CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Tuesday, November 30, 2010

cikgu-cekgi

salam olls.

kalau dulu

FB : as, ko ambil kos ape?
as : cikgu..
FB : oo. cikgu ape?
as : cikgu...ermm, ada la. ngeee..

Kalau sekarang 

FB : as, ko ambil kos ape?
as : cikgu. cikgu KH, major dalam ekonomi rumahtangga..



Ye, saya bakal cikgu KH, khususnya cikgu ERT.

masa mula-mula dapat cikgu ERT ni, rasa macam nak nanges, nak g serah diri dekat harimau biar kena ngap. *motif sangat kan.. yela, masa tu, aku fikir cikgu ERT ni takla sePopular cikgu sains.mungkin. bila masuk U, mula-mula tu rasa semacam je nak sebut ambil jurusan apa. tapi lama-lama rasa bangga dan bertuah pulak dapat jadik cikgu ERT ni. sebabnya, check it out!

  1. Selain jadi cikgu, saya dapat belajar masak, jahit, bertukang dan bertani!
  2. Bila sudah kerja, cikgu ERT selalunya femes dan glamour.yeay!
  3. Dekat kampus, cikgu ERT jadi rebutan lelaki sebab pandai macam-macam. ok..tipuuu.
Jadi, kepada semua kosmate saya, jangan malu-malu tau nak mengaku kita cikgu KH. sangat la superb cikgu kan.  semua benda kita pandai. Amin.


moral : kita kena bersyukur dengan apa yang kita dapat. "Segala Puji Hanyalah Milik Allah, Ya Allah Sebagaimana Engkau Telah Membaguskan Kejadianku, Maka Baguskanlah Akhlaqku"

till then, bai!


tempek gambar sikit. haha.cun kan cikgu lini?

Monday, November 29, 2010

motivasi

salam olls.

hey semua. bila bangun pagi-pagi, rasa semangat nak update blog. *sila take note, pagi i bermaksud jam 10 ke atas ye.
pernah pergi kem motivasi tak?ingat lagi masa aku jadi budak dulu. suka nak pergi kem motivasi. sebab nanti ada program muhasabah diri. ala, yang part nangis-nangis tu bila kakak dengan abang fasi ungkit cerita ibubapa. comel-comel je kalau budak perempuan nangis, kalau laki, macam haramm.. ok, sebenarnya nak cerita aktiviti aku masa cuti ni.
 sekarang aku dan geng MTM ( majlis tercantek tertinggi mahasiswa ) sedang bertungkus lumus cari peserta untuk program motivasi yang kami anjurkan. kursus hanya untuk pelajar darjah 4, 5, 6..
jadi kepada sesiapa yang ada adik bolehlah hantar dekat kami. konpem lepas tu terdidik dengan cemerlangnya! yeay!

mood : masih dalam proses belajar buat blog.

till them bai!



saya kembali

salam olls.

hey kamu semua. saya sudah kembali menulis blog. anyway, ni blog kedua aku. *eh, tiba-tiba berubah watak jadi aku pulak.haha. sorilah kepada sesiapa yang rindu aku. blog dulu aku dah delete. saja, nak cipta mood baru pulak.

anyway, selamat bertemu kembali. InsyaALLAH, blog ini akan jadi landasan untuk aku menipu bercerita, berkongsi dan segala bagai lagi. tens kepada abang Que gila baik dan hensem lagi kacak bergaya sebab banyak bantu aku menCOMELkan lagi blog. beliau lah satu-satunya pendorong aku nak tulis blog ni. ok tipuu.haha..

nanti ada masa kita cerita lagi ye.

got to go. till then, bai!