CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Friday, February 25, 2011

girls power go go!

Assalamualaikum wbt...

Hai peeps! Sori la gua lama betol tak hupdate belog. Biasa babe, wanita bekerjaya. Haha. By the way, wekend lepas aku berpesta sebab johan bola baling Upm. Seronot+giler+vavi okeh! Ok behave as. Ditambah-tambah lagi keseronokan having dinner bebudak SRT dekat Maeps Mardi, UPM. Terharu sangat bila dapat pujian melambung-lambung dari majoriti lecturer yang datang malam tu. *big claps untuk kosmate aku*

Sebahagian daripada kosmate aku yang GOJES malam tu. =.=

Bertemakan putih merah, puan-puan Mc yang super cool dan selamba tahap gaban, memang meletops amat event malam tu taw. Tapi actually aku nak susun sepuloh jari kecil dan cute aku ni nak mohon ampun kat kosmate-kosmate aku sekalian, sebab petang tu aku dah penat dan hampir *fengsan* berjuang untuk game final, jadinya malam tu aku memang layu-selayunya. Ampunkan ahkak nyah oi.


Layu tetap layu, pose tetap pose okeh! *walaupun muka hitam sunburn abes, kaki dah tak exclusive bagai...uhh, bila nak putih ni*
psst : Tuan pengarah, event next time kite tukar ahkak potograper nama hafizah boley? tak banyak pom amek gambar saya, huh! kita bako je.bako!

Ucapan sikit :
Jadinya, saya selaku manusia picisan yang sering menyokong dikutuk bebudak SRT sem 6 ingin memohon ampun sekiranya ada yang tidak berpuas hati dengan pengurusan bus. haha. Padan muka korang. Eh tak, bergurau je. Anyway, semoga kita semua dapat bersatu dan dapat membuktikan bahawa kita semua adalah batch yang terbaik. Dan bukan lagi bakal cikgu yang lemau dan tak aktif. Yeeha! Dan mari kita semua sama-sama berjuang untuk projek katering yang bakal kita jalankan minggu depan. Ayuh semua! *sambil diiringi lagi bersatu kita teguh..bercerai kita roboh...ekeke*. Kita bako! Kita bako!


till then, bai!

Berminat? Taip As Cun hantar ke 32333. Bai.

Thursday, February 17, 2011

Sori mori

Assalamualaikum wbt...

Hye peeps, lame betul kot aku tak menulis blog. Around seminggu++ aku tak update blog. Seriusly tak sempat weh, minggu test memang menyeronokkan. Tambah-tambah bila test berturutan setiap hari. Ish ish ish, penat betul otak!

Okay, what to say..hurmm. Btw, minggu ni perasaan agak sedikit terkejut dengan pemergian coach volleyball aku. Mangsa maut akibat langgar lari. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Encik Khairul Azra.

Al-Fatihah..
Semoga roh abang khairul dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..

                                                                           
                                                                             *****

hurm, lagi nak cerita pasal ape? Ok good, hasfalini ada study esok pagi jam 8, and i still berblogging tak ingat dunia. But anyway, saya rasa bersyukur sangat sebab dikurniakan hari yang sebizi-bizi begini.*dey, apa punya bahasa ko guna ah*. Bila rasa diri amat bizi, dugaan dan tekanan yang datang make me betul-betul menghargai wekend yang ada, ^___^

Actually, tak berniat nak hupdate panjang-panjang pom, just nak sapu sawang kat blog sikit. Seronok baca blog enchek ni, gelak bagai nak rak. Sila-sila lah baca, konpem geli hati.kehkehkeh. 

Friends!, Do pray for me okeh!
Mama Abah, i promise and i will keep that promise. Luv u both! *hugs and kiss*

Tempek gambar penaja dulu ;p


till then, Bai!

psst : be strong for me, love!

Tuesday, February 15, 2011

Contest Pose Menarik

Assalamualaikum wbt..

Heyhoo, selamat Hari Maulidur Rasul :). Btw, hari ni nak menyerikan lagi blog kesayangan dengan menyertai Contest Pose Menarik anjuran kakak cun Nuralyn ^_^
Selalunya saya, kalau posing memang hancur. Tak reti posing, kalau pose depan cermin kereta kebal dekat mesir sana, mesti tentera boleh angkat bendera putih sebab cermin mudah pecah. =.=
Tapi even tak pandai pose, ada simpan hasrat nak beli dslr sebab selalu pikir kamera mahal, gambar yang burok boleh nampak santek kan. haha.



Jum terjah iklan Contest Pose Menarik!

Jum join ramai-ramai. Click HERE

Jadi gambar yang dipertaruhkan adalah....jeng jeng jeng!


Diharapkan kak Nuralyn dapat mempertimbangkan satu-satunya gambar pose yang paling matured abad ini.kehkehkeh, :)

Dengan ini, saya tag :



Monday, February 14, 2011

Contest Candid Terbaik

Assalamualaikum wbt...


Kalau nak join, click SINI

Ahaks! Ada pom gambar candid, penat saya cari. Jarang betul nak ada gambar candid ni :). Gambar syok sendiri adalah. haha. 


By the way :
  • Gambar ini diambil masa pergi kursus kepimpinan dekat Langkawi, tapi kalau tengok background macam belakang umah je kan =.=
  • Bersama dengan saya ini adalah kawan baik saya merangkap my heart beats kat upm ^___^
  • Gambar candid paling disayangi sebab kelihatan begitu kurus dan menawan. Auww! 
  • Eh jap, gelang kat tangan tu dah hilang tau. Ok tak berkaitan. tu jek. :)
  • Di harap kakak lawa dapat mempertimbangkan gambar ini. tenkiu mikiu.

Dengan itu, saya tag : Amier, Puding dan cikpuan  ^___^



SAYA NAK HADIAH DARI MOMMY

Assalamualaikum wbt...



Jum join GA dari Mommy. Just click HERE ^____^

Mommy cakap, lagi ramai orang lagi banyak hadiah dia nak bagi. 
Apa lagim jum ramai-ramai turut serta, oyeah!

psst : Mommy, as nak hadiah tu boleh, macam spesel jek, 
nampak gambar dah macam tak keruan je.hehe :)

Dengan ini, as tag : Que, Adila dan Iskandar :)

Tote Boutique Giveaway

Assalamualaikum wbt..

Hai semua, mari dekat, mari dekat..Jum join GA ini ^_____^



klik SINI untuk join :)

Period : 10/2/2011 - 28/2/2011
- 4 pemenang bertuah akan memenangi
:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher
(setiap pemenang)

How to Enter
-------@------
- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)
- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini
- berikan link anda untuk entry ini
Pemenang melalui Random Org
 
 
 
okeh, itu sahaja 
Gud luck untuk Hasfalini.kihkihkih

Saturday, February 12, 2011

memories of chillhood days - SMIP

Assalamualaikum wbt..
 
Hey, sapa tak rindu zaman sekolah, angkat tangan? Tipu la kalau korang sume seronot giler belajar dekat unibasiti. Kalau teringat zaman alam sekolah rasa nak tido sepanjang hari mimpi doraemon datang bawak peti masa. Dulu sebelum aku masuk mrsm, secondary school aku dekat SMIP. Sekolah ni sekolah elite jugak la, tapi memandangkan aku bukan la budak pandai macam Que , aku masuk sebab sukan. =.=
Btw, dulu aku budak hostel. Rumah dekat je, tapi sebab intake aku berbeza dengan budak lain jadi warden prefer aku duk hostel, kononnya nanti senang nak training. Masa stay hostel dulu takut, dorm macam satu tempat bertapa yang seram sangat. Tambah-tambah bila waktu malam. Dulu bed-mate aku kuat mengigau,haha.Taknak la cakap sape kan..
Masa duduk hostel dulu, paling aku tak suka kakak DS (dewan selera) sebab apa tau, diorang selalu pilih kasih dengan budak laki. Kalau budak laki, ramah mesra je, silap-silap makanan boleh dapat lebih. Dengan budak perempuan? Harammm...!
 Dulu, lepas sekolah tak sabar nak balik hostel tau. Bukan sebab lapar nak makan, tapi sebab nak usha budak laki time makan. =.=  Hari jumaat makan paling best sebab ada ais krim dengan nasi minyak.

Aku Ingat lagi masa awal form 2, aku duduk dorm atlet tau. Nama dorm tu dorm SAODAH, tingkat 2. Kalau hari jumaat wajib pergi solat subuh dekat surau dan dengar tazkirah. Kitorang selalunya bangun awal bukan pergi solat kat surau, tapi bangun sebab nak skodeng budak laki mane yang pergi solat. Usha slow-slow melalui jeriji tingkap. haha. gatai ok. Aku ingat lagi yang bagi tazkirah subuh, Ustaz Roslan. Ustaz ni selalu kena banned dengan student. Mulut dia sangat super duper laser. Budak laki selalu kena dengan dia. Nasib baik tak pernah belajar dengan dia. =.=

Sekolah smip dulu best. Pernah sekali dua jugak aku ponteng kelas. Kelas selalu aku ponteng kelas BM, masa tu aku form 2. Cikgu Tengku Osman yang mengajar. tapi selalunya kitorang panggill cikgu TOS. Bosan betul kelas tu wei, dia sangat alim sampaikan mengajar budak perempuan pom tak pandang kami, asyek pandang kipas je. huhu.


Kawan-kawan dekat smip pom best giler tau. tak macam kawan zaman unibasiti. Bila agaknya nak buat reunion? Aku tak sabar betul nak jumpa korang semua. Even aku school kat sana tak sampai form 5 pom, aku rasa tu lah sekolah yang betul-betul meninggalkan banyak kenangan. Nanti nak buat reunion ajak aku tau ^_^

sebahagian daripada kawan-kawan saya :)


p/s: chenta hati pom budak smip jugak.kihkihkih. Sesi usha masa makan kat DS berjaya!

Friday, February 11, 2011

Niat dihati nak cari ketenangan :)

Assalamualaikum wbt..

Fuh fuh fuh, sapu sawang sikit kat blog comei ni..ok dah. Kalau sape-sape yang kenal aku secara rapat mesti tahu aku ni jenis yang suka cari pasal dengan orang. Tak kisah la samada aku yang salah dulu atau kau yang mulakan pergaduhan, aku takkan sekali-kali mintak maaf. Hati batu? Yup, memang aku hati batu.

Intro entri dah nampak macam emo kan. Tak la, aku sebenarnya tengah muhasabah diri. Sejak jatuh cinta akhir-akhir ni aku banyak fikir mengenai masa depan. Mungkin secara luarannya aku still lagi nampak chilldish, tapi jujurnya aku rase dah semakin matang. Banyak benda aku fikir secara meluas. Terutama soal kahwin akhirat dan kemanusiaan. Makin dewasa, makin banyak asam garam yang kena tempuh.



Tempek sikit pic yang nampak muka ala-ala suci. Tak kisah la muka posing macam kena paksa, asalkan nampak insaf  ok. =,=

Hidup dalam kalangan orang ramai ni memang mencabar. Emosi dengan budi bahasa paling penting. Sebab mulut badan binasa. Selalunya aku memang cepat tarik muka. I means buat mimik muka. Tapi lama-lama aku fikir balik tak ada gunanya berdendam dengan orang. Last-last, tarik nafas, hembus nafas terus lupakan pasal kisah sakit hati. Fikir lama-lama pun buat menyemak otak.

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran: Ayat 134)



Sebenarnya pagi-pagi pergi kelas dah sakit hati dengan orang. Hari ni banyak sangat dugaan hati. Sabar je la.

Till then, bai.

Tuesday, February 8, 2011

Ekspedisi menawan puncak gunung berembun, langsir dan chemerung

Assalamualaikum wbt..

Hai, lama btol tak menjengah ke blog ni. Eh bukan, menjengah hari-hari, new post je tak publish ^-^.
Btw,  masa holiday CNY hari tu aku ada join pergi ekspedisi. Selalunya, kalau aku bukak blog pikah , mesti air mata menitik-nitik sebab jeles dengan die selalu panjat gunung. =.=

Masa nak bertolak muka dah semangat, terima kasih kat gadis bertiga tu sebab sudi jadik boiprem as masa kat sana :)
Pergi mendaki gunung memang best, tambah-tambah lagi bila dah sampai puncak.Hilang penat lelah nak naik, punyalah aku gigih mendaki sampai terlupa lebihan lemak kat badan yang dah tercicir-cicir tepi jalan. Hasilnya turun berat badan! yeeha..

Aceli, tak terucap macamane aku nak cerita wei, superduper seronok sangat. Selain dapat tengok macam-macam pemandangan, termasuk pandangan maksiat, seronok sebab dapat kenal ramai kawan. I means dapat kawan lagi rapat la. Paling aku suka sangat bila dah naik puncak berembun, sejuk dia memang takley nak cerita la. Rasa macam nak gigit daging kawan sendiri buat penebat haba.haha. Malam pertama sangat hectic sebab sejuknya rasa sampai ke tulang sum sum. Dah la hujan segala bagai, sleeping bag pulak basah. Lainlah ada orang tu tido dalam khemah macam syurga, nyampah. haha.

Tens a lot dekat tuan pengarah en mail sebab berjaya buat xpdc ni. Abang pengarah nanti dekat kolej pom pakai subskin tau, mengancam sangat.haha.. Mula-mula menyampah jugak dekat tuan pengarah ni selalu sindir aku selaku sebagai budak paling gemuk panjat gunung. At least, see...yang gemuk ni la tak menyusahkan orang.kan kan kan? Ayat penuh tacing dan mendalam. take note ya!


Dua-dua gambar diambil masa redah sungai. Aku paling takut nak jalan masa kat dalam air, sebab tu jadi kura-kura masa laluan dalam air. Gambar kedua tu lawa. Eh bukan en Z, pemandangan kat belakang tu. Sumpah aku rasa nak pergi lagi tempat ni. Nanti kahwin nak datang honeymoon kat sini. Malam-malam tido pakai sleeping bag, sadis sangat, =.=


See, nampak kan air sungai dia? Jernih sangat. Encik Fariz Danial dah macam tarzan zaman moden,haha.

Time makan toksah dok cerita la. Dapat makan sardin dengan kobis air pom rasa macam heaven sangat dunia. Aku memang beruntung, dapat satu group dengan budak laki rajin masak. Diorang je la yang masak, tugas perempuan makan je. Sedap tak sedap belakang cerita, yang penting ada nasi. kan? Malam-malam pulak lepak makan megi tepi unggun api. best sangat youuu!



Ni masa malam pertama. Tido dah macam banduan dalam jail, semua nak jadi ikan kering. haha. By the way, rasa nak gelak sorang-sorang bila teringat time ni. ^_^. Dengan segala macam bunyi kentut dari pokyie la, segala macam kes patah katil la, kes tido tepi sungai pakai payung la.haha..macam-macam!


Puas gila bila dapat sampai ke puncak. Sangat kagum bila sepanjang laluan ke puncak tu ada taman bonzai. kalau tak fikir hukum alam, dah lama curi sebatang pokok buat balik upm. Naik gunung best, bile nak turun balik kena fikir dua tiga kali. sakit kaki. Nasib baik ankle dapat bertahan lama, kalau tak boleh rasa ada orang dukung bawak balik upm.haha. Geli.


Ni geng budak lelaki sesat dalam hutan. Pergi mendaki dress up macam nak keluar dating dengan Nora Danish. Tapi terima kasih kepada Encik Mat, hujung sekali sebelah kanan sebab bagi banyak bagi semangat kat aku time nak sampai puncak sebab masa tu dah dapat rasa energy low gila.

Masa ni tengah usha taik jatuh dari sungai ni. Entah sape punya la tergolek lam sungai. Kotor sangat weii,,panjang plak tu. Hishh..kalau ye pom tak tahan, jangan lepas sebarangan.haha.





















Tempek gambar cun sikit ;p

Pesanan dari tuan blog : nanti ada program mendaki lagi ajak aku tau, nak join! :)