : Ho la, dah tu, takkan hantu pulak yang balas mesej ni. :$

Fake Putera Raja : Jum g jogging nok?
Cinderellacungiler : Malas wei..

Fake Putera Raja : Sampai hati, malas g majlis kawen mu!
Cinderellacungiler : Olo, tok berkait lasum! Sebenarnya kasut sukan aku tak basuh ag lepas masum hari tu.. ;p

Fake Putera Raja : La, bukan nak g jogging kat the mines, kat padang kawad je pun, bukannya ada orang nak kerling ko mu pom!
Cinderellacungiler : Zzzzz *dibuai mimpi. Har har har.

Ok, sebenarnya begini, disebabkan tiada perancangan yang rapi, maka cinderellacungiler a.k.a SAYA  telah men'mindset'kan untuk tidur selepas solat subuh *oh teruknya ;p Bukan la saya malas nak jogging, TIDAK..saya suka jogging tapi kalau boleh biarlah jogging di petang hari. Selain dapat menghirup udara segar dimana anginnya sepoi-sepoi bahasa, saya juga dapat menyegarkan mata dengan mengusha lelaki yang baru balik kuliah, hikss! Ok tipu, saya suka jogging petang hari sahaja, pagi tak suka sebab sangat seejjuukkkk..Got it? Guddd.

Ok next adalah berkenaan kasut sukan saya yang tidak basuh. Op kosh la tak best nak jogging kan. =.= Kalau jogging dengan kasut yang bersih dan selesa, maka bertambahlah keyakinan saya untuk meneruskan larian. Ibaratnya begini. Kasut suci dan selesa = 3 lap larian = lebih kurang 2.4 Km, whoaaa hebatkan? Ehemmmm.. Kasut kotor dan tidak selesa = 1/2 lap larian = 0.8 Km.. See, rugi kan? So, attire mesti first class :)


Seronok woi jogging kat balapan. :)

Okbai, till then we meet again =.=

Sunday, September 18, 2011

Ceramah Ustaz Azhar Idrus? Kahkahkah

Assalamualaikum wbt...

Ok fine, saya kena sound setepek dengan incik TripleA akibat terlebih perasan dalam entri lepas =.=. Kihkihkih, hey normal la tu kan ;p

Awak semua pernah dengar ceramah agama tak? Mesti pernah kan. Ok ok, if bukak youtube, video ape yang selalu jadi tontonan? Hah? justin bieber, oyeah man, baru Amerika beb! Hotak mu! sekali sekala ni kita bukak la ceramah-ceramah agama sikit. Ala, tak lama, sekejap je. Dan jenis saya pulak kalau online youtube mesti nak dengar ceramah dari ustaz Azhar Idrus. Seronok, makin lama dah jadi macam satu kebiasaan pulak. Bukan la saya nak show off, "eh eh baiknya as sekarang". "Ele, dengar ceramah pom nak gebang-gebang dekat orang, ape celop?!" No no no. saya takde niat pom cuma saya nak suggestkan la antara ceramah agama yang best didengar dan tak memboringkan.

Tak percaya, cubalah!

Ada satu video yang saya paling ingat adalah video tips untuk anak menantu yang datang ke rumah. Memang lawak habis la. Ok cenggini la gambaran dia.


" Kalu bakal anok natu laki datang jalang ke umoh pakai gelang ngan rantai, tok tue wat kluor air nyo (air kelapa), haa bila anok natu tanye, doh nape ayoh jamu air nyo ey? Jawabnya ayoh, BERUK je hok pakai gelang ngan rantai neh." hahahha..

Memang ustaz Azhar Idrus ni teramat la pekat bahasa Terengganu dia, tapi boleh lah faham lagi sikit-sikit tu.. Haih, cakap saja tak guna, saya upload 2,3  video yang bagi saya kelakar habis lah..Selamat tonton peeps ;p



Haa, yang ni video penerangan mengenai cara nak tangani isteri yang suka tak tutup aurat. Hihi, lawak-lawak ;p


Ini satu lagi..Yang hairannya, ade jek ustaz wat lawak kutuk perempuan. Most of his video memang asyik kutuk perempuan tau, tapi semua yang ustaz cakap memang betul pom. Jum kita dengar dan jadikan ianya satu nasihat berguna. Lawak, lawak jugak, input kena ambil kan =.="

 Last, video kelebihan orang perempuan.. Jarang sangat kott..



Okbai, till then we meet again :)

Saturday, September 17, 2011

Perempuan yang minat bola sangat cool ;p

Assalamualaikum wbt...

Saya tahu niat incik Amier sebenarnya nak memuji saya kan. kihkihkih. Tapi nanti kalau puji on direct kang kena marah dengan mister awek dia pulak so beliau pun mengutarakannya secara overall. *ala, cakap je la depan-depan aku ni cool, auw!*

Lately, saya agak ketinggalan sikit bila berbicara tentang bola. Al-maklumlah, bila dah masuk kuliah ni, kadang-kadang terlepas nak tengok berita, nak baca paper pom malas-malas. Tapi mujuq juga lah bukak blog, kadang-kadang tu ada jugak blogger yang announce kan result terkini EPL match dengan Piala Malaysia, dapat juga tahu serba sedikit kan. Toce-toce braderr.

Anyway, i'm fans of arsenal. tapi tapi tapi kenapakah team ini selalu kalah sejak akhir-akhir ini? Itu hari main dengan Man United kalah 8-2 wooo, dan dan malam ni pulak kena dengan blackburn. Oh hancur berderai hatiku. Come On Arsenal, go go!
 *harap-harap next game will be better, oyeah!*

Oh hensemnya incik-incik hero saya, aummm!

Tapi sekarang saya sebenarnya dah kena bahagi hati untuk support Man United pulak. Memandangkan incik boyfren fanatic fans of team itu, jadi saya secara paksa rela kena minat Man U pulak, HARUS KE DIPAKSA INCIK BOYFREN? haha.. So sori incik-incik Arsenal hookay. *sapa suruh hengko selalu kalah kan?* Dan saya rasa kemungkinan besar Man United akan menang game esok dengan Chelsea, kan? Nak tahu kenapa?

Scroll down pleaseee..: ( idea diciplak sebijik-bijik dari blog incik Triple A yang hensem. kahkahkah )

1. sekarang ni rekod tanpa kalah dan tanpa seri dipegang oleh team Man utd..termasuk kemenangan besar terhadap arsenal 8-2 (oh malu nak tulis, demmit!) dan bolton 5-0.

2. persembahan mereka lebih konsisten bagi setiap perlawanan..yela, menang je asyik-asyik..skor pulak banyak.

3. key player : wayne rooney..of course, he is a great player though..boleh dikatakan, if chelsea lawan man u, ade je mamat ni skor..kene pulak, dh dua match die hatrik.

4. susah nak mencari kelemahan team ini, sebab they are like a perfect team..all attributes are belong to them..like to play in higher tempo, ade individual skills, team spirit, talented goalkeeper and high mental attribute such as determination and concentration,& tough and discipline defends.


Yeah, glory-glory man united, hiksss! 



Ps : Erk, saya cool ke? hihi. *perasan!*

Okbai, till then we meet again. :)

Pesta Seks? Giler tadak otak ka wei!

Assalamualaikum wbt...

Fuh penat saya menggodek alam dengan gigihnya untuk menukar background blog terchenta ini! Ok fine, saya tak pandai membuat dan mendesign header dan template sendirik..Sobs...sobs..sobs.. Anyone yang baik hati tolong buatkan header untuk saya tak, Put up ur hand please? =.=

By the way, udah baca berita hari ni? Haa, tengok tu. Kemain lagi hengko, gosip artis bukak, website lucah bukak, ni isu semasa ni hengko tak bukak? penting ni wei! Jangan jadik manusia dalam tempurung. Oh please jangan hokay..*apesal saya emosional semacam ni? kehkehkeh*

Actually saya dengan dukacitanya sedey bila baca tajuk depan harian metro hari ni. Subhanallah, PESTA DADAH, SEKS DISERBU. Tahu tak siapa yang terlibat? Yes, university students! Wah, seronoknya melepas tension dipesta seks. Wah, seronoknya geleng-geleng kepala, teguk air arak, cucuk-cucuk dadah. Puasssss! Puas kejadah hengko! Ada hotak silalah pakai dengan semaksimun-maksimunnya ye, bukan guna kepala lutut untuk berfikir.haishhh. Kan dah start membebel. ini ke umat akhir zaman? Tolong la jangan buat macam ni, kalau ditimpa bala, bukan hengkorang saja yang kena. Kita semua kena, yes KITA. Tak tengok tsunami yang berlaku dekat Aceh? Tak ambil iktibar dari sana? Akai ada ka? Tak payah lah kita ni duk perhambakan sangat hiburan semata-mata, keseronokan duniawi tu semua chek oi. MasyaALLAH.. takut saya, sumpah saya takut sangat bila baca berita tu.. Saya takut kita semua akan alami nasib yang sama ataupun lebih teruk lagi dari rakyat acheh sana. Nauzubillah..


Cuba fikir perasaan ibu bapa kita bila tahu perangai anak-anak tak ubah macam syaitan? :( Berubah lah..

http://www.hmetro.com.my/articles/Pestadadah_seksdiserbu/Article, click untuk view harian metro online.


Till then, we meet again, okbai :)

Friday, September 16, 2011

Mahukan bibir yang seksi dan mungil? Auww, ini jawapannya!

Assalamualaikum wbt...

Bukak fesbuk pasti ada beribu-ribu perempuan yang letak gambar dengan muncung itiknya kan. *erk, bajet cun la kot*. Ye, boleh nak bergambar dengan muncung itik tu, tapi agak-agakla,takkan gambar seksiseksabajetcun pom nak tunjuk kat orang kot. Haish, tak elok deknonnya. Jangan la jaja tubuh badan dekat fesbuk. kita tak jangka apa akan berlaku depan hari. Itu hari saya baca kosmo, dah ada berita perempuan kena sihir gara-gara gambar difesbuk. Nauzubillah, mintak jauh ye. Takut saya dengar, bukan apa. sebagai cikguwannabe saya rasa bimbang dengan masa depan dan pemikiran remaja zaman sekarang. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita ye, amin.. ^__^

Scroll up tajuk saya, seram pulak membacanya. Bukan apa, bunyi ala-ala blog lucah la pulak. hihi. By the way, saya nak share tips pelihara bibir sebenarnya. Al-maklumlah, perempuan ni selalu didedahkan dengan penggunaan lipstik, jadi kadang-kadang kalau tersalah memakai lipstik yang tidak sesuai dengan bibir, alamatnya bibir nampak hitam kan. Ish ish ish kesian..Jum kita sama-sama memelihara kecantikan bibir agar terserlah keseriannya sentiasa! auwwww!

Tips 1 : Amalkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Haa, tengok betapa pentingnya sayuq kat kulit badan kita ni, jadi kepada siapa yang tak makan buah, tak makan sayur tu cepat-cepatlah berubah. *ini lebih kepada pesanan untuk diri sendiri yang tak makan sayuq, erk, larikkkkkkk!*

Tips 2 : Elak pakai gincu yang berlebihan. Hamboi, kemain lagi ko nak melaram kan. Punyalah sapu lipstik tu dekat sepuloh lapisan! tu dia, tebal punya lipstik tuh. Jangan adik kakak, lebam nanti bibir seksi kita tauuw. *agaknya kalau tebal, lipstik tukar baru seminggu sekali kot, hahaha.*

Tips 3 : Hindari tabiat menjilat bibir. Hah, ini yang paling paling paling common orang selalu buat! Sebenarnya kalau selalu jilat bibir, lagi la akan kering. Tak percaya? cubalah! merekah-rekah nanti bibir u olls tuw.ayooo tak tahuu. *Habit saya adalah gigit bibir, err takpe kan. hihi.*


Tiba-tiba perasan seksi sebab suka gigit bibir, auwww!


Tips 4 : Gunakan pelembap bibir yang sunblock ketika siang hari. Kebiasaannya, orang hanya memilih lip ice atau lip gloss atau lip balm atau segala macam lip lagi berdasarkan warna je kan. Jadi kali ni, jum kita ubah persepsi untuk memilih pelembap bibir. Haa, kalau malam tu sapu lah jugak pelembap bibir tanpa warna sebelum tidur semata-mata untuk memelihara kelembapan bibir. Sape nak cantik? ahkakk jugak. So, rajin rajinkan diri anda.hihi.

Saya suka pakai Vaseline! ^__^
 

Tips 5 : Dan yang terakhir adalah jeng jeng jeng! Lepas gosok gigi, cuba pulak gosok bibir dengan berus gigi anda tu, haa selain menremovekan sel-sel bibir kering, ia juga boleh melancarkan peredaran darah disekitar bibir. Menarik kan?


Ok, itu saja petua pertama dari hasfalinicungiler. Till then we meet again. Okbai. :)

Kalau hebat di dunia, belum tentu masuk syurga kan?

Assalamualaikum wbt...

Selamat hari jumaat semua. Yeay, hari ni public holiday kan. Kemana kah anda semua? Menyambut hari 1 Malaysia ke? wah, bagus gituww nyah. Hari ni saya telah berjaya menjejak kaki ke Uia gombak. Ok fine, saya sangat jakun di sana hokay, al maklumlah first time sampai di uia. Lawa kot bangunan dia dan baru saya tahu kolej kat sana di panggil Mahallah. Unik gituuw. Giler teruja kot mula-mula masuk main gate sana. And last things yang saya kagum adalah pak guard sana sangat berdedikasi ala-ala ketua pengawas sekolah menengah saya dulu.=.=" Serius! Setiap lori atau bus atau menatang kenderaan yang besaq-besaq mesti diorang akan catit no plat dalam buku nota 555. Wah, dedikasi kan? Pak Guard hengko ado? Upm nak buat macam tuu? Tunggu kes kecurian besar-besaran dulu lah kak limah wei. haha..

Itu hari saya naik teksi masa on the way pergi bangsar, ada appointment braces. As you know, pemandu teksi ni kalau yang jenis ramah, jenuh dok melayan cerita-cerita dia, kalau yang jenis senyap tuh, senyap la ke sudah. Dan kebetulan pulak saya dapat pemandu teksi yang talktive sikit lah. So mula-mula tu saya layan la.. We talks about the career of his sons, a doctor, an engineer and the most common pom jadik guru. Wah, bangga betul pakcik tu dengan anak-anak dia. Saya pom tumpang syukur jugak bagi pihak pakcik. Tapi lama-lama, saya dapat detect somethings wrong. Eh apehal pakcik ni macam nak bagitau saya seolah-olah hebat sangat anak-anak dia. Tak elok pakcik macam tuuu, nak didik anak-anak mesti adil dunia akhirat. *saya cakap dalam hati je la.kihkihkih. 

 Ye la, dunia sekarang terlalu ramai yang memandang harta juta-juta, pangkat setinggi gunung, rumah sebesar alam, badan secantik miss universe, erk macam tak berkaitan jek ni. haha, uih uih, buat apa semua tu? Ok let say kalo awak banyak duit lepas tu bersedekah, ingat orang yang lagi susah, bantu golongan miskin, ha itu bagus. Ini tidak, kita sekarang enak-enak saja gembur sana sini menunjuk-nunjuk harta kita, tapi bila time bersedekah, hareemmm nak tunjuk muka? Ada, ada yang buat macam tu, tapi sikit sangat lah. Boleh dikira dengan jari jemari halus i ni. *cewahh. 

Jadi seeloknya, tak payahlah kita nak berbangga dengan apa yang kita ada. Syukur, ucap Alhamdulillah sebagai tanda kita berterima kasih pada Allah yang maha baik hati. Tanpa DIA, kita takkan kemana. Trust me. Kalaupun anda hebat macam mana sekalipun, belum tentu masuk syurga kan? :) Jadi imbangkan lah dunia akhirat kita. Amin....


Ps: Entri untuk ingatan diri sendiri jugak. Peace =.="





Sumber : Incik Google :)









 

Thursday, September 15, 2011

Ilmu

Assalamualaikum wbt...

Hallo peeps, how was your thursday? Anyway, hari ni paling spoiled dalam seminggu kuliah bermula. Mula-mula kejadian bangun lambat lepas tu rushing gila angkut segala bakul toiletteries masuk toilet, pung pang pung pang siap mandi. *oh perkara yang paling saya tak suka adalah kena mandi cepat-cepat, serius!* =.=
Then bla bla bla, masuk petang, topup pulak buat hal, arghh rugi spoloh henggit, hangin wei. malam pulak berbuka puasa nasi takde, huwaa.. sedey mak hokay. Ok fine, mukadimah yang super bosan. Tett.

By the way, awak semua dah daftar sebagai pengundi? Oh i guest i dah berdaftar last sem tapi bila check tadi rupanya nama saya belum ada dalam list.So cepat-cepat lah daftar ye hasfalini. :)

Bercakap soal politik dan kewajipan mengundi, saya dapat banyak sangat ilmu yang sebelum ni saya tak pernah terlintas pom untuk mencari. Yes, ilmu mengenai politik. Saya dengar dan dengar tapi otak berputar fikir kelogikan dan kebenaran dalam kata-kata kawan saya. Saya tak layak berbicara politik, langsung tidak. Banyak benda yang kadang-kala diputar belitkan oleh media. Pity us sebab kita sebagai rakyat Malaysia tak dapat tahu benda sebenarnya yang disembunyikan oleh mereka-mereka yang hanya pentingkan diri sendiri. Ok cukup, nanti blog kena banned. kihkih. Politik? mengarut. i have been reminded myself that whatever happens, never lose our handhold. InshaAllah.


Saya rasa saya buat entri paling bosan abad ini. Ok bai.

Wednesday, September 14, 2011

Yes, New Hasfalini was born :)

Assalamualaikum wbt..


Sila lihat tajuk besar-besar, bukak mata luas-luas. *over bukan?* kuikuikui.. By the way, saya akan memulakan penulisan blog dengan imej yang baru. Ye, imej yang lebih bersih dan berilmiah dan bertamadun dan juga bla bla bla what so ever la kan. Contohnya paling ketara adalah penggunaan kata ganti nama, dulu asyik guna gua, aku...dan akhirnya saya memilih untuk menggunakan SAYA. Kenapa saya? Biarlah ianya menjadi rahsia. ececece. Lama saya meyepi, mencari identiti diri saya, mencari ke arah mana yang perlu saya tuju.


Saya mahu berubah, saya mahu menjadi orang yang matang, orang yang sentiasa redha ke atas segala ketentuanNYA. Jika sebelum ini, saya sering memberontak, saya sedih, saya marah, saya menangis dan paling keterlaluan, saya menjadi manusia yang sensitif, cepat merajuk.. Alhamdulillah, this ramadhan telah menganugerahkan saya suatu perasaan yang saya tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Tipu jika saya katakan saya telah berubah dengan sepenuhnya. Tidak, masih ada perangai-perangai keterlaluan saya, tapi saya masih berusaha, berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik sebab saya malu dengan diri saya sendiri. Saya renung langit dijunjung, saya pandang tanah yang dipijak, saya rasa amat kerdil, tersangat malu dengan Tuhan yang Maha Agung, Allah swt. Semoga kita semua memperoleh hidayah dan petunjuk dariNYa. Amin :)



And please all my lovely friends, jangan sangka saya baik, nope..i'm still wearing jeans, t'shirts, hang out dengan boys, it is still me. Still lagi as yang dulu, yang lepak sana sini, yang still gelak ketawa, nothings differents okay dear. :) Ianya suatu perubahan dari hati....Alhamdulillah, tenkiu Allah. 



till then we meet again. InsyaALLAH :)


love all <3